KISAH Syaidina Umar Al-Khatab masuk melawat sebuah gereja besar di Juruselam merupakan satu kisah yang sangat popular di dalam Sejarah Islam.
Peristiwa ini menjadi tauladan kepada seluruh umat Islam apabila sahabat nabi itu menolak untuk bersolat di dalam gereja walaupun dipelawa oleh paderi besar Baitulmuqadis, Sophronius.
Merujuk kepada buku novel sejarah Islam, UMAR AL-KHATTAB Reformis Dunia Islam, muka surat 265, tulisan Abdul Latip Talib, diceritakan secara jelas bahawa Syaidina Umar telah mengunjungi sebuah gereja besar di Baitulmuqaddis namun menolak untuk bersolat di dalamnya.
Namun begitu, demi mempolitikkan isu gereja untuk menunjukkan kononnya dia pejuang Islam, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin, sanggup memutar belitkan Sirah Sahabat dan menipu di khalayak ramai.
Ahli Parlimen bebas itu menipu dengan mengatakan bahawa Syaidina Umar telah dijemput ke gereja tetapi beliau tidak mahu masuk ke dalam gereja.
Fakta sebenar, Syaidina Umar tidak mahu bersolat di dalam gereja, bukan tidak mahu masuk. Lihat penipuan terang-terangan Zulkifli dalam video di bawah.
Dengan lagak Zulkifli Nordin yang konon-konon pejuang Islam sebenar, ramai orang yang tertipu dan menyangka masuk ke gereja adalah berdosa kerana terpengaruh dengan fatwa baru Zulkifli Nordin.
Apa beza dengan "mengharamkan yang halal" ?
itu la UMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan