Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Khamis, 11 Oktober 2012

Sekitar Hukum Korban & Aqiqah

Korban dan akikah, bolehkah disekalikan?

MELAKSANAKAN ibadah korban dan akikah amat digalakkan oleh Islam kerana fadilatnya cukup besar. Kaedah melaksanakan kedua-dua ibadah ini hampir sama dari segi hukum dan syarat-syaratnya walaupun terdapat beberapa perbezaan.

Menurut Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj, hukum ibadat korban adalah sunat muakkad. Bagi yang bernazar, ia akan menjadi wajib, manakala makruh bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sedangkan berkemampuan untuk melaksanakannya.

Namun begitu, ibadah korban adalah wajib ke atas Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Termizi bermaksud: "Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadah korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu."

Akikah menurut Imam al-Syarbini dalam kitabnya, al-Iqnaa ialah binatang yang disembelih pada hari kelahiran bayi dan sewaktu mencukur rambut bayi tersebut. Hukum ibadah akikah adalah sunat muakkad seperti mana ibadah korban.

"Namun, ibadah korban dan akikah akan bertukar menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar untuk melakukannya. Islam menetapkan keadaan dan masa tertentu bagi memastikan ibadah korban dan akikah dapat dilaksanakan sah di sisi syarak," jelas pensyarah Fakulti Undang-undang dan Syariah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fattah Wan Ismail.

Menurut beliau, terdapat beberapa kekeliruan yang sering timbul antara ibadah korban dan akikah khususnya dalam kes menggabungkan niat korban dan akikah sekali gus. Dalam kitab Tuhfah dan al-Fatawa al-Kubra, Ibn Hajar al-Haitami menyatakan bahawa: "Jika seseorang itu berniat ibadah korban dan akikah ke atas seekor kambing sekali gus maka kedua-duanya dianggap sebagai batal." Ini kerana korban dan akikah mengandungi makna sunat yang tersendiri.

Ibadah korban bertujuan untuk membersihkan diri mereka daripada melakukan dosa, manakala akikah adalah sebagai tanda menyambut kelahiran bayi.

Selain itu, persoalan yang turut mengelirukan ialah sama ada perlu atau tidak orang yang berkorban menyaksikan sendiri penyembelihan haiwan tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim bermaksud: "Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu."

Hadis di atas tidak menunjukkan bahawa ia adalah satu kemestian untuk menyaksikan ibadah korban dan akan terbatalnya ibadah tersebut sekiranya tidak berbuat demikian.

"Dengan kata lain, ibadah korban dan akikah boleh dilaksanakan secara berwakil bagi pihak yang ingin melaksanakan korban dan akikah sekalipun mereka tidak ada bersama-sama ditempat ibadah tersebut dilaksanakan, " jelas al-Hakim.

Terdapat banyak kelebihan dalam mengerjakan ibadah korban dan akikah seperti mana yang terkandung dalam surah al-Kauthar, ayat dua bermaksud: "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. "

Dengan melaksanakan ibadah korban juga dapat menangkis jiwa manusia daripada sikap kedekut dan bakhil. Sebaliknya dapat melahirkan perasaan kasih sayang sesama Muslim dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Haj ayat 36: "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat).

Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."

Kelebihan mengerjakan ibadah akikah dalam kitab Sabila al-Muhtadin, Imam Ahmad menyebut, anak-anak yang tidak dilaksanakan akikah tidak akan datang pada hari kiamat untuk memohon syafaat bagi kedua ibu bapanya.

Seperti yang diketahui, ibadah korban dan akikah selain memenuhi tuntutan agama ia juga sebagai pemangkin untuk mengembangkan syiar Islam. Ini termaktub dalam matlamat utama ibadah ini dilakukan iaitu untuk membantu fakir miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di kalangan umat Islam.

"Tetapi, apa yang dapat dilihat pada hari ini, di sesetengah tempat, ibadah korban dan akikah telah bertukar menjadi adat kerana syariatnya tidak dipenuhi. Daging-daging tidak diagihkan dengan betul dan dimasak seolah-olah kenduri biasa.

"Sebenarnya, begitu ramai pihak yang ingin melakukan ibadah tersebut semata-mata untuk membantu orang yang kurang berkemampuan. Ini mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui secara khusus tentang kaedah pengagihan yang diamalkan sekarang," ujarnya.

Bagi memastikan ibadah korban dilaksanakan dengan sistematik khususnya melibatkan pengagihan, sewajarnya ia diberikan kepada penganjur yang boleh mengendalikannya dengan adil dan telus.

"Maka dengan mengadakan program dan akikah di tempat yang umat Islam tertindas seperti Kemboja, Palestin dan Iraq amat bertepatan dengan matlamat ibadah tersebut iaitu membantu umat Islam yang tertindas dan hidup dalam kemiskinan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan hubungan persaudaraan di kalangan umat Islam," katanya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perbezaan  akikah dan korban

- Masa untuk melaksanakan ibadah korban ialah apabila telah naik matahari dengan kadar selesai dua rakaat sunat hari raya dan dua khutbah yang ringan iaitu 10, 11, 12 dan 30 Zulhijjah.

- Binatang yang boleh disembelih untuk ibadah korban dan akikah adalah terdiri daripada al-Ana'am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Binatang lain seperti rusa, seladang dan seumpamanya tidak boleh dikategorikan dalam golongan al-Ana'am sekalipun ia jinak.

- Menurut Imam Khatib al-Syarbini, seekor unta atau lembu yang hendak dijadikan korban atau akikah boleh dikongsi bersama tujuh orang. Namun, kambing dan biri-biri tidak boleh dikongsi.


Apakah perbezaan antara korban dan akikah?


- Tempoh atau waktu untuk melaksanakan ibadat korban agak singkat iaitu pada hari raya haji dan diikuti dengan tiga hari tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah, sebaliknya tempoh melaksanakan ibadat akikah adalah panjang.

- Menurut Imam al-Shafie tempoh terbaik untuk akikah ialah hari ketujuh setelah kelahiran, sekiranya tidak dapat dilakukan dalam tempoh tersebut, boleh dilaksanakan dengan tidak melebihi tempoh nifas iaitu 60 puluh hari. Sekiranya tempoh nifas juga tidak dapat dilaksanakan oleh beberapa sebab terutamanya kefakiran, maka boleh dilaksanakan tidak melebihi tempoh susuan iaitu dua tahun. Dalam tempoh itu juga tidak dapat dilaksanakan, maka hendaklah dilaksanakan sebelum berumur tujuh tahun. Sekiranya setelah tujuh tahun juga tidak dapat ditunaikan maka boleh dilanjutkan sehingga mencapai umur baligh.

- Perbezaan antara ibadat korban dan akikah menurut kitab Mughni al-Muhtaj ialah ibadat korban disunatkan diberikan kepada fakir miskin daging yang mentah. Sebaliknya bagi daging akikah, sunat diberikan kepada fakir miskin setelah dimasak kerana Rasulullah s.a.w meminta Saidatina Fatimah untuk berbuat demikian. Selain itu juga diharamkan daging korban diberikan kepada orang kaya dan terdapat padanya unsur jual beli, namun jika diberikan kepada orang kaya dengan berniatkan sebagai hibah atau hadiah maka ia tidak menjadi satu kesalahan kerana orang kaya juga layak untuk menerima hadiah dan hibah. Sebaliknya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ada unsur pemilikan atau jual beli pada daging akikah.

Sumber: Utusan Malaysia
Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama JAKIM

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korban 
(Rujukan: Bekas Mufti Kerajaan Brunei, Dr Hj. Ismail bin Umar Abdul Aziz)
 

1. Sunat Muakkad kifayah bagi orang Islam yang berkuasa membuat korban jika ada lebih belanja, maka ia menyembelih kambing dan lembu yang sudah berumur dua tahun. Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud: Muliakanlah binatang korban kamu, kerana korban itu menjadi tunggangan kamu di atas titian sirat al-mustaqim kelak.

2. Niat korban itu ialah ketika mula menyembelih atau sebelum penyembelihan bermula.  Niat seperti, “Saya berniat membuat korban sunat”. Harus dan boleh diberi wakil kepada seorang Islam yang mumayyiz pada berniat korban sunat dan menyembelih korban itu.

3. Jika dia berkata waktu membeli binatang atau menjawab pertanyaan orang, yang dia hendak membuat korban, maka korban itu sudah jadi wajib baginya. Termasuk korban yang wajib ialah orang yang bernazar melakukan korban. Hukum bagi orang yang menyatakan seperti ini tertegah dia daripada memakan satu  apapun daripada  binatang korban tersebut.

4. Tidak boleh bagi seseorang membuat korban bagi pihak orang lain yang hidup dengan tiada izin dan kebenarannya. Juga bagi pihak yang mati dengan tidak ada wasiatnya dan tiada pesanannya. Jika membuat juga dengan jahil, maka tidak berlaku dan tidak sah korban tersebut.

5. Korban itu adalah sebagai tebusan diri, maka ia berkehendakkan izin daripada empunya diri. Oleh sebab itu, korban tiada dapat dibuat oleh waris ataupun bukan waris bagi si mati sekalipun korban itu wajib. Berbeza dengan sedekah bagi orang hidup atau orang mati, boleh dilakukan tanpa izin.

6. Seekor kerbau atau lembu memadai bagi tujuh korban dan seekor kambing memadai bagi satu korban sahaja. Yang lebih afdhal korban dengan seekor unta, kemudian dengan seekor lembu, kemudian dengan seekor kibasy dan kemudian dengan seekor kambing.

7. Waktu korban itu lepas matahari naik pada Hari Raya Aidil Adha sekadar berlaku dua rakaat dan dua khutbah ringkas. Berpanjangan masanya sehingga akhir hari tasyrik iaitu 13 Zulhijjah.

8. Wajib pada korban sunat itu disedekahkan sesuatu dari daging tersebut dalam keadaan mentah dan segar kepada orang Islam yang merdeka sama ada fakir atau miskin atau kaya, sekalipun seorang. Tidak memenuhi tuntutan korban bilamana daging itu dijadikan makanan (dimasak) kemudian dipanggil orang miskin memakannya atau dikirimkan makanan kepada mereka. Tidak sah bilamana yang disedekahkan itu bukan daging tetapi hanya kulit dan hati. Tidak dibenarkan memberi korban itu kepada orang kafir.

9. Haram orang yang membuat korban memakan kesemua daging korban tersebut tanpa memberinya kepada orang Islam. Boleh dia mengambilnya sedikit daripada daging korban sunat itu kerana mengambil berkatnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aqiqah
(Rujukan: Bekas Mufti Kerajaan Brunei, Dr Hj. Ismail bin Umar Abdul Aziz)

 1. Hukum aqiqah itu adalah sunat muakkad. Tujuan aqiqah itu supaya anak menjadi subur dengan lebih sempurna dan anak itu diharapkan ia memberi syafaat kepada ibu bapanya  pada hari Kiamat.

 2. Dinukilkan oleh Ibnu Hajar, hendaklah berbilang-bilang jamuan dengan sebab berbilang isteri, sebagaimana berbilang-bilang aqiqah dengan berbilang-bilang anak. Imam Ramli berkata: Memadai satu jamuan dengan kerana aqad nikah dengan beberapa isteri itu. Jamuan beranak disebut aqiqah, jamuan akad dinamakan imlak, jamuan dukhul dinamakan walimatul urus.
 
3. Wali anak hendaklah membuat aqiqah dengan menyembelih kambing. Yang sempurnanya, dua ekor bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Memenuhi tuntutan sunat jika sekadar menyembelih seekor kambing bagi anak lelaki. Lembu atau kerbau itu boleh diperbuat aqiqah dan seekornya bagi 7 anak. Seekor unta atau seekor lembu atau seekor kerbau menyamai dengan 7 ekor kambing.

4. Belanja membeli aqiqah itu dikeluarkan dari harta orang asal keturunan kanak-kanak itu iaitu bapa dan datuknya. Tiada sah dan tiada harus dikeluarkan aqiqah dari harta anak itu.

5. Afdhal dilakukan aqiqah itu pada hari ketujuh dari hari beranak. Boleh diperbuat kemudian daripada itu hingga  baligh anak tersebut. Apabila anak itu baligh, maka anak itu sendiri berbuat aqiqah untuk dirinya jika belum ada aqiqah dibuat untuknya.

6. Imam Ibnu hajar dalam Tuhfah berkata tiada boleh disekalikan udhiyyah (korban) dengan aqiqah, begitu juga aqiqah dengan walimatul urus. Berlainan dengan Imam Ramli yang membenarkan kedua-duanya itu disekalikan. Adapun seekor kerbau itu boleh diperuntukkan 1/7 daripadanya kerana aqiqah, 6/7 untuk walimatul urus dengan diniatkan.

7. Jamuan aqiqah itu dimasakkan daging dengan barang yang manis seperti anggur, madu, kismis dan gula. Tulang-tulang kambing aqiqah itu dilarang untuk dipecah-pecahkan dan tidak sah dijualkan aqiqah tersebut.

8. Yang utama, masakan tersebut dikirimkan kepada fakir miskin ke rumah masing-masing. Namun, boleh juga dipanggil mereka ke rumah untuk dijamukan. Boleh juga diberi makan kepada orang kaya atau dijamu dalam majlis kahwin tetapi tidak afdhal.

9. Seeloknya diberi nama sebelum disembelih aqiqah. Sunat dicukurkan rambut anak itu lepas disembelih aqiqah itu.  Sekalipun anak itu gugur setelah sampai tempoh ia ditiupkan roh ke atasnya. Yang memberi nama anak itu ialah orang yang berhak berkuasa di atas anak itu seperti bapa dan datuk anak.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AQIQAH DAN KORBAN SERENTAK PADA SEEKOR LEMBU

Soalan; adakah ibadah korban dan aqiqah blh dilakukan serentak? Contohnya seekor lembu ada 7 bahagian, sebahagian utk korban dan sebahagian lagi utk aqiqah?

Jawapan;

Aqiqah, sebahagimana harus dengan kambing, ia juga harus dengan lembu, kerbau dan unta. Sepertujuh (1/7) bahagian lembu/kerbau/unta menyamai seekor kambing. Oleh itu, seekor lembu/kerbau/unta boleh dijadikan aqiqah untuk tujuh orang anak. 

Dan harus seorang yang ingin melakukan aqiqah berkongsi lembu/kerbau/unta dengan orang lain yang tidak berniat melakukan aqiqah seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7 dari bahagian unta/lembu itu untuk aqiqah dan adapun bahagian selebihnya diingini oleh orang lain untuk korban atau untuk dagingnya sahaja. 


Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Jika disembelih seekor lembu atau unta untuk tujuh orang anak/bayi atau berkongsi pada lembu/unta itu sekumpulan orang, harus hukumnya sama ada semua mereka mengingini aqiqah atau sebahagian mengingini aqiqah dan sebahagian lagi inginkan dagingnya sahaja”.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Fiqhul-Manhaji, jil. 3, hlm. 56.
2. Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321.

Jumaat, 17 Ogos 2012

13 Aurat Wanita Yang Wajib Diambil Berat

 1. Bulu kening 

Menurut Bukhari, Rasullullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2. Kaki 

(tumit kaki) semacam hantu loceng. Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan 

Kesalahan (Dosa) Yang Dilakukan Pada Hari Raya


1. Bermegah-megahan dengan persiapan hari raya samaada dari segi pakaian, perhiasan rumah, menu juadah hari raya dan sebagainya. Pembaziran berleluasa. Dia nak semuanya baru…baju baru, langsir baru, perabut baru, pinggan mangkuk baru, kereta baru (dan mungkin isteri baru?). Paling malang, semua itu dia beli dengan berhutang. Apa tujuannya? Nak tunjuk lagak kat orang. 

Ahad, 20 Mei 2012

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?




Pada 1974, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Sabtu, 7 April 2012

Tangga Gaji Baru 2012 SBPA


tangga gaji baru 2012 sbpa1 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!
[Akan dikemaskinikan daripada masa ke semasa]
Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi. 

Ahad, 25 Mac 2012

Petua buat Ibu Bapa mendidik anak


1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

Khamis, 22 Mac 2012

KEPUTUSAN SPM YIK 2012

KOTA BHARU, 21 Mac: Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) dan Maahad Muhammadi Lelalki berjaya mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini.

Isnin, 19 Mac 2012

PERANAN GURU DALAM MEMOTIVASIKAN PELAJAR



1. Penerangan Yang Jelas

Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut :

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

2. Ganjaran
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya.

minuman 3 in 1 bahaya

20120124-143234.jpg
Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan menganduni ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

Sabtu, 17 Mac 2012

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

Kandungan

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada  Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki

Panduan Ringkas Mengira Zakat Wang Simpanan..

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat semua, jika minggu lepas saya pernah membuat entri mengenai panduan ringkas mengira zakat pendapatan, hari ini saya hendak melanjutkannya pula kepada satu lagi zakat yang kita semua selalu terlepas pandang iaitu wang simpanan.

Isnin, 12 Mac 2012

Jangan takut untuk berubah – Oki Sentiana..




KOTA BHARU, 10 Mac: Hampir 3,000 masyarakat Kelantan termasuk pelancong menghadiri program ‘Bicara Selebriti’ anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre, malam tadi.

Kehadiran mereka bukan sahaja untuk mendengar kupasan dari ahli panel berhubung ‘hidayah’ di kalangan artis, bagaimanapun untuk melihat ‘Ustazah Ana’ watak Oki Sentiana Dewi dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Tiga anggota panel telah diundang pada program kali ke-4 itu iaitu peserta Akademi Al-Quran pertama, Sharifah Khasif Fadzilah, Selebriti Dakwah, Hafiz Firdaus Abdullah dan Oki Sentiana Dewi.

Rabu, 7 Mac 2012

Kesalahan Mencuri Ubi Kayu....


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Jumaat, 2 Mac 2012

REJAM SAMPAI MATI KERANA BERZINA


Pemuda di bawah ini melakukan zina dan telah berjaya ditangkap oleh penduduk di Somalia untuk menjalani hukuman rejam sampai mati.

Manakala pasangan wanitanya, dihukum sebat 100 kali. kerana belum berkahwin.

Ada hikmahnya daripada sudut kitab Al-Quran dan juga ilmu sains….

Khamis, 1 Mac 2012

6 Asal Usul Tanda Baca


Tanda Baca, tak lengkap sesuatu ayat jika kita tidak menggunakan tanda baca. Lagi la pening kalau satu karangan cerita langsung tak ada titik atau tanda baca. Tanda baca juga akan mengambarkan simbol kepada yat, sama ada kita bertanya atau menjerit, ia akan menberi gambaran lebih jelas kepada ayat kita tulis...ada faham????

Kisah Mayat Yang Tidak Amanah

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Jumaat, 24 Februari 2012

Mati pucuk malam pertama



HUBUNGAN seksual adalah ibadah yang memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan suami isteri.
Untuk menunaikan apa-apa ibadah, persediaan dan persiapan itu penting. Ini boleh dilakukan dengan mudah dan dalam keadaan selesa untuk kedua-dua pasangan.
Dalam melakukan persediaan, setiap pasangan disarankan merujuk kepada buku ilmiah yang sahih untuk mendapat panduan.

Mereka juga dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang bukan-bukan mengenai hubungan intim.

Perkara yang seronok itu sudah semestinya sempurna lebih-lebih lagi dalam keadaan bersedia.
Yang pasti, malam pertama memberi banyak cabaran kepada suami dan isteri, lebih-lebih lagi jika kedua-dua mereka jahil tentang bermain cinta.

Ahad, 12 Februari 2012

Teks Syarahan Agama Sekolah : Masjid Membina Keunggulan Ummah

Assalamualaikum w.b.t.Terima kasih saudara pengacara, para hakim yang cendekia, penjaga masa yang setia, seterusnya hadirin umat Muhammad semua.

Pada pagi yang penuh barakah ini, saya tampil ke pentas bagi menyampaikan syarahan yang bermauduk “Pengimarahan Masjid Membina Keunggulan Ummah”. Secara konseptualnya, frasa pengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid dengan pelbagai kegiatan berfaedah. Masjid pula, menurut Fatwa Lajnadah Imah ialah tempat yang disediakan untuk dilaksanakan atau ditunaikan solat lima waktu secara berjamaah di dalamnya. Sementara frasa “membina keunggulan ummah” dapat saya konsepkan sebagai membangunkan masyarakat atau komuniti Muslim yang lebih baik, cekap dan ulung. Keunggulan ini dapat dilihat daripada pelbagai aspek, terutamanya dari segi kerohanian, sosial, pendidikan dan ekonomi umat. Maka secara tuntasnya, tajuk syarahan saya pada hari ini dapat takrifkan sebagai proses menjalankan aktivti menghidupkan masjid dalam kalangan masyarakat mampu meningkatkan ketinggian mutu umat Islam seluruhnya.