Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Sahabat semua, jika minggu lepas saya pernah membuat entri mengenai panduan ringkas mengira zakat pendapatan, hari ini saya hendak melanjutkannya pula kepada satu lagi zakat yang kita semua selalu terlepas pandang iaitu wang simpanan.
Sahabat semua, jika minggu lepas saya pernah membuat entri mengenai panduan ringkas mengira zakat pendapatan, hari ini saya hendak melanjutkannya pula kepada satu lagi zakat yang kita semua selalu terlepas pandang iaitu wang simpanan.
Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa untuk memastikan samaada pendapatan atau wang simpanan kita ini wajib atau tidak dikeluarkan zakat, kita perlu pastikan yang ianya cukup nisab dan haul ( setahun). Cara nisab ini dikira adalah ia disandarkan kepada nilai 85 gram harga emas semasa. Contoh jika harga emas semasa adalah RM 170 segram maka kita darabkan ia dengan 85 gram=RM 14,450.00.
Walau bagaimanapun, kita perlulah menyemak dengan pusat zakat untuk memastikan kadar nisab yang ditetapkan. Contoh kadar nisab tahun 2011 yang ditetapkan oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan adalah RM 10,670. ( mengikut harga 85 gram emas pada tahun tersebut).
Jadi, jom kita kira zakat wang simpanan kita.
CARA PENGIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN TETAP
Tahun Simpanan ( RM )
1 Januari 2011 15,000.00
31 Disember 2011 15,500.00
Kadar Zakatnya : RM 15,000.00 x 2.5% = RM 375.00
CARA PENGIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN TIDAK TETAP ( KELUAR MASUK)
Tahun Baki ( RM)
01.01.2011 15,000.00
04.04.2011 14,000.00
08.06.2011 15,000.00
15.08.2011 13,000.00
30.12.2011 13,400.00
Kadar Zakatnya : RM 13,000.00 x 2.5% : RM 325 ( dikira dari baki terendah iaitu RM 13,000.00 dari simpanan yang cukup setahun)
* Nisab tahun 2011 adalah RM 10,670.00. Jika wang simpanan kurang dari kadar nisab ini, tidak wajib dikeluarkan zakat wang simpanan.
Jadi, sahabat semua kiralah wang simpanan masing-masing dan jika cukup nasabnya, peruntukkanlah 2.5% daripadanya untuk dikeluarkan zakat wang simpanan
probitasetfides
Alhamdulillah. .. terima kasih kerana berkongsi...
BalasPadamIngin bertanya sekiranya saya ada baki dari tahun2 yg lepas sahaja dan tiada sebarang pergerakan sepanjang tahun adakah baki saya itu perlu dibayar zakat?
BalasPadam