9 Mac 2012
SERDANG - Cemburu melihat bekas teman wanita mempunyai kekasih baru, seorang pereka grafik cuba membunuh seorang lelaki dengan melepaskan enam das tembakan ke arahnya dalam kejadian di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa, berumur 28 tahun dan bekerja di sebuah pusat beli-belah di sini datang ke rumah teman wanitanya, jam 11.45 malam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias berkata, setibanya di situ, datang kereta Honda Civic dinaiki tiga lelaki.
Dalam kejadian itu, mangsa, berumur 28 tahun dan bekerja di sebuah pusat beli-belah di sini datang ke rumah teman wanitanya, jam 11.45 malam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias berkata, setibanya di situ, datang kereta Honda Civic dinaiki tiga lelaki.
“Seorang suspek berusia 25 tahun keluar dari kereta dan melepaskan enam das tembakan dari arah tingkap penumpang hadapan.
“Mangsa yang berada dalam kereta bagaimanapun bernasib baik kerana sempat tunduk. Dia tidak mengalami kecederaan,” katanya di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Serdang, semalam.
Beliau berkata, seorang lagi suspek mengambil pemukul besbol untuk memukul mangsa.
“Bagaimanapun, tindakan suspek itu dapat dihalang dan mereka diberkas setelah polis menyedari kejadian tersebut,” katanya.
Katanya, polis merampas sepucuk pistol angin, satu kelopak peluru, satu beg plastik lut sinar mengandungi 12 ball bearing, pemukul besbol dan beberapa telefon bimbit.
“Siasatan mendapati suspek membeli senjata itu daripada seorang rakan sejak enam bulan lalu. Senjata itu diperoleh dari Thailand,” katanya.
Abdul Razak berkata, suspek mengenali bekas teman wanitanya sejak berumur 13 tahun dan bercinta sebelum perhubungan mereka berakhir dua bulan lalu.
“Pada awalnya, suspek menerima keputusan tersebut, tetapi bertukar berang selepas mengetahui wanita itu bercinta dengan lelaki lain,” katanya.
Suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan