Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Jumaat, 2 November 2012

Petua Menyembelih Binatang


Di antara petua-petua menyembelih binatang :

1. Supaya daging tidak berlemak:
- Ada wudhu’ ketika sembelih binatang.
- Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita.
- Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.
- Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan.

Jumaat, 5 Oktober 2012

15 soalan panas yang perlu dijawab pencacai Umno

15 soalan dan 1 soalan cepu emas yang harus dijawab oleh pencacai tegar umno dan bn, soalan-soalan ni "tukanglawan" terjumpa dalam satu komen di satu portal blog. jadi elok "tukanglawan" kongsikan, sebab soalan ni takkan keluar di TV3 suku atau utusan malaysia.

1.Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

Jumaat, 17 Ogos 2012

Kesalahan (Dosa) Yang Dilakukan Pada Hari Raya


1. Bermegah-megahan dengan persiapan hari raya samaada dari segi pakaian, perhiasan rumah, menu juadah hari raya dan sebagainya. Pembaziran berleluasa. Dia nak semuanya baru…baju baru, langsir baru, perabut baru, pinggan mangkuk baru, kereta baru (dan mungkin isteri baru?). Paling malang, semua itu dia beli dengan berhutang. Apa tujuannya? Nak tunjuk lagak kat orang. 

Khamis, 16 Ogos 2012

Bahaya Korek Telinga


ada nampak apa-apa tak?

Kalau perasan gambarajah tue tunjuk apa berlaku kalau kita korek telinga terlalu dalam sampai masuk ke kawasan telinga tengah dan menyebabkan pendarahan. Ok jom kita tengok struktur telinga kita dengan lebih detail.

Rabu, 15 Ogos 2012

5 Tips Jika Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit

Sememangnya untuk bergerak jauh ke sesebuah destinasi, kita perlu membuat pemeriksaan terhadap enjin kereta dahulu. Namun jangan dilupa bahawa tayar kereta juga perlu sentiasa berada dalam keadaan baik.

5 Tips Jika Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit | Sejak dari malam semalam lagi, banyak jalan mulai sesak akibat ramai orang mula berpusu-pusu pulang ke kampung. Namun bagi yang menaiki kenderaan seperti kereta memang terkadang kita tidak dapat lari daripada situasi kereta kita pancit, terkena paku dan sebagainya. Maka jangan panik dan jangan memikirkan perkara yang bukan-bukan. Mungkin sudah sampai masanya dia nak terkena paku pun begitu unsur di khianati juga tidak mustahil. Apa yang paling penting, sentiasa berwaspada dan praktikkan semasa troubleshooting jika terkena paku ini mungkin sedikit tips dibawah ini dapat membantu anda.
1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (biasa kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti.Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil berjalan sedikit ke tepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah.

Selasa, 7 Ogos 2012

16 Kegunaan Lain Ubat Gigi



Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel. Artikel ini saya terima melalui email.
1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka
2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.

Khamis, 26 Julai 2012

Mathematik Dalam Solat



Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.
Maksudnya?

Selasa, 24 Julai 2012

6 Jenis Makanan Yang Boleh Hindari Migrain


Berikut adalah diantara makanan yang dikatakan dapat membantu mencegah penyakit tersebut:


1. Telur 
Makanan terkenal dengan kandungan omega-3 yang dapat mengurangi peradangan yang dikenal pasti sebagai penyebab migrain. Anda boleh mendapatkan telur yang diperkaya dengan kandungan kandungan omega-3, kerana ia dipercayai dapat melawan kesakitan akibat migrain.

Selasa, 10 Julai 2012

10 Perkara menyingkap kehidupan harian Rasulullah SAW...


 
1-Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Jumaat, 6 Julai 2012

13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga

 
1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

Jumaat, 29 Jun 2012

Makan & Minum Cara Rasulullah



Cara Mengetahui Juzuk Al-quran Melalui Matematik

Oleh: najibtun

"Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.
Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Jom sama-sama kita belajar…

KEAJAIBAN MATEMATIK : Matematik Dalam Solat

Oleh: najibtun

"Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.

Maksudnya?

Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.

Jumaat, 20 April 2012

Tengok Tong Gas Anda!!



TARIKH LUPUT TONG GAS.

WASPADA-LAH WAHAI KAWAN-KAWAN.

Ramai kat luar sana yang tak tahu.

Saya tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku.

Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan kemalangan.

So hati - hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Khamis, 19 April 2012

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..



Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Ahad, 25 Mac 2012

Petua buat Ibu Bapa mendidik anak


1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

Isnin, 19 Mac 2012

PERANAN GURU DALAM MEMOTIVASIKAN PELAJAR



1. Penerangan Yang Jelas

Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut :

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

2. Ganjaran
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya.

Ahad, 18 Mac 2012

BUAH ZAITUN : Khasiat & Keistimewaannya


Khasiat Buah Zaitun

Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah al-Tiin: "Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun."

Sabtu, 17 Mac 2012

Panduan Ringkas Mengira Zakat Wang Simpanan..

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat semua, jika minggu lepas saya pernah membuat entri mengenai panduan ringkas mengira zakat pendapatan, hari ini saya hendak melanjutkannya pula kepada satu lagi zakat yang kita semua selalu terlepas pandang iaitu wang simpanan.