Selasa, 2 Ogos 2011

BISKUT RAYA- TART GULUNG NENAS


salam semua, hari ini koleksi resepi biskut raya, akan berkongsi mengenai kuih tart gulung, setiap raya pasti wat kuih nie, macam-maca resepi saya wat untuk tart gulung, kesimpulan yang saya buat paling sedap guna resepi di bawah dan paling penting untuk mendapatkan tart yang sedap dan wangi ialah jenama butter dia.

TAT GULUNG
Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5.pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
9. Sapukan dengan kuning telurt
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

SELAMAT MENCUBA......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan