AGAR-AGAR PANDAN
Bahan-bahannya
50 gram agar-agar lengkong (agar-agar strips)
2,500 ml air
200 gram gula batu
550 gram gula pasir
6 helai daun pandan
1 kotak kecil santan pekat 200 ml, digaul dengan 200 ml air
6 biji telur
sedikit pewarna hijau
Loyang agar-agar
Cara-caranya
Rebus agar-agar dengan air sehingga larut. Masukkan sekali daun pandan. Selepas itu masukkan gula batu dan rebus lagi sehingga gulanya larut. Kemudian masukkan gula pasir. Biarkan ia mendidih lama sedikit supaya semua gulanya hancur. Setelah itu tapis.
Masak lagi diatas api. Masukkan pewarna hijau. Sementara itu, kocak telur dengan santan pekat dan air sehingga rata. Taburkan sedikit garam. Perlahan-lahan curahkan kedalam periuk agar-agar. Kacau sehingga rata. Biarkan ia mendidih lagi beberapa minit, supaya kelihatan gumpalan telur disebelah atas.
Perlahan-lahan tuangkan kedalam cetak agar-agar, atau loyang. Biarkan sejuk dan kental baru boleh dipotong. Oleh kerana agar-agar ini mengunakan santan, jangan simpan terlalu lama diluar. Seelok-eloknya setelah sejuk, simpan didalam peti sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan