"Tak tahulah apa nak cakap lagi kepada Timbalan Perdana Menteri kita merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Tolonglah turun padang, tengok Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang sepatutnya canggih tapi sebaliknya menyebabkan para guru bangun 4 pagi pergi kafe siber nak masukkan data peperiksaan dan pelajar. Tolonglah jangan dengar penerangan dari Pengarah Pelajaran atau Pegawai Pelajaran Negeri dan Daerah.
Yang malu nanti Tan Sri Muhyiddin juga, Pengarah dan Pegawai Pelajaran kata OK saja, hakikatnya sistem SAPS ini bukannya jadi aset lagi tapi dah jadi liabiliti. Liabiliti kepada Menteri sendiri.
Guru bukan nak dengar ceramah politik atau sejarah kemerdekaan, mereka nak buat kerja mereka saja. Bayangkan habis periksa 12 Ogos 2011, 13 Ogos 2011 semua data ini kena lengkap masuk, dengan sistem yang begitu bermasalah.
Walaupun saya bukan guru, saya sendiri pernah cuba untuk membantu guru masukkan data ini dari pukul 12 tengah malam, pukul 3 pagi baru dapat masuk sistem.
Kalau Tan Sri Muhyiddin ada anak-anak, sepupu, atau Ketua Cawangan yang jadi guru sekolah cuba tanya atau cuba bantu mereka masukkan sistem ini. Jangan cuba di Kuala Lumpur, cuba di tempat yang capaian internetnya GPRS bukan 3G ke 4G ke.
Rozmal bin Malakan
**********************
Sistem SAPS banyak masalah
Berita Harian 6 Ogos 2011
SAYA bersetuju dengan komen oleh ‘Norhisham Mohamad, Alor Setar’ mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk ‘kewujudan SAPS bebankan guru’.
Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program ini susah untuk dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain.
Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka sistem ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, sistem ini akan terkeluar dari talian. Saya terpaksa mengisi semula markah dan ini ia berlaku beberapa kali.
Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas jam 3 pagi.
Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar.
Bayangkan, jika ada enam kelas yang markah pelajarnya perlu diisi dan setiap satu kelas pula ada 40 pelajar. Sebenarnya sebelum menggunakan sistem SAPS yang diambil dari Perak, guru menggunakan sistem yang diambil dari Johor. Malangnya, apabila sistem baru diperkenalkan kami terpaksa melakukan pengisian markah sekali lagi. Ini sangat membebankan kerana terpaksa melakukan perkara yang sama berulang kali.
Yang peliknya semasa taklimat kami diberitahu bahawa semasa menggunakan SAPS, kami tidak boleh menekan butang ‘enter’ pada papan kekunci kerana akan mengganggu sistem. Ini adalah kali pertama saya mendengar satu sistem yang direka akan rosak jika tertekan butang ‘enter’.
Masalah lain yang dihadapi ialah ada pelajar yang tiada dalam senarai kelas tetapi apabila didaftar, jawapan yang diterima ialah ‘pelajar telah didaftarkan’ tetapi jika telah didaftarkan kenapa nama pelajar tiada dalam senarai.
Sebenarnya banyak lagi kelemahan lain dalam sistem ini. Sepatutnya pihak Kementerian Pelajaran terlebih dulu memastikan sistem yang ingin digunakan mestilah mudah dicapai pada bila-bila masa, cekap dan mesra pengguna.
GURU TENSION,
Kajang, Selangor.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article
****************
Kewujudan SAPS bebankan guru
Berita Harian 30 Julai 2011
Syabas diucapkan kepada Kementerian Pelajaran kerana memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS memang ditunggu-tunggu sebagai pelengkap sistem peperiksaan sedia ada.
Malangnya SAPS tidak membenarkan sistemnya berpadu dengan Sistem Maklumat Murid menyebabkan guru terpaksa memasukkan data pelajar.
Bayang guru terpaksa bangun 4 pagi dan ke kafe siber. SAPS jelas hanya menambah beban guru di seluruh negara.
NORHISYAM MOHAMAD,
Alor Setar, Kedah.
****************
Many teachers complain over slow online system
The Star, Thursday August 4, 2011
PETALING JAYA: The school exams online data analysis system is not working out well as teachers complained that it was not user-friendly and slow.
The system known as SAPS or System of Analysis for School Examination has caused frustration among teachers.
Under the Education National Key Result Area (NKRA) initiative, teachers are required to submit the exam data online.
Many teachers described the portal as “extremely slow” and not user-friendly.
“The system often hangs due to heavy traffic. We are advised to use it late at night or early in the morning when the portal is less busy.
“Why must the MOE punish the teachers? We need time to prepare our lessons at home,” one teacher said.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F4%2Fnation%2F9224912
Tiada ulasan:
Catat Ulasan