اللـّـَهُمّ َ اهْدِنـَا فِيمَنْ هَدَيْتَ. وَعَافِنـَا فِيمَنْ عَافـَيْتَ
وَتـََوَلـّـَنـَا فِيمَن تـَوَلـّـَيْتَ. وَبَار ِكْ لـَنـَا فِيمَآ أ َعْـطـَيْتَ
وَقِنـَا بـِرَحْمَتِكَ شـَرّ َ مَا قـَضـَيْتَ
Makna: Ya Allah! Tunjukkanlah kami bersama orang yang Engkau beri petunjuk. Dan sihatkanlah kami bersama orang yang Engkau beri kesihatan.
Muliakanlah kami bersama orang yang Engkau beri kemuliaan. Berkatilah kami bersama orang yang Engkau beri keberkatan.
Dan peliharalah kami daripada kejahatan yang Engkau tentukan.
Makna: Ya Allah ya Tuhan kami, kami letakkan Engkau di leher musuh-musuh kami.
Dan kami mohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah ya Tuhan kami, hancurkan kesatuan mereka, leburkan kumpulan mereka,
Ceraikan pakatan mereka, goncangkan kaki-kaki mereka,
Dan perintahkanlah kepada mereka di kalangan tentera-tenteraMu ya Allah.
Wahai Tuhan Yang Maha Mengalahkan, Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Pembalas.
Ya Allah, Tuhan yang menurunkan Al-Qur’an dan yang menggerakkan awan,
Tuhan yang menewaskan tentera-tentera Ahzab,
Tewaskanlah mereka dan berilah pertolongan kepada kami untuk menewaskan mereka.
Cukuplah Allah bagi kami sebaik-baik penolong.
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.
Amin, ya Robbal `Alamin.
*Mulai ayat baris ketiga dari bawah iaitu pada ayat:
gantikan dengan ayat seperti di bawah ini:
اللـّـَهُـمّ َانـْصُر ِالإسْلاَمَ وَالـْمُجَاهِـدِيـْنَ فِى فـِـلــَـسْـطِـين
اللـّـَهـُـمّ َ انـْصُـر ِالإسْلاَمَ وَالـْمُجَاهِـدِيـْنَ فِـي كُـلّ ِمَـكَان ٍ وَفِى كُلّ ِ زَمَانٍ
Makna: Ya Allah, bantulah Islam dan para pejuang Islam di Palestin.
Ya Allah bantulah Islam dan para pejuang Islam di mana jua mereka berada pada sepanjang zaman.
Seterusnya akhirilah doa Qunut seperti biasa:
فـَإ ِنـّـَكَ تـَقـْضِى وَلاَ يُقـْضـَى عَلـَيْكَ
وَإ ِنـّـَهُ لاَيَذِلّ ُ مَن وَالـَيْتَ. وَلاَ يَعِزّ ُ مَنْ عَادَيْتَ
تـَبَارَكْت َ رَبّـَنـَا وَتـَعَالـَيـْتَ. فـَلـَكَ الـْحَمْدُ عَلـَى مَا قـَضـَيْتَ
وَنـَسْتـَغـْفِرُكَ وَنـَتـُوبُ إ ِلـَيْكَ
وَصَلـّـَى اللهُ عَلـَى سَيّـِدِنـَا مُحَمّـَدٍ وَعَلـَى ءَالِهِ وَصَحْبـِهِ وَبَارَكَ وَسَلـّـَمَ
Makna: Sesungguhnya Engkau penentu dan tidak ditentukan.
Dan Sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau muliakan. Dan tidak mulia orang yang Engkau hinakan.
Maha Mulia Engkau Tuhan kami dan Maha Tinggi, maka bagiMu jua segala kepujian atas apa yang Engkau tetapkan.
Kami memohon ampun dan bertaubat kepadaMu.
Dan semoga Allah melimpahkan rahmat bagi Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
*Nota:
Kata gantinama نـَا yang bermakna ‘kami’ boleh digunakan walaupun anda membaca doa qunut seorang diri (tidak berjemaah).
Rujukan:
1. Radio IKIM.fm
2. RAMPAIAN AGAMA ISLAM Tahun Tiga. 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan