Bahan-bahan:
1 tin tepung jagung (Brown & Polson - Cap Kupu-Kupu) - anggaran 450g
1 tin mentega (Golden Churn / SCS) - anggaran 450g
7 biji telur (kuing sahaja)
1 1/4 cawan gula aising - anggaran 180g
1 1/2 cawan tepung gandum (ikut lembut)
Sedikit esen vanilla
1/4 sudu baking powder
Ceri merah (didadu kecil)
Cara-cara:
1. Kacau mentega dan gula aising sehingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla
3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan baking powder
Gaulkan acuan sehingga menjadi satu doh.
Terapkan dgn acuan semperit dan diletakkan ceri merah di tengahnya.
Bakar sehingga kekuningan pada suhu 175 darjah celcius selama 15-20 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan