Isnin, 8 Ogos 2011

Resipi Ubat Penyembuh Dosa


Seorang lelaki Badawi datang kepada seorang doktor dan bertanya

Adakah tuan mempunyai resepi ubat untuk menyembuh penyakit dosa?

Doktor itu menundukkan kepalanya sejenak sambil berfikir, lalu dia menjawab

Dengarkan resepi ini. Jika kamu mengerjakannya kamu akan mendapat penyembuhan dari Allah SWT.

Ambillah akar-akar kemelaratan dan jiwa kesabaran lalu campurkan dengan bahan fikiran dan dicampur dengan rempah hati dan kekhusyukan, kemudian ditumbuk semuanya dengan lesung taubat dan dibasahi dengan air mata, lalu ditempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah dan dimasak dengan api tawakkal kepadanya.

Setelah itu digaul dengan senduk istighfar sehingga nampak akan taufik dan kehormatan diri. Kemudian pindahkan kemangkuk cinta dan disejukkan dengan udara kasih sayang. Sesudah itu disaring dengan saringan kesusahan dan ditambah dengan hakikat iman serta campurkan dengan takut kepada Allah SWT.

Teruskan meminum ubat ini selama hidupmu dan hatimu akan dan sembuh dari segala keluhan dan kekusutan, dan akan hilang rasa sakit dosa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan