Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Pimpinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Pimpinan. Papar semua catatan

Jumaat, 2 November 2012

Penjelasan sebenar Isu Lembah Sireh




Rakaman sidang media oleh YAB Dato' Ustaz Hj Ahmad Bin Hj Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan YB Dato' Hj Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan di dalam penjelasan sebenar berhubung isu pembangunan Lembah Sireh.

16 Zulhijjah 1433H/ 31 Oktober 2012M

Isnin, 27 Ogos 2012

Syaitan: Kenyataan Mahathir bahaya – Nik Aziz

Rizal Tahir,27 Ogs 2012

MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.

Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.


Khamis, 16 Ogos 2012

Royalti Kelantan: LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA...



KENYATAAN AKHBAR: JAWATANKUASA KHAS KAJIAN PEMBAYARAN BAYARAN TUNAI PETROLEUM

Saya mendarat di KLIA sekitar jam 3 petang ini, pulang dari mengerjakan umrah. Satu dari niat saya mengerjakan umrah ialah untuk mendoakan perjuangan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum menjadi kenyataan. 

Jumaat, 6 Julai 2012

isu Felda Global Venture


Sesi Soal Jawab Yb Dato' Hj Husam Musa, Exco perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan mengenai isu Felda Global Venture pada persidangan kali yang kedua bagi tempoh penggal yang kelima, Dewan Negeri Kelantan, Kedua Belas.

12-13 Syaaban 1433H/ 2-3 Julai 2012

isu lesen judi




Sesi Soal Jawab Yb Dato' Hj Takiyuddin Hassan, Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan mengenai isu lesen Judi pada Persidangan kali yang Kedua bagi tempoh penggal yang kelima, Dewan Negeri Kelantan, Kedua Belas.

12-13 Syaaban 1433H/ 2-3 Julai 2012

isu undi pas masuk syurga


Sesi Soal Jawab Yb Dato' Hj Mohd Amar Nik Abdullah, Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah mengenai isu undi pas masuk syurga pada Persidangan kali yang Kedua bagi tempoh penggal yang kelima, Dewan Negeri Kelantan, Kedua Belas.

12-13 Syaaban 1433H/ 2-3 Julai 2012

Yb Dato Husam Musa menjawab isu Lebuh Raya Rakyat


Sesi Soal Jawab Yb Dato' Hj Husam Musa, Exco perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan mengenai isu lebuh raya Rakyat pada persidangan kali yang kedua bagi tempoh penggal yang kelima, Dewan Negeri Kelantan, Kedua Belas.

12-13 Syaaban 1433H/ 2-3 Julai 2012

Khamis, 31 Mei 2012

Pengerusi SPRM perlu letak jawatan!



KES DATO’ SERI SHARIZAT JALIL-NFC DAN DAKWAAN TERHADAP AZMIN ALI: KEPUTUSAN SPRM MENIMBULKAN LEBIH BANYAK TANDA TANYA

Isu Pembidaan RM500k Plat www1

 Kenyataan Ibrahim Ali (yg tak pernah derhaka kepada sultan tetapi pernah menabal sultan kelantan baru beberapa ketika dahulu) minta supaya Dato Sri Nizar mohon maaf di atas kenyataan yang dikeluarkan terhadap kesultanan Johor.



Pandangan Mantan Mufti Perlis dalam isu Dato Sri Nizar



Sabtu, 19 Mei 2012

Saman Rahim Noor & New Strait Times

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.
Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Rabu, 9 Mei 2012

Majlis Fatwa : Jangan Berjalan Sebelah Kaki, Nanti Pincang Mengatur Langkah

Saya membaca laporan akhbar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Hussin tentang Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Menurut laporan akhbar, beliau menyatakan bahawa Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.


Jumaat, 4 Mei 2012

Mengapa PAS tidak boleh bersama UMNO

Oleh Khalid Samad

Masih ada lagi yang bertanya, mengapa PAS tidak boleh bersama UMNO sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.
Jawapan saya berbentuk cerita.

Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.

Khamis, 3 Mei 2012

Isteri Tok Guru Nik Aziz Dan Tok Guru Haji Hadi Boros & mendedahkan aurat?


Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Prof Madya Riduan Tee Abdullah berkata beliau kecewa dengan isteri pemimpin politik yang hidup bermewah dan tidak menutup aurat.

Bekas pemimpin pelajar UKM itu berkata, pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar tidak boleh dijadikan 'role model' kepada generasi akan datang.

Beliau kecewa, kerana terdapat pemimpin di negara ini yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka.

Rabu, 2 Mei 2012

PAS tidak tolak mungkin Bersih 4.0

HULU TERENGGANU, 1 Mei: PAS tidak menolak kemungkinan dan bersedia menghadapi himpunan Bersih 4.0 jika kerajaan gagal membuat perubahan daripada kejayaan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan jika kerajaan tidak membuat perubahan sebagaimana tuntutan Bersih 3.0, tidak mustahil Bersih 4.0 akan diadakan lagi.


Khamis, 19 April 2012

Dua indiktor untuk pembubaran parlimen

Saya masih belum membuat ramalan berhubung bila parlimen bakal dibubarkan dan bila pula tarikh pilihan raya umum ke-13 akan dilaksanakan.


Sebelum ini sudah ada berbagai-bagai pihak membuat ramalan mengenai pilihan raya. Tarikh atau ketika popular ialah Mac. Ternyata Mac sudah pun berlalu pergi. Kini tarikh baru diberikan iaitu pada Jun. Apakah alasan Jun ini?

Menurut Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu percakapan dengan saya, beliau yakin parlimen akan dibubarkan tidak selepas Jun. Alasan Tengku Razaleigh waktu terbaik ialah pada sebelum Jun sebab kalau selepas Jun Umno bermasalah. Masalah besar Umno menurutnya kerana Umno sudah ketiadaan wang.

Memang Umno sudah membahagi-bahagikan wang kepada rakyat dalam bentuk-bentuk yang disihirkan untuk tidak dilihat ianya rasuah politik. Tetapi semua pemberian itu termasuk BR1M bukan ikhlas melainkan ia rasuah politik. Kalau pun yang masih belum dibahagikan tetapi sudah dijanji ialah kepada peneroka Felda diramalkan setiap peneroka bakal menerima RM1,000 seorang.

Penjawat awam juga sudah mulai menerima habuan masing-masing. Bonus yang dijanjikan sudah dimaksukkan ke dalam akauan. Ada yang menerima di antara RM500 hingga RM1,000.

Berdasarkan itu Tengku Razalegih mengira Umno sudah kekeringan wang? Soalnya apakah semudah itu Umno akan kehilangan sumber? Untuk mendapat kuasa kemudian dengan kuasa boleh mendapatkan wang membayar balik perbelanjaan pilihan raya atau untuk berbelanja apa-apa saja termasuk membayar artis jutaan ringgit, banyak pelabur yang ingin menanam budi. Umno sebagai parti yang sudah ada banyak konteks kewangan mudah mendapat wang. Pelabur, korporat syarikat GLC dan sebagainya akan melempat duit kepada UBN.

Rabu, 18 April 2012

HAPUS PTPTN MELAYU TERGUGAT ALASAN PAK PANDIR

Sekali lagi Umno cuba berlindung di sebalik Melayu akan terjejas jika PTPTN dihapuskan. Pelik bin ajaib, inilah kenayataan Pak Pandir yang kelaur daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin . Apa kena mengena dengan Melayu?. Bukankah yang meminjam ini majoriti Melayu. 

Rabu, 11 April 2012

PRU 13 : Exco Kelantan 'hijrah' ke Parlimen?


Nik Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan dipanggil bila-bila masa, ura-ura mengaitkan beberapa Exco Kerajaan Negeri akan bertukar kerusi - dari Dewan Undangan Negeri (Dun) ke Parlimen - semakin jelas kedengaran.
Malah, dikatakan exco berkenaan mula mempersiapkan diri, melakukan kerja-kerja parti lebih awal dengan menjelajah daerah yang bakal ditandinginya, untuk menguatkan sokongan sekiranya pimpinan pusat
mengesahkan pencalonan beliau.