Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Selasa, 7 Ogos 2012

Asam Batang Keladi

Resepi yang sesuai dicantum dengan nasi  ulam...... terangkat..... mudah dan boleh dibuat hari ini. Cubalah
sebab sedap serta kos yang murah

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

150 g ikan pari masin, dipotong 1.5 inci dan rendam 30 minit
2 pokok keladi minyak
2 ulas bawang putih
6 biji bawang merah kecil

Jumaat, 3 Ogos 2012

Resepi Puding Roti Karamel

puding roti karamel

Pada bulan Ramadan, puding adalah satu juadah  mudah yang paling sesuai untuk disediakan.  Terdapat berbagai jenis dan cara untuk menyediakan puding bergantung kepada kreativiti seseorang.

Puding Karamel adalah puding yang paling digemari pada bulan Ramadan tetapi harganya agak mahal kerana menggunakan telur yang banyak dan susu cair . Bagi keluarga yang ramai, agak ketat jugalah untuk membeli puding ini di Bazar Ramadan.

Khamis, 2 Ogos 2012

Resepi Biskut Bunga Cina


Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )

100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Selasa, 31 Julai 2012

Biskut Lamington



BAHAN-BAHAN

200 gm coklat masakan
125 gm mentega
½ cawan gula perang
1 biji telur 1 ¾ cawan tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
¼ cawan kelapa parut kering

Biskut Marble Shortbread



Bahan-bahan:

220gm mentega
70gm gula kastor
250gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras

Isnin, 30 Julai 2012

Biskut Amor Aiskrim



Bahan-Bahan:

250g butter
100g gula
30g shortening
240g tepung gandum
50g tepung jagung
30g tepung kentang
40g tepung kastad
½c.teh baking powder
sedikit esen mangga/vanila

Hiasan: 

coklat masak
manik bintang
telur kuning

Cara:
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. masukkan shortening dan esen mangga/vanilla. Kacau serata.
3. campurkan semua tepung dan baking powder.
4. masukkan campuran semua tepung ke dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit.
5. jika adunan tadi lembik, masukkan sedikit tepung jagung,jangan guna tepung gandum kerana ia akan membuatkan biskut tidak ragup
6. uli tepung sehingga menjadi doh dan boleh dicanai.
7. setelah setelah dicanai,guna kayu roll yang berjalur untuk membuat jalur-jalur diatas doh yang telah dicanai.
8. tekap doh yang berjalur dengan acuan berbentuk ais krim. kemudian sapu kuning telur sebelum dibakar dengan suhu 160 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.
8. setelah biskut masak, hiaskan biskut dengan coklat masak yang telah dimasak secara double boiller.
9. akhir sekali susunkan manik bintang diatas coklat tadi dan biarkan coklat kering sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Cadangan Hidangan:
Boleh dihidangkan untuk jamuan dan minum petang.

Ahad, 29 Julai 2012

Biskut Daisy


Bahan-Bahan:

Bahan topping:

Sabtu, 28 Julai 2012

Resepi Biskut Sampan





Bahan-bahan

125 gram mentega
75 gram gula halus
2 biji kuning telur
200 gram tepung gandum ( saya guna tepung rose)1 sudu teh esen vanilla

Khamis, 26 Julai 2012

Rabu, 25 Julai 2012

Tomyam Putih

Tomyam sedap dimakan dengan telur dadar..

Selasa, 24 Julai 2012

Ikan Siakap Kukus


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Warta berita hari ini resepi ikan siakap kukus

Ahad, 26 Februari 2012

Resepi: Mee Kari Resepi: Mee Kari Resepi : Mee Kari


Dah lama kita tak masak ni mee, rasa teringin nak makan pula.......Perutpun dah mula berbunyi ni
Apapun jom layan resepinya yang mudah aje ;-




MEE KARI

Ahad, 29 Januari 2012

Kelebihan Daun Lalang

Nama saintifik daun lalang adalah imperata cylindrica uh macam sedap jer bunyinya. Rasanya boleh dijadikan nama nih heee . Daun lalang tergolong dalam kumpulanliliopsida dan ia juga mewakili bagi spesis Cylindrica.
alang-alang

Khasiat Buah-Buahan




♥ Makanlah buah limau (oren) kerana ia mengemaskan bebenang jantung dan 
menambahkan kecerdasan fikiran.

Ahad, 25 Disember 2011

Kreatif Cara Buat Bunga Ros Daripada Kentang Goreng



Kreatif Cara Buat Bunga Ros Daripada Kentang Goreng

Jumaat, 26 Ogos 2011

Biskut Kasih


Bahan-bahan (A)

112 butter
25 gula aising
½ sudu the vanilla

Bahan-bahan (B)

125 tepung gandum
Secubit garam

Hiasan

Gula-gla manik berbentuk hati

Cara-cara

1. Gaul A sebati. Masukkan B. Masukkan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Sapu sedikit dengan telur putih dan hias dengan gula-gula manik berbentuk hati.
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.

Biskut Arab ( 3 Bahan Sahaja)


Bahan-Bahan:

  • 500 gm tepung gandum
  • 250 gm gula halus
  • 250 gm minyak sapi


Cara:

  • Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati.
  • Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit.
  • Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.
  • Kemudian digolekkan di atas gula halus.

Resepi Biskut Cornflakes Madu


Bahan-bahan
  • Cornflake - 2 kotak nestle corn flakes
  • Madu - 1 1/2 cawan
  • Gula - 1 cawan
  • Majerin planta - 1 cawan
  • Peanut butter - 1 1/2 cawan
  • Urai (colouring chocolate rice) - tabur
  • Cup kertas


Cara-cara :
  • Panaskan majerin.
  • Masukkan gula dan madu.
  • Kacau pelahan-lahan sampai gula hancur.
  • Masukkan peanut butter, kacau pelahan-lahan.
  • Tuangkan cornflakes dalam bekas yang besar.
  • Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dah masak tu dalam cornflakes.
  • Kacau pelahan-lahan untuk rata sebatikan antara kedua-dua bahan.
  • Guna sudu kecil untuk masukkan cornflakes dalam cup kertas.
  • Taburkan chocolate rice kat cornflakes tu.
  • Masukkan kat dalam oven dalam 5 minit aje.
  • Dah masak.

Isnin, 22 Ogos 2011

Biskut Jasmin


Bahan-Bahan:

125 gm mentega
100 gm serbuk gula
200 gm tepung
2 camca sedang tepung aiskrim vanila

2 camca sedang tepung kastard 1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
½ camca teh garam
1 camca sedang susu pekat
Sedikit serbuk koko

Cara:

Kacau mentega, telur, esen vanila, tepung aiskrim, garam, susu dan gula hingga pekat. Masukkan tepung kastard dan tepung. Uli hingga sebati. Ambil sedikit adunan, bubuh serbuk koko dan uli hingga rata. Masukkan ke dalam acuan dahlia. Mula-mula picit warna biasa kemudian ditindih dengan adunan berwarna koko. Susun di atas dulang pembakar dan bakar hingga masak.

Jumaat, 19 Ogos 2011

AGAR-AGAR PANDAN


AGAR-AGAR PANDAN

Bahan-bahannya

50 gram agar-agar lengkong (agar-agar strips)

2,500 ml air

200 gram gula batu

550 gram gula pasir

6 helai daun pandan

1 kotak kecil santan pekat 200 ml, digaul dengan 200 ml air

6 biji telur

sedikit pewarna hijau

Loyang agar-agar


Cara-caranya

Rebus agar-agar dengan air sehingga larut. Masukkan sekali daun pandan. Selepas itu masukkan gula batu dan rebus lagi sehingga gulanya larut. Kemudian masukkan gula pasir. Biarkan ia mendidih lama sedikit supaya semua gulanya hancur. Setelah itu tapis.

Masak lagi diatas api. Masukkan pewarna hijau. Sementara itu, kocak telur dengan santan pekat dan air sehingga rata. Taburkan sedikit garam. Perlahan-lahan curahkan kedalam periuk agar-agar. Kacau sehingga rata. Biarkan ia mendidih lagi beberapa minit, supaya kelihatan gumpalan telur disebelah atas.

Perlahan-lahan tuangkan kedalam cetak agar-agar, atau loyang. Biarkan sejuk dan kental baru boleh dipotong. Oleh kerana agar-agar ini mengunakan santan, jangan simpan terlalu lama diluar. Seelok-eloknya setelah sejuk, simpan didalam peti sejuk.