Khamis, 26 Julai 2012

TUMIS TAUGEH DAN TOFU BERKICAP


rsz_dsc_5860 (1)


BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram taugeh, cuci dan toskan
2 keping tauhu, potong 4 setiap satu
1 genggam ikan bilis, cuci, tos dan goreng garing
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu digoreng terendam hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Dalam kuali sama, tinggalkan sedikit minyak. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau hingga layu. Masukkan kiub ikan bilis dan sos tiram, kacau rata.
  2. Tambah tauhu goreng dan kicap manis, gaul rata. Masukkan taugeh, kacau hingga pantas hingga taugeh lembut sedikit. Matikan api dan alih ke dalam pinggan sesuai. Tabur hirisan daun bawang, cili merah yang didadu, bawang goreng dan ikan bilis goreng. Hidangkan segera..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan