Selasa, 31 Julai 2012

Biskut Marble Shortbread



Bahan-bahan:

220gm mentega
70gm gula kastor
250gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras

Bahan Coklat Marble:

200gm coklat masakan
1 sudu teh shortening
50gm coklat putih |untuk hiasan

Cara memasak:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras yang telah diayak. Gaulkan hingga menjadi adunan.
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan empat segi dan bakar pada suhu 160 C selama 20 minit. Sejukkan.
4. Untuk bahan marble, cairkan coklat masakan dan campurkan bersama shortening.
5. Tuangkan ke atas biskut dan ratakan.
6. Letakkan sedikit coklat putih dan lorekkan coraknya. Biarkan sejuk dan kemudian barulah dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan