Ahad, 15 Julai 2012

Pelakon Adam Hamid Isytihar masuk PAS

Kuala Lumpur: Pengarah,penerbit dan juga pelakon terkenal,Adam Hamid telah menyerahkan borang keahlian PAS malam tadi di perkarangan padang Dewan Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Ketua Penerangan PAS Pusat dan bersama juga Pesuruhjaya PAS Wilayah,Hj. Mohd Noor Mohamad.

Pengumuman tersebut dibuat oleh saudara Kamarul Zaman Mohamad yang juga merangkap Ketua Pemuda PAS Wilayah.

Adam Hamid merupakan pelakon filem,drama dan juga penulis skrip.Disamping itu beliau juga pernah mengarah filem-filem dan juga drama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan