Ahad, 29 Januari 2012

Kelebihan Daun Lalang

Nama saintifik daun lalang adalah imperata cylindrica uh macam sedap jer bunyinya. Rasanya boleh dijadikan nama nih heee . Daun lalang tergolong dalam kumpulanliliopsida dan ia juga mewakili bagi spesis Cylindrica.
alang-alang
Pada kebiasaannya daun lalang sering tumbuh melata di mana-mana  sahaja. Baik di semak, kawasan belukar, rumah terbiar, celah-celah tanaman, tepi parit, tanah terbiar dan jika ia tumbuh  di sesuatu kawasan maka ini akan mampu menakluk seluruh kawasan persekitaran di sekelilingnya.
Daun lalang adalah sejenis rumput liar yang amat di benci semua orang bukan kerana dia beralur panjang tapi ia adalah salah satu tumbuhan yang agak degil untuk dimusnahkannya.
Pertumbuhan dauan lalang di kawasan ladang tanaman sering menyebabkan gangguan kepada tanaman lain. Biasanya lalang akan memenangi perlumbaan dalam pertumbuhan rumput-rumput lain dan ia membiak dengan pantas tanpa disedari, kerana pembiakannya melalui akarnya yang melebar didalam tanah.
  • Daun lalang mempunyai pelbagai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit tertentu. Dari bahagain daunnya sehinggan ke akar semuanya mempunyai kemujaraban yang tersendiri.
  • Akar daun lalang di rebus bersama air. Kemudian di mandi bagi mendapatkan kesegaran dalam badan.
  • Sekiranya mengalami luka pada tubuh badan, tumbuk akar lalang tersebut sehingga lumat dan tempelkan pada kawasan tersebut.
  • Akar lalang sebenarnya mengandungi sumber gula yang mampu menjadi penawar kepada kencing bernanah, Syphylis dan buah pinggang dengan meminum air rebusan lalang berterusan mengikut peraturan yang tertib 2 kali sehari pagi dan malam.
lalang
  • Bagi meningkatkan tenagan batin pula akar lalang dicampurkan dengan beluru dan rebung buluh gading, direbus dan diminum airnya . Tenaga Batin akan lebih kuat, ampuh dan mampu bertahan lama.
  • Bagi yang sering mengalami sengal-sengal tulang, urat dan otot bakar daun lalang tersebut sehingga menjadi abu. Setelah itu pupukkan atau bungkuskan abu itu dengan kaian agar menjadi bentuk punjut dan letakkan ia pada bahagian yang terasa sengal.
  • sekiranya menghidap asma atau lelah. Rebuskan akar lalang tersebut dan airnya dicampurkan dengan madu lebah kemudian di minum.
  • Batang lalang dikatakan boleh dijadikan sebagai bahan tonik bagi tujuanpemulih untuk penyakit-penyakit dalaman serta dapat meningkatkan aliran air kencing dan mengatasi masalah jangkitan saluran kencing.
PERHATIAN: Apa jua sakit yang anda hidapai nasihat Suri agar anda bertemu dengan doktor. Segala persiapan diatas hanyalah untuk perkongsian maklumat sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan