Premium insuran kenderaan naik mulai 16 Januari 2012.....
Bantuan Rakyat
1Malysia (BR1M) yang dibayar sekali sahaja kepada ketua isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan akan hanya mula diagihkan pada 15 Januari 2012. Walaubagaimanapun kadar premium semua jenis kenderaan akan naik bermula 16 Januari 2012. Bukan itu sahaja, laporan akhbar juga menyatakan kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti juga turut meningkat.
Higher insurance premium for motor vehicles from Jan 16.
KUALA LUMPUR (Jan 6, 2011): The gradual revision in the motor tariff premium rates will be implemented effective Jan 16,, says Bank Negara Malaysia (BNM).
http://www.thesundaily.my/news/258970
Kadar premium motor diselaras..
2012/01/07
Dilaksana berperingkat mulai 16 Januari.
BANK Negara Malaysia akan menyelaraskan kadar premium tarif motor secara berperingkat mulai 16 Januari ini dengan jaminan bahawa kesannya terhadap orang awam serta perniagaan adalah kecil.
Bank pusat itu berkata, pelarasan yang hanya membabitkan jumlah yang kecil itu, akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.
“Selain itu kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti juga turut meningkat,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Sebagai contoh, apabila diselaraskan kelak, perlindungan pihak ketiga bagi premium insurans motosikal yang memiliki kapasiti 110 cc akan hanya mengalami kenaikan antara RM1 hingga RM3.50 setiap tahun atau maksimum 30 sen setiap bulan dalam tempoh empat tahun.
Bagi kereta persendirian yang memiliki kapasiti 1,400 cc, pelarasan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setiap tahun atau maksimum RM2.80 setiap bulan dalam jangka masa yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan