Senjata berbahaya atau sekaki payung?. Apabila rakaman ini di zoom dekat, imej pemegang payung yang disangkut pada tali pinggang semakin jelas.
Dalam keriuhan orang ramai yang menghadiri perhimpunan 901, pihak polis berjaya merakamkan gelagat seorang peserta yang 'membawa senjata berbahaya'. Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang sedang berdiri di lereng bukit, sambit 'senjata' tersebut tergantung di tepi seluarnya.
Bagaimanapun rakaman yang dirakam dari jauh itu tidak jelas menunjukkan jenis senjata tersebut. Selepas diperhatikan, 'senjata' yang dimaksudkan lebih menyerupai sekaki payung. Mungkin kerana payung ini disangkutkan pada tali pinggang lelaki tersebut menyebabkan ia kelihatan seakan senjata berbahaya - pedang jika dilihat dari jauh. Ada beberapa faktor yang menguatkan bahawa objek tersebut bukan senjata :
1. Lelaki itu berdiri dihadapan orang ramai dengan jelas, tenang dan terbuka. Jika dia membawa senjata merbahaya, pasti orang ramai yang memberikan reaksi. Sama ada mereka menangkap lelaki tersebut dan menyerahkan kepada polis, atau orang ramai berlari bertempiaran kerana ketakutan dengan senjata tersebut.
2. Polis yang menjaga keselamatan (termasuk jurukamera polis yang merakamkan kejadian tersebut) pastinya akan mengambil tindakan segera dengan melaporkan dan menangkap suspek tersebut. Polis pastinya tidak akan membiarkan suspek yang sengaja mendedahkan dirinya dihadapan orang ramai secara terbuka itu begitu sahaja.
3. Imej pemegang payung yang disangkut pada tali pinggang seluar agak jelas kelihatan ketika rakaman ini di zoom lebih dekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan