"
Tolong kira, sepatutnya berapa tahun Makcik ni dipenjarakan. Hajat enam sahabat beraya dengan hasil mencuri lembu tidak kesampaian apabila mereka diberkas polis. Modus operandi kumpulan tersebut ialah menyasarkan ladang ternakan lembu yang jauh di pedalaman selain melakukannya di waktu malam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya Din Ahmad, berkata kegiatan kumpulan terbabit diketahui apabila seorang pengadu membuat laporan mengenai kehilangan 14 ekor lembu ternakannya pada 18 Julai lalu.
Menurutnya, setelah menerima laporan, pihaknya terus membuat siasatan dan berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan di Alor Gajah sehari kemudian sekitar 12.40 pagi bersama sebuah lori dipercayai digunakan mengangkut lembu curi.
"Susulan penangkapan suspek pertama polis berjaya menahan lima lagi suspek di Masjid Tanah, Melaka, selain berjaya menemui lapan ekor lembu beberapa jam kemudian. "Daripada lima suspek yang ditahan itu, empat adalah warga Indonesia. Kesemuanya berumur antara 24 dengan 52 tahun. "Polis juga percaya dengan tertangkapnya enam suspek ini, tiga kes berjaya diselesaikan, selain percaya kumpulan ini bergiat aktif bermula awal tahun lalu," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, kelmarin. Menurut Encik Din Ahmad, siasatan awal mendapati selain di Batu Pahat, kumpulan terbabit juga telah melakukan kegiatan sama di beberapa kawasan di sekitar Kluang, lapor Sinar Harian. Katanya, setelah berjaya mencuri ternakan, mereka akan menjualnya dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran dan jualan dilakukan di pasaran sekitar Melaka. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda |
Sabtu, 28 Julai 2012
Curi 14 ekor lembu boleh dipenjara 7 tahun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan