Jumaat, 12 Ogos 2011

Isu Gereja, Menenggelam Pendaftaran Pemilih Warga Asing

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Isu Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu My Kad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR. Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta.

Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini.

Parti Islam Se-Malaysia PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak JAIS dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar. Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini.

Pemimpin Umno dan NGO Umno macam dilanda histeria mengenai isu ini. Kononnya merekalah pembela agama. PAS istiqamah & konsisten menentang isu murtad di negara ini. Di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi. Sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda Pas dalam operasi lalang 1987 kerana isu kristianisasi.

Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad. Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam , Umno menjadi juara. Tetapi dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan.

Kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi. Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat.


Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan