Jumaat, 9 Mac 2012

Kereta api berhias muncul johan

TANAH MERAH – Dengan berlatarkan kereta api sebagai sumber inspirasi, daerah Tanah Merah berjaya dinobatkan sebagai johan kereta berhias pada perarakan citrawarna sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

Ia merupakan satu penghargaan dan kebanggaan buat seluruh masyarakatnya kerana seni dan kreativitinya dihargai pada malam perarakan itu yang bermula dekat Bandar Baru Tunjung.



Penduduk, Hazwani Hamat, 26, berkata, ia merupakan satu kebanggaan apabila ikon yang mempunyai daya penarik di daerah ini diaplikasikan pada kereta berhias.

“Memang teruja bila lihat kereta berhias dari daerah sendiri. Dengan gaya menarik serta menjadi tumpuan ramai membuatkan saya lebih teruja dan berbangga atas usaha pihak yang terlibat,” katanya.

Menurutnya, nilai sejarah yang ada pada kereta berhias tersebut jadi kekuatan. untuk tampil lebih menonjol dari yang lain.

“Lambang yang ada pada kereta berhias tersebut adalah salah satu ikon tempat menarik yang ada di daerah ini, dan mungkin ramai orang luar tidak tahu jadi ia perlu diketengahkan agar keindahan dan nilai sejarah dapat dikongsi bersama sempena tahun melawat Kelantan 2012,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan