Ahad, 6 Disember 2009

YB Chan Ming Kai - Sila belajar tentang hak kamu iaitu Ad Deenul Islam

Oleh Mahaguru98

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia bahawa ADUN PKR N44 Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai telah turut serta bertakbir raya di Aidilfitri nan lalu bersama umat Islam.


Saya alu alukan YB Chan Ming Kai supaya belajar tentang Agama Islam dan mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi seorang Muslim didalam ertikata sebenar benarnya!

Setakat memakai baju Melayu, bersongkok dan duduk bertakbir raya bersama orang orang Islam memang tidak cukup malah boleh dikatakan bahawa YB Chan Ming Kai sedang berdrama swasta ingin mengambil hati orang orang Melayu menyokong YB!

Saya turut musykil bagaimana tuan rumah boleh membenarkan seorang yang belum Islam seperti YB Chan turut bertakbir membesarkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sedangkan beliau belum terisytihar memeluk Ad Deenullah?



Apakah YB Chan sudah Muslim?

Jika ya, maka saya dengan segala rasa bersyukur ingin menyambut keislamannya!

Jika tidak, maka apakah maksud perbuatannya itu?

Kepada YB Chan Ming Kai, ketahuilah bahawa YB berhak mengucap dua kalimah syahadah iaitu " Asy hadu alla ila ha ill lall Laah ; Wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah!" yang membawa maksud 'Aku mengaku tiada tuhan selain Allah dan aku mengaku bahawa (Nabi) Muhammad adalah Pesuruh Allah!'

YB boleh sahaja meminta bantuan dan bimbingan dari mana mana umat Islam di Malaysia ini.

Insya Allah, akan kami bantu YB menjadi seorang Muslim secara sah dan rasmi!

Jika YB olok olok sahaja, bertakbir bersama umat Islam seperti tersiar didalam video You Tube di atas, maka sadar lah YB bahawa bermuka muka itu adalah satu perkara terkutuk dan perbuatan sebegitu adalah tanda tanda seorang hipokrit!

YB Chan perlu menerangkan kepada umum akan apa maksud sebenar perbuatan YB itu?

Seandainya pihak tuanrumah sadar bahawa YB Chan ni sekadar nak berlakon sekejap berpura pura membesarkan Allah padahal dia memang seorang kaffir tegar, maka apakah tuanrumah sanggup menanggung dosa membiarkan kaffir mempermainkan amal ibadat suci Islam?

Ada sesiapa di majlis Takbir Aidilfitri di atas boleh menerangkan erti kehadiran YB PKR Simpang Pulai ini?

....
http://mahaguru58.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan