Saya peminat cerita-cerita Tan Sri P Ramlee. Dah tentulah antara filemnya yang pernah saya saksikan ialah "Sumpahan Orang Minyak". Tetapi saya tak pernah terlintas bahawa negara Malaysia tempat saya berteduh ini kini dimakan sumpahan minyak. Alangkah malangnya apabila Malaysia rupa-rupanya dilaknat oleh anugerah Allah s.w.t. bernama minyak itu.
3 Julai lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya, "where has the (Petronas) money gone to?" Pendek sahaja tulisan beliau mengenai perkara itu:
Where has the money gone to?Hari ini, dalam berita bertajuk "Malaysia an 'oil cursed' country" (lihat juga "'Our oil wealth squandered'"), Malaysiakini melaporkan Tengku Razaleigh Hamzah menyuarakan kekesalannya:
I reproduce here the payments made by Petronas to the Federal Government since 1976. That year the Government received RM300 million. The amount increased to RM2 billion in 1981. By 2003 it paid RM15.6 billion to the Federal Government. The total from 1981 to 2003 is RM168.8 billion in 22 years.
From then onwards it increased from RM19 billion in 2004 to RM67.8 billion in 2009. The total for six years is RM253.6 billion.
I am sure the Government had spent the money wisely. It would be interesting to know what the RM253.6 billion was spent on.
Former finance minister Tengku Razaleigh Hamzah did not mince his words in a stinging speech at the Young Corporate Malaysians Summit today when he described Malaysia as an "oil cursed" country.Beliau juga mendedahkan bahawa wang Petronas digunakan:
"When I started Petronas in 1974, I did not realise I would see the day when I would wish we had not uncovered this bounty," lamented Razaleigh.
"The oil that was meant to spur our transition to a more humane, educated society has instead become a narcotic that provides economic quick fixes and hollow symbols such as the Petronas Towers."
"to bail out failing companies, buy arms, build grandiose cities amidst cleared palm oil estates.Saya harap apa yang dinyatakan oleh Ku Li dan Dr Mahathir sudah memadai untuk meneruskan sokongan kepada dewa-dewa suci seperti Datuk Seri Najib Tun Razak and their rabble of goons.
"Instead of helping eradicate poverty in the poorest states, our oil wealth came to be channeled into our political and politically-linked class.
"Instead of being the patrimony of all Malaysians, and for our children, it is used as a giant slush fund that has propped up authoritarian rule, eroded constitutional democracy and corrupted our entire political and business elite."
Cerita lain pula sebagai tambahan.
Oleh kerana berita yang melaporkan rungutan Ku Li itu juga menyebut tentang goods and services tax (GST), inginlah saya bertanya, guna apa GST yang dikatakan hanya menjana tambahan kira-kira RM1 bilion sahaja sedangkan kekayaan negara yang sedia akan tidak diuruskan dengan baik?
Saya tak menentang GST. Saya harap puak pembangkang jangan gopoh sangat menentang tak tentu hala. Awat? Kalau hampa menang, hampa tak nak buat GST?
Saya hanya ingin bertanya, mana satu yang patut diberi keutamaan? Melaksanakan GST dengan alasan hanya Brunai dan Burma sahaja yang tak buat di Asia Tenggara ini atau memperbaiki pengurusan kekayaan dan hasil negara?
Bercakap tentang hasil negara, teringat pula cerita invoice palsu yang jauh lebih rendah harga tipu barang yang diimport berbanding harga sebenar untuk ditunjukkan kepada kastam dan macam-macam cerita lain tentang kastam.
Kalau jabatan-jabatan yang memungut cukai dan hasil di susun semula dan diperbaiki cara kerjanya dengan penguatkuasaan undang-undang yang tidak diselewengkan, saya rasa bukan setakat kira-kira RM1 bilion yang dapat dikutip seperti yang diangan-angankan melalui perlaksanaan GST, malah lebih banyak dari itu.
Tetapi apa nak buat, congak ekonomi dewa-dewa suci yang menjadi pemimpin politik terlampau bijak dan hebat. Hang yang bodoh dan tak mengaji, bakaq, jangan pandai-pandai nak merungut fasal hollow and idiotic economic mastery!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan