Khamis, 3 Disember 2009

Sifir Politik UMNO

Oleh: al-brangi

"Sudah lama UMNO membaca sifir politik mudah ini. Ia lebih mudah daripda menghafal A - B - C. Ia lebih senang daripada mengingati sifir 1 dan 2. Orang yang naif politik pun boleh faham. Orang di warung kopi dan pasar basah pun boleh faham.


UMNO sudah arif, di antara kekuatan PAS terletak pada TGNA.

Gahnya PKR terletak pada DSAI.

Manakala DAP, watak-watak seperti Kit Siang dan Karpal Singh melambangkan kononya 'kepala' perkauman dan anti-Islam. Malah kewujudan DAP itu sendiri kononnya menjadi lambang perpecahan kaum.

Jadi perancangan mudah mereka ialah bagaimana nak meng'hapus'kan watak-watak ini.

Untuk mengharamkan parti-parti tersebut, bukannya mudah. Perlembagaan mengizinkan parti-parti politik aktif selagimana ia bergerak selarari dengan undang-undang.

Beberapa pemimpin dari parti tersebut ditangkap di bawah ISA, namun parti tetap gah dan diterima masyarakat.

Dicuba 'implant' beberapa benih UMNO dalam PAS dan PKR, nampak kurang berkesan kerana tindak-tanduk barang yang tidak 'ori', gerak laku 'pembelot' lambat laun akan terserlah 'ke'munafik'kan mereka dan jelas ramai yang tercicir atau 'melompat' keluar dari bahtera perjuangan.

Fitnah adalah satu senjata yang paling ampuh untuk mencalit arang ke muka seseorang. Kesannya adalah jangka panjang. Ia boleh dilaksanakan secara 'direct' seperti apa yang dialami oleh DSAI atau 'character assassination', yakni 'membunuh' beberapa 'watak' penting dengan cara membaling batu sembunyi tangan.

Mereka boleh memutarbelitkan sesuatu isu lagi dan lagi, meratib siang dan malam sehingga berdetik satu perasaan curiga ditelinga pendengar atau pembaca dan selebihnya hanya masa akan menentukan tahap kepercayaan pendengar atau pembaca.

Media arus perdana yang dikuasai UMNO amat memudahkan kerja 'gila' ini dibantu oleh media baru dan penganalisa-penganalisa politik yang hanya bersifat pengemis politik serta beberapa 'benih UMNO' yang berada dalam PAS dan PKR yang menjadi pelacur politik.

Produk utama fitnah ialah perpecahan dalam parti serta mengwujudkan hilang kepercayaan pengundi atas pagar.

Tidak dinafikan PAS, PKR dan DAP memang wujud beberapa kelemahan. Jika kelemahan ini tidak diurus mengikut sifir politik, maka kelemahan ini akan menjadi 'catalyst' membantu mempercepatkan perpecahan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan