Sabtu, 5 Disember 2009

Lagi..: Kita Doa Sampai Pecah Perut


Oleh: ruhan

"Ungkapan ini keluar dari mulut Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) dalam ucapannya semasa perhimpunan menyokong kepimpinannya diadakan di tapak kuliah hari Jumaat di Kota Bharu.

Muhyiddin yang tergamam dengan soalan wartawan mengenai perkara itu tidak tahu berkata apa-apa mungkin kerana ketakutan dan kerisauan yang amat sangat. Kita perlu tahu bahawa sudah banyak kali pemimpin UMNO terperangkap dengan strategi politik TGNA.


Namun, setelah diasak banyak kali oleh wartawan, Muhyiddin tetap mengulang perkara yang itu-itu juga dan menutup rapat realiti sebenar seperti yang dimaklumkan oleh para pemimpin PAS.

Rakyat Malaysia, terutamanya penduduk Kelantan sudah tahu dengan sejelas-jelasnya sikap para pemimpin UMNO terhadap pemberian royalti petroleum kepada negeri mereka dan betapa paradoksnya apabila penerima hasil memberi wang ehsan kepada penyumbang hasil. Suatu hal yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Inilah dasar 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!!!

Secara tersirat, para pemimpin UMNO menerima kenyataan bahawa Kelantan wajar menerima royalti petroleum sebanyak 5 % daripada PETRONAS. Walau bagaimanapun, hati busuk mereka mengatakan tidak payah diberi royalti itu.

Sebabnya mudah sahaja. Kelantan yang dikuasai PAS akan membangun dengan megahnya, mungkin mengatasi negeri-negeri maju yang lain di Malaysia, seandainya royalti petroleum sebanyak 5 % itu berada dalam tangan ahli-ahli ekonomi Kerajaan Negeri Kelantan.

Rakyat tahu Terengganu, Sarawak, dan Sabah sudah lama dapat wang itu. Berapa banyak jumlahnya tiada sesiapa yang mengira. Namun, kadar kemiskinan tegar di negeri-negeri tersebut berada pada tangga pertama, kedua, dan ketiga terbanyak.

Rakyat sedih melihat data kemiskinan tegar yang dikeluarkan oleh menteri di parlimen dari masa ke masa. Situasinya tidak pernah berubah. Minyak yang dikeluarkan semakin kurang hari demi hari. Inilah akibatnya apabila wang berada dalam tangan perasuah. Berada dalam tangan orang yang tidak amanah. Berada dalam tangan orang yang hanya mementingkan diri sendiri dan kroni.

Barangkali TGNA sudah terlalu penat memikirkan masalah yang bukan sahaja tidak pernah selesai dalam pentadbiran dan pemerintahan UMNO/BN itu malahan semakin bobrok dan menjijikkan. Jika keadaan ini diambil kira, TGNA wajar mengeluarkan gesaan itu.

Maka jika itu sahaja jalan yang tersedia untuk menyelesaikan masalah, penyokong-penyokong PAS khasnya dan penyokong Pakatan Rakyat amnya, perlulah akur dan mempraktikkan seruan itu. Jangan bertangguh lagi. Lakukanlah secara beramai-ramai atau bersendirian setiap hari.

Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan. Itu janji Allah. Pihak yang dilaknatkan tidak perlu risau dan takut jika yakin dengan sepenuh hati diri mereka berada di pihak yang benar.

http://bilahrotan.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan