[[ "BIADAP DAN KURANG AJAR"...begitulah bunyi pada kain rentang gambar diatas...tapi mungkin mereka lupa, tindakan mereka (aksi kencing berdiri pada gambar) juga adalah biadap dan kurang ajar, malah melampaui batas, tidak bertamadun, serta tidak boleh diterima sama sekali..
Apakah caratindak ini diajar oleh bangsa Melayu? apakah perlakuan ini adalah tuntutan dan saranan agama?..nyatalah, ia adalah bahana dari penghayatan semangat asobiyah yang melampau..ia adalah malapetaka dari didikan semangat kebangsaan yang berlebih-lebihan..
Jika seblum ini mereka melaung2kan itu dan ini bukan budaya kita, bukan adab dan cara kita, tetapi kali ini mereka seolah2 lupa bahawa tindakan ini juga amat berlawanan dengan budi bahasa umat melayu, apatah lagi bercanggah sama sekali dngan akhlak, tatasusila dan sahsiah seorang muslim!..
Jika marah atau benci sekalipun, ini bukan cara tindakbalasnya, ini bukan tindakan yang sepatutnya..percayalah, tindakan merekalah yang sebenarnya merendah2kan Melayu/Islam dimata bukan Islam..perlakuan mereka menjatuhkan 'air muka' dan maruah umat Melayu dan Islam dimata bukan Islam..
Akhir kalam, suka penulis untuk mengulangi apa yang di dakwa Tun mahathir, "UMNO BUSUK SEHINGGA KE USUSNYA"..'UMNO ADALAH SEBUAH PARTI PERKAUMAN!"...wallahua'lam..
Hadis nabi: "Bukan dari golonganku orang yang mengajak pada asobiyah dan bukan dari golonganku orang yang berpegang atas dasar asobiyah dan bukan dari golonganku orang yang mati karana ashobiyah”..]]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan