Ahad, 6 Disember 2009

"Tak salah bkn Islam bertakbir" : Mufti Perak sanggah pmikiran sempit


Oleh: pria_malaya08

"Begitulah ceteknya pemikiran penyokong gerombolan. didakwanya orang bukan Islam bertakbir dan bersama orang-orang Islam bertakbir seolah-olah menghina Islam. dikatanya perbuatan itu menjatuhkan maruah dan kemurnian agama Islam. didakwanya PAS bersubahat dengan orang bukan Islam untuk merosakkan agama Islam..



Persoalannya, apakah perbuatan ini boleh dikatakan menghina Islam selagi YB Chan Ming Kai tidak memeluk Islam? penulis sendiri sememangnya tidak nampak dimanakah tempatnya ADUN tersebut menghina Islam, bukankah takbir itu memuji Allah dan dimana pula unsur penghinaan disana?

Begitulah ceteknya pemikiran penyokong gerombolan...didakwanya orang bukan Islam bertakbir dan bersama orang-orang Islam bertakbir seolah-olah menghina Islam..dikatanya perbuatan itu menjatuhkan maruah dan kemurnian agama Islam..didakwanya PAS bersubahat dengan orang bukan Islam untuk merosakkan agama Islam...

Persoalannya, apakah perbuatan ini boleh dikatakan menghina Islam selagi YB Chan Ming Kai tidak memeluk Islam? penulis sendiri sememangnya tidak nampak dimanakah tempatnya ADUN tersebut menghina Islam, bukankah takbir itu memuji Allah dan dimana pula unsur penghinaan disana?

Makna 'Takbir'

Perkataan 'Takbir' adalah diambil daripada perkataan Arab, yang bermaksud membesarkan..ulama' mendefinisikan makna 'takbir' ini sebagai 'Membesarkan Allah'..sama seperti lafaz 'tahmid' mensyukuri (nikmat) Allah, 'tasbih' menyucikan Allah dan lain-lain..

Begitulah jua dalam isu ini..apakah salah seorang makhluk Allah dikalangan manusia bukan Islam memuji dan membesarkan Allah melalui takbir raya? apakah salah mereka menyertai majlis orang Islam yang membesarkan Allah?.. apakah ia perbuatan yang perlu ditentang dan dilarang sama sekali? bukankah golongan seperti ini (yang menunjukkan hormat dan ramahnya kepada orang Islam) yang dimahukan puak gerombolan?

Pengalaman penulis..

Bagi penulis sendiri, penulis begitu kagum dan bangga tatkala seorang bukan Islam membesarkan Allah atau menghadiri majlis memperbesarkan Allah..penulis pernah diceritakan seorang rakan..bagaimana kehidupan mereka dikolej kediaman bercampur diantara orang bukan Islam dan Islam..bagaimana diceritakan roomatenya yang berbangsa Cina menghormati dan meramahi setiap kelakuan amalan ibadah yang dilakukan rakan penulis tadi..

Penulis paparkan sedikit kisah mengenainya disini..biarlah penulis menggelarkan rakan penulis itu dengan nama samaran Ahmad, dan rakan bukan Islamnya bernama Ah Chong...

Diceritakan, apabila beliau menunaikan solat, rakannya bukan muslim bertanya, apakah hikmah (fadilat) solat..jawapan Ahmad, selain untuk mendapat redha tuhan kami (Allah), pergerakan dalam solat juga mampu menjana kecerdasan minda dan kesegaran tubuh badan..daripada jawapan itu, Ah Chong berminat untuk mengetahui lebih lanjut...maka kadang2 ditirunya cara Ahmad bersolat..begitu juga ketika dalam bulan Ramadhan..ketika rakan penulis berpuasa, rakannya Ah Chong turut turut 'berpuasa'..ia dilakukan demi menghormati Ahmad sebagai seorang muslim..begitu juga bertakbir dan lain-lain..

Apakah ketika itu kita mahu menghalang mereka dari melakukan perbuatan tersebut? apakah patut kita menyatakan bantahan malah kutukan kepada mereka seolah-olah merendah-rendahkan Islam? apakah kita mahu melepaskan peluang menjelaskan kepada mereka tentang keistimewaan dan keindahan Islam..tentunya tidak..

Kita sepatutnya merasa lega dan terharu apabila mereka cuba mendekati Islam sekalipun tidak atau belum memasuki Islam..adapun jika mereka dilihat mempermain atau memperolok tindakan atau sesuatu amalan tersebut, barulah kita diwajibkan menegurnya..ternyata dalam hal ini, Yb daripada bukan Islam ini bukan mepermain atau memperolok ketika melakukan 'takbir' bersama orang Islam..(penulis akan sertakan gambaran perihal Yb ini dibawah)

'Ikhlas'

Puak gerombolan juga menimbulkan isu keikhlasan dalam hal ini..dikatakan orang bukan Islam itu tidak ikhlas melakukan perbuatan tersebut..dikatakan tujuan orang bukan Islam itu berbuat demikian adalah untuk menarik sokoangan sahaja, mereka tidak mendapat apa-apa selain sia-sia, mereka ada agenda tertentu dan lain2 andaian lagi..

Penulis hanya mampu tersenyum melihat jawpan sebegini..begitu 'naif' sekali pemikiran mereka...jika inilah gaya pemikiran mereka, penulis ingin bertanya, bilakah masa dan ketikanya kalian melihat seorang bukan Islam itu menghormati Islam? bilakah kalian merasakan tindak tanduk orang bukan Islam itu baru menunjukkan dia ikhlas terhadap orang Islam? perlakuan atau tindakan manakah daripada kalangan bukan Islam yang kamu rasa itu barulah menunjukkan keikhlasan yang sebenar, tidak berniat jahat dan lain2? tunjukkan kepada penulis..

Kemudian pilih antara 3 situasi dibawah ini, dimanakah kalian merasakan ia suatu yang baik dan menepati slogan ciptaan perdana menteri kamu, 1 Malaysia..

a) seorang Yb bukan Islam tidak menjenguk rakyatnya beragama Islam..tidak bersama mereka apatah lagi ketika hari perayaan mereka..tidak memberi peruntukan dan sumbangan kepada rakyatnya yang beragama Islam..

b) seorang Yb bukan Islam menjenguk rakyatnya..memenuhi jemputan rakyatnya dari kalngan Orang Islam..bersama masyarakat muslim secara dekat di dalam majlis perayaan mereka..menyantuni dan mendekati masyarakat muslim...memberi peruntukan dan sumbangan secara face to face dengan mereka..

c) seorang Yb bukan Islam yang jarang menjenguk rakyatnya..bertemu hanya waktu-waktu tertentu sahaja....tidak bersama rakyatnya daripada masyarakat Muslim ketika hari perayaan, hanya bersama bangsanya sahaja....memberi peruntukan, tetapi memberi sumbangan bukan secara face 2 face (samada melalui pihak ketiga atau sudah mencukupi dari kerajaan atasan dan institusi kerajaan)...

Diantara 3 diatas, pilih yang mana satu...mana satukah sebenarnya yang dilihat baik, mana satu yang tidak baik..mana satu yang menghina rakyatnya, mana satu yang mengasihi rakyatnya..mana satu yang menghina (masyarakat) Islam, mana satu yang bertepatan dengan cara Islam...

Tujuan politik?

Menurut puak gerombolan lagi, tindakan Yb Simpang Pulai adalah atas tujuan politik semata-mata..dan penulis jawab ya, penulis akui dan bersetuju dengan kenyataan tersebut..memang sebagai ahli politik, itu adalah bidang dan tugasnya..bersama rakyat dalam apa jua majlis adalah (sepatutnya) sebahagian dari rutin harian mereka..itulah peranan dan tanggungjawab seorang pemimpin politik yang baik..

Jadi, tidak salahlah mengatakan tindakan Yb tersebut bertujuan untuk kepentingan politik beliau..bahkan semua Yb dan ahli politik melakukan sesutu kepada rakyatnya demi kalangsungan politik mereka, untuk tujuan politik mereka, termasuklah dari kalangan Yb Muslim..dan inilah dinamakan untuk tujuan politik..

Jadi tidak timbul sebenarnya isu tindakan beliau dilihat menghina Islam jika bertujuan politik atau tidak, semata-mata atas kepentingan politik atau tidak..kerana itulah peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada rakyatnya..yang patut dipersoalkan, samada dibuat kerana Allah atau tidak, dibuat untuk tujuan tidak baik atau tidak...

Tegur mana yang salah...

Adapun jika mereka dilihat melakukan sesuatu itu demi menghina, mempermain, dan memperolok agama Islam, itulah yang patut dibantah dan disanggah...kemudian, jika mereka dilihat salah, maka disitulah perlunya ditegur dan di perbetul..tapi jika ianya menunjukkan minat dan hormat mereka kepada Islam, sepatutnya diraikan, spatutnya diberi galakan..bukankah itu yang kita mahukan?? bukankah itu yang menepati ciri2 1Malaysia?

Yang terakhirnya sebagai kesimpulan, penulis tidak merasakan perlakuan Yb atau ADUN Simpang Pulai ini menghina dan merendah2kan martabat Islam..malah tindakan beliau adalah sangat wajar dicontohi oleh Yb2 bukan Muslim yang lain..seperti kata Mufti Perak, tak salah orang bukan Islam bertakbir (membesarkan Allah)..

Akhir kalam, semoga Allah membuka hati dan melimpahkan hidayah dan nur Islam kepada hamba-hamba Allah ini..semoga mereka suatu hari nanti terlihat akan sinar Islam, seterusnya mengucap dua kalimah syahadah, insyaallah...

Kepada saf kepimpinan atasan, 'rapatilah' mereka, 'dekatilah' mereka, tunjakkan cara pemerintahan Islam yang sebenar, pamerkan kepada mereka akhlak Islam yang sebenar...ambillah kesempatan ini untuk tujuan dakwah, gunakan ruang peluang ini untuk menerangkan keindahan dan keagungan Islam..wallahua'lam..

(gambar dan video disini)..

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/12/tak-salah-bukan-islam-bertakbir-mufti.html"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan