Khamis, 31 Disember 2009

SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf


KOTA BHARU, 30 Dis: Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya.



Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.

“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.

“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar terbabit semalam menyebut Mohd Saiba sudah lama merancang menjadi pensyarah di Kias sambil melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Kuis.

Laporan tersebut juga memberitahu beberapa pihak mempersoalkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Harun kerana gagal memberi nasihat yang betul kepada Menteri Besar.

Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.

“Jadi bagi membersihkan nama saya dengan laporan yang agak kurang manis, ada baiknya akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Katanya begitu kecewa dan terkejut dengan laporan tersebut dengan memperincikan maklumat mengenainya.

Beliau juga berkata, ekoran laporan tersebut menyebabkan beliau bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya juga beliau mengambil keputusan tidak menyambungkan kontrak kerana ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Jabatan Syariah di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Siasah Syariah.

“Pada masa yang sama saya akan bertugas sebagai ahli akademi seperti jawatan asal sebelum ini di sebuah kolej di sini,” tambahnya.

Saiba sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah di UM selama empat tahun sehingga 2000, kemudiannya mengajar di Kolej Darul Quran di Terengganu akhir 2000 hingga Januari 2002.

Selepas itu dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar pada 3 Febuari 2002 dan berakhir Febuari 2010.

Beliau merupakan Setiausaha Akhbar yang keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama lapan tahun.

Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan kedua-dua setiausahanya itu akan tamat tempoh perkhidmatan, di mana Anual mohon berhenti dan Saiba tamat tempoh kontrak.


Selasa, 29 Disember 2009

80 Peratus Umat Islam Di Malaysia Tidak Solat

Dr.Fadhilah Kamsah Menulis

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain.


Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud; "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama." Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.



Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Isl am masakini."Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit.

Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,"Kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranyadibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika.

"Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama. Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja," terang beliau.

Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati. Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud; "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk."

Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam. "Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. Rasa kasihan untuk mengej utkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak.

Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama," kata Fadzilah.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang.
Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehanYang bersifat material.

"Allah swt menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya," katanya lagi.

KITAB BIMBINGAN MUKMIN Siri 01-08 MP3




001. Bimbingan Mukmin Siri 001
http://www.mediafire.com/?rbt8eohkemf


002. Bimbingan Mukmin Siri 002
http://www.mediafire.com/?mrncok9gdfi

003. Bimbingan Mukmin Siri 003
http://www.mediafire.com/?vlogyvxu31f

004. Bimbingan Mukmin Siri 004
http://www.mediafire.com/?ixr7yvh97ss

005. Bimbingan Mukmin Siri 005
http://www.mediafire.com/?2azbyzzczyh

006. Bimbingan Mukmin Siri 006
http://www.mediafire.com/?asuonuwe2my

007. Bimbingan Mukmin Siri 007
http://www.mediafire.com/?pue37u0rtw6

008. Bimbingan Mukmin Siri 008
http://www.mediafire.com/?brdiki6mfxs

ABDURRAHMAN BIN 'AUF : Dermawan yang masuk syurga



Pada suatu hari, kota Madinah sedang aman dan tenteram,terlihat debu tebal yang mengepul ke udara, datang dari tempatketinggian di pinggir kota; debu itu semakin tinggi bergumpal-gumpai hingga hampir menutup ufuk pandangan mata. Anginyang bertiup menyebabkan gumpalan debu kuning dari butiran-butiran sahara yang lunak, terbawa menghampiri pintu-pintu kota, dan berhembus dengan kuatnya di jalan-jalan rayanya.



Orang banyak menyangkanya ada angin ribut yang menyapu dan menerbangkan pasir. Tetapi kemudian dari balik tirai debu itu segera mereka dengar suara hiruk pikuk, yang memberi tahu tibanya suatu iringan kafilah besar yang panjang. Tidak lama kemudian, sampailah 700 kendaraan yang sarat dengan muatannya memenuhi jalan-jalan kota Madinah dan menyibukkannya. Orang banyak saling memanggil dan menghimbau menyaksikan keramaian ini serta turut bergembira dan bersukacita dengan datangnya harta dan rizqi yang dibawa kafilah itu ...... Ummul Mu'minin Aisyah r.a. demi mendengar suara hiruk pikuk itu ia bertanya: "Apakah yang telah terjadi dikota Madinah…..?" Mendapat jawaban, bahwa kafilah Abdurrahman bin 'Auf barn datang dari Svam membawa barang-barang dagangannya . .. Kata Ummul Mu'minin lagi: -- "Kafilah yang telah menyebabkan semua kesibukan ini?" "Benar, ya Ummal Mu'minin ... karena ada 700 kendaraan...... !" Ummul Mu'minin menggeleng-gelengkan kepalanya, sembari melayangkan pandangnya jauh menembus, seolah-olah hendak mengingat-ingat kejadian yang pernah dilihat atau ucapan yang pernah didengarnya.

Kemudian katanya: "Ingat, aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "K ulihat Abdurrahman bin'Auf masuk surga dengan perlahan-lahan!"Abdurrahman bin 'Auf masuk surga dengan perlahan-lahan... ? Kenapa ia tidak memasukinya dengan melompat atau berlari kencang bersama angkatan pertama para shahabat Rasul.. ? Sebagian shahabat menyampaikan ceritera Aisyah kepadanya, maka ia pun teringat pernah mendengar Nabi saw. Hadits ini lebih dari satu kali dan dengan susunan kata yangberbeda-beda.

Dan sebelum tali-temali perniagaannya dilepaskannya,ditujukannya langkah-langkahnya ke rumah Aisyah lain berkata kepadanya: "Anda telah mengingatkanku suatu Hadits yang tak pernah kulupakannya....".Kemudian ulasnyalagi: "Dengan ini aku mengharap dengan sangat agar anda menjadi saksi, bahwa kafilah ini dengan semua muatannya berikut kendaraan dan perlengkapannya, ku persembahkan di jalan Allah 'azza wajalla.....!" Dan dibagikannyalah seluruh muatan 700 kendaraan itu kepada semua penduduk Madinah dan sekitarnya sebagai perbuatan baik yang maha besar .... Peristiwa yang satu ini saja, melukiskan gambaran yang sempurna tentang kehidupan shahabat Rasulullah, Abdurahman bin 'Auf. Dialah saudagar yang berhasil. Keberhasilan yang paling besar dan lebih sempurna! Dia pulalah orang yang kaya raya. Kekayaan yang paling banyak dan melimpah ruah ...! Dialah seorang Mu'min yang bijaksana yang tak sudi kehilangan bagian keuntungan dunianya oleh kawna keuntungan Agamanya, dan tidak suka harta benda kekayaannya meninggalkannya dari kafilah iman dan pahala surga. Maka dialah r.a. yang membaktikan harta kekayaannya dengan kedermawanan dan pemberian yang tidak terkira, dengan hati yang puas dan rela ... !

Kapan dan bagaimana masuknya orang besar ini ke dalam Islam? Ia masuk Islam sejak fajar menyingsing.... Ia telah memasukinya di saat-saat permulaan da'wah, yakni sebelum Rasulullah saw. memasuki rumah Arqam dan menjadikannya sebagai tempat pertemuan dengan para shahabatnya orang-orang Mu'min ... Dia adalah salah seorang dari delapan orang yang dahulu masuk Islam.. . . Abu, Bakar datang kepadanya menyampaikan Islam, begitu juga kepada Utsman bin 'Affan, Zubair bin Awwam, Thalhah bin Ubedillah, dan Sa'ad bin Abi Waqqash. Makatak ada persoalan yang tertutup bagi mereka, dan tak ada keragu-raguan yang menjadi penghalang, bahkan mereka segera pergi bersama Abu Bakar Shiddiq menemui RasuIullah saw. menyatakan bai'at dan memikul bendera Islam....Dan semenjak keislamannya sampai berpulang menemui Tuhannya dalam umur tujuhpuluh lima tahun, ia menjadi teladan yang cemerlang sebagai Seorang Mu'min yang besar. Hal ini menyebabkan Nabi saw. memasukkannya dalam sepuluh orang Yang telah diberi kabar gembira sebagai ahli surga.

Dan Umar r.a. mengangkatnya pula sebagai anggota kelompok musyawarah yang berenam yang merupakan calon khalifah yang akan dipilih sebagai penggantinya, seraya katanya: "Rasulullah wafat dalam keadaan ridla kepada mereka!"

Segeralah Abdurrahman masuk Islam menyebabkannya menceritakan nasib malang berupa penganiayaan dan penindasan dari Quraisy .... Dan sewaktu Nabi saw., memerintahkan para shahabatnya hijrah ke Nabsyi, Ibnu 'Auf ikut berhijrah kemudian kembali lagi ke Mekah, lalu hijrah untuk kedua kalinya ke Habsyi dan kemudian hijrah ke Madinah . . . ikut bertempur di perang Badar, Uhud dan peperangan-peperangan lainnya.

Keberuntungannya dalam perniagaan sampai suatu batas yang membangkitkan dirinya pribadi ketakjuban dan keheranan, hingga katanya: "Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu niscaya kutemukan di bawahnya emas dan perak......!" Perniagaan bagi Abdurrahman bin 'Auf r.a. bukan berarti rakus dan loba .. Bukan pula suka menumpuk harta atau hidup mewah dan ria! Malah itu adalah suatu amal dan tugas kewajibanyang keberhasilannya akan menambah dekatnya jiwa kepada Allah dan berqurban di jalan-Nya ... ·

Dan Abdurrahman bin 'Auf seorang yang berwatak dinamis, kesenangannya dalam amal yang mulia di mana juga adanya ....Apabila ia tidak sedang shalat di mesjid, dan tidak sedang berjihad dalam mempertahankan Agama tentulah ia sedang mengurus perniagaannya yang berkembang pesat, kafilah-kafilahnya membawa ke Madinah dari Mesir dan Syria barang-barang muatan yang dapat memenuhi kebutuhan seluruh jazirah Arab berupa pakaian dan makanan .....

Dan watak dinamisnya ini terlihat sangat menonjol, ketika Kaum Muslimin hijrah ke Madinah ....Telah menjadi kebiasaan Rasul pada waktu itu untuk mempersaudarakan dua orang shahabat, salah seorang dari muhajirin warga Mekah dan yang lain dari Anshar penduduk Madinah. Persaudaraan ini mencapai kesempurnaannya dengan cara yang harmonis yang mempesonakan hati. Orang-orang Anshar penduduk Madinah membagi dua seluruh kekayaan miliknya dengan saudaranya orang muhajirin .. , sampai-sampai soal rumahtangga. Apabila ia beristeri dua orang diceraikannya yang seorang untuk memperisteri saudaranya ......!

Ketika itu Rasul yang mulia mempersaudarakan antara Abdurrahman bin 'Auf dengan Sa'ad bin Rabi'.... Dan marilah kita dengarkan shahabat yang mulia Anas bin Malik r.a. meriwayatkan kepada kita apa yang terjadi: " ... dan berkatalah Sa'ad kepada Abdurrahman: "Saudaraku, aku adalah penduduk Madinah yang kaya raya, silakan pilih separoh hartaku dan ambillah! Dan aku mempunyai dua orang isteri, coba perhatikan yang lebih menarik perhatian anda, akan kuceraikan ia hingga anda dapat memperisterinya......!

Jawab Abdurrahman bin 'Auf: "Moga-moga Allah memberkati anda, isteri dan harta anda ! Tunjukkanlah letaknya pasar agar aku dapat berniaga....! Abdurrahman pergi ke pasar, dan berjual belilah di sana.......ia pun beroleh keuntungan ...!

Kehidupan Abdurrahman bin 'Auf di Madinah baik semasa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam maupun sesudah wafatnya terus meningkat · · · Barang apa Saja yang ia pegang dan dijadikannya pokok perniagaan pasti menguntungkannya. Seluruh usahanya ini ditujukan untuk mencapai ridla Allah semata, sebagai bekal di alam baqa kelak.....! Yang menjadikan perniagaannya berhasil dan beroleh berkat karena ia selalu bermodal dan berniaga barang yang halal dan menjauhkan diri dari perbuatan haram bahkan yang syubhat Seterusnya yang menambah kejayaan dan diperolehnya berkat, karena labanya bukan untuk Abdurrahman sendiri . · · tapi di dalamnya terdapat bagian Allah yang ia penuhi dengan setepat-tepatnya, pula digunakannya untuk memperkokoh hubungan kekeluargaan serta membiayai sanak saudaranya, serta menyediakan perlengkapan yang diperlukan tentara Islam ..... Bila jumlah modal niaga dan harta kekayaan yang lainnya ditambah keuntungannya yang diperolehnya, maka jumlah kekayaan Abdurrahman bin 'Auf itu dapat dikira-kirakan apabila kita memperhatikan nilai dan jumlah yang dibelanjakannya pada jalan Allah Rabbul'alamin! Pada suatu hati ia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Wahai ibnu 'Auf! anda termasuh golongan orang kaya dan anda akan masuk surga secara perlahan-lahan....! Pinjamkanlah kekayaan itu kepada Allah, pasti Allah mempermudah langkah anda....!" Semenjak ia mendengar nasihat Rasulullah ini dan ia menyediakan bagi AIlah pinjaman yang balk, maka Allah pun memberi ganjaran kepadanya dengan berlipat ganda.

Di suatu hari ia menjual tanah seharga 40 ribu dinar, kemudian uang itu dibagi-bagikannya semua untuk keluarganya dari Bani Zuhrah, untuk para isteri Nabi dan untuk kaum fakir miskin.

Diserahkannya pada suatu hari limaratus ekor kuda untuk perlengkapan balatentara islam ...dan di hari yang lain seribu limaratus kendaraan. Menjelang wafatnya ia berwasiat lima puluh ribu dinar untuk jalan Allah, lain diwasiatkannya pula bagi setiap orang yang ikut perang Badar dan masih hidup, masing-masing empat ratus dinar, hingga Utsman bin Affan r.a. yang terbilang kaya juga mengambil bagiannya dari wasiat itu, serta katanya:"Harta Abdurrahman bin 'Auf halal lagi bersih, dan memakan harta itu membawa selamat dan berkat".


PAS Kelantan Sedia Pinda Undang-Undang Bolehkan Bukan Melayu Jadi MB



KOTA BAHARU: Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.




Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendakIslam seperti diperkenalkan Pas sejak memerintah Kelantan pada 1990.

"Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di sini hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi Menteri Besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.

Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.

"Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.

"Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi menteri besar sudah tentu Islamitu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama," katanya.

Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya. -BERNAMA




Isnin, 28 Disember 2009

Asal-usul bubur Asyura...

by Abu Umair

Esok, 10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi orang Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini ialah membuat bubur Asyura. Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharram. Ada yang mengatakan, campuran ramuan hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak dinamakan bubur Asyura.




Entah dari mana sumbernya saya tidak tahu. Yang pasti, sudah 10 tahun saya tidak merasai keenakan makan bubur Asyura di kampung.

Mengimbau zaman kanak-kanak di hari Asyura, masih teringat apabila bubur Asyura hampir masak, saya bersama adik-adik dan rakan-rakan, masing-masing dengan memegang tempurung kelapa menyerbu kawah yang berisi bubur yang masih panas. Satu nostalgia yang tidak dilupakan, makan bubur Asyura berpiringkan tempurung dan bersudukan daun kelapa.

Waktu itu, tidak pernah terlintas di fikiran saya sempena apakah dibuat jamuan bubur Asyura. Adakah ia satu amalan keagamaan atau sekadar adat bangsa? Sehingga apabila masuk ke sekolah menengah dan mendapati jamuan bubur Asyura dijadikan upacara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Sekolah.

Dengan sedikit kajian ringkas tentang asal-usul bubur Asyura dalam masyarakat Melayu, mungkin boleh dikatakan kewujudan jamuan bubur Asyura dalam masyarakat Melayu bertitik tolak dari dua sandaran.

Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.

Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Penilaian:

- Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.

- Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?

- Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?

Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga

Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.

Hadis yang dimaksudkan ialah:

“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.

Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.

Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.

Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.

Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.

Wallahu A’lam.

Madinah Munawwarah,
9 Muharram 1431H
26 Disember 2009M


Rakaman Penuh

































Kartika Saridewi Mengadakan Pertemuan Dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat !!

KOTA BHARU, 28 Dis [11.32 am] - Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor (foto), yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam. Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh


mengunjungi Mursyidul Am PAS itu di kediaman rasminya di JKR 10 di sini Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi yang berusia lima tahun. Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui Nik Aziz. Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan. Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika bertegas mahu menjalani hukuman tersebut. Bagaimanapun banyak pihak merayu hukuman ke atasnya dikaji semula atas alasan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Kartika dan rombongan bergambar kenangan dengan Nik Aziz

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Jadual Liga Super 2010


Jadual Perlawanan Liga Super Yang melibatkan
Pasukan Kelantan Sepanjang 2010

Sabtu, 26 Disember 2009

Cheers.....

Minum Ayaq apa tuuuu....!!



Timbalan Menteri Haram

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.


Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.

"Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram...dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Kayveas kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Kayveas berkata sebelum ini PPP telah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Turut menghadiri rumah terbuka itu ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. — Bernama














Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Presiden PPP Datuk Dr M. Kayveas memberi sumbangan beg sekolah kepada kanak-kanak sekolah sekitar Lembah Kelang pada majlis rumah terbuka PPP di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang ini. - Gambar Bernama


Najib ingin lihat Krismas yang Hijau.. nah lihatlah Najib!

Bernama melaporksn Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua rakyat Malaysia, tidak kira apa jua kepercayaan agama, mempamerkan kemurahan hati dan perasaan belas kasihan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang paling memerlukannya.

"Dengan semangat kemurahan hati ini, kita harus juga menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar. Satu perayaan Krismas yang lebih hijau boleh diadakan.

Krismas yang lebih hijau?? Nah lihatlah Najib.. hijau tak?





By the way.. SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL KEPADA SELURUH PENGANUT UGAMA KRISTIAN YANG TERBACA BLOG AKU INI...

Pelajar cemerlang dirasuah Ahmad Said


KUALA TERENGGANU, 25 Dis: “Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang.”

Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.




Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.

Inilah kemuncak bagi ’segala kerja baik’ dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu ’satu undi untuk BN’. Namun kali ini ia tidak diminta secara ‘berlapik’ lagi tetapi secara terus terang.

Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu.

Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu.

“Kalau dia nak minta kita sokong BN pun, dia berlapik sikit…berkias-kias…tetapi MB yang ini terus kepada undilah BN,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Melalui program ini, Yayasan Terengganu telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang ini yang bermula sejak tahun 1980 lagi.

Tahun ini, 6,740 pelajar menerima sumbangan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM1 juta.

Kerajaan negeri tidak meminta perkara besar dari semua sumbangan yang sangat banyak ini cuma ’satu undi untuk BN’ bagi setiap rakyatnya yang layak mengundi sahaja.

“Kalau begitu, ini rasuahlah,” kata bapa kepada pelajar berkenaan.



Jumaat, 25 Disember 2009

Tok Guru Ulas Kehilangan Enjin Jet Pejuang TUDM

Abdullah Bin Ummi Maktum : Pahlawan buta yang membawa panji ke tengah-tengah medan pertempuran

Dalam sejarah Islam dia dikenal memiliki ilmu dan adab istimewa yang dikaruniakan oleh Allah kepada dia, menggantikan kebutaan matanya, sebagai cahaya

dalam pandangan dan pancaran di hati. Sehingga dia dapat melihat dengan mata hati apa-apa yang tidak dapat dilihat oleh mata kepala orang lain. Hatinya dapat mengintip apa yang tersembunyi. Bila Rasulullah saw pergi ke berbagai medan peperangan, dia selalu ditunjuk menjadi wakil beliau di Madinah, mengimami shalat jamaah di mihrab beliau, dan berdiam di sebelah kiri mimbar dengan penuh khusyu'.



Tidak seberapa lama awal sejarah Islam di Mekah, Ibnu Ummi Maktum memperoleh hidayah hatinya untuk bergabung bersama orang-orang yang telah masuk Islam pada masa permulaan. Ketika itu dia masih muda belia, dan hatinya merasakan betul manisnya keimanan. Menginjak masa dewasa dia merasakan bahwa ajaran Islam telah menjadikan hatinya bersih, sehingga walaupun matanya buta namun dia tidak mendapatkan hal itu kecuali sebagai nikmat besar yang dikaruniakan oleh Allah kepada dirinya. Dimana dengan sebab itu Allah memberi kemampuan memandang ajaran kebenaran dengan pancaran mata hatinya. Di sini, dia dapat memahami makna yang hakiki dari firman Allah— yang artinya: Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi hati yang di dalam dada.”

Kemudian, timbul keyakinan di dalam hati Ibnu Ummi Maktum bahwa Allah memberi dia keistimewaan, yaitu keistimewaan yang diberikan juga kepada orang-orang buta seperti dia atas manusia lainnya, bahwa dia akan membalas mereka dengan pahala surga. Yang demikian itu tatkala dia mendengar hadist berikut:

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, “Sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah saw, yang ketika itu Ibnu Ummi Maktum sedang bersama beliau”. Dia lalu bertanya, “Sejak kapankah pandanganmu buta?” Jawabnya, “Sejak aku kecil”. Dia berkata, “Firman Allah swt: Jika aku mengambil suatu kemuliaan seorang hamba niscaya AKU tidak akan memberi dia pengganti selain pahala syurga...”

Ibnu Ummi Maktum mempunyai perasaan yang sangat peka untuk mengetahui waktu. Setiap menjelang waktu fajar, dengan perasaan jiwa yang segar dia keluar dari rumahnya dengan bertopang pada tongkat atau bersandar pada lengan salah seorang dari kaum Muslimin untuk mengumandangkan adzan di masjid Rasul. Dia selalu bergantian adzan bersama Bilal bin Rabah. Jika salah satu dari mereka berdua adzan maka yang satunya bertindak mengumandangkan iqamat. Akan tetapi Bilal mengumandangkan adzan semalam untuk membangunkan kaum Muslimin, sedangkan Ibnu Ummi Maktum mengumandangkannya waktu subuh. Sehingga, karenanya Rasulullah saw bersabda, “Makan dan minumlah kalian hingga Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan adzan...”

Allah telah memuliakan Ibnu Ummi Maktum, yang mana Dia menegur Nabi saw karenanya. Yaitu ketika Nabi sedang duduk bersama beberapa orang Qurais yang diantara mereka terdapat Uqbah bin Rabi'ah dan beberapa orang tokoh lainnya. Beliau bersabda, “Tidakkah baik sekiranya kamu datang dengan begini dan begini?”

Kata mereka, “Benar.”

Tiba-tiba Ibnu Ummi Maktum datang menanyakan tentang sesuatu kepada beliau dan beliau mengelak karena sangat sibuk berbicara dengan mereka. Lalu, Allah menurunkan ayat yang berbunyi: “Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling karena telah datang seorang buta kepadanya —yakni Ibnu Ummi Maktum. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup—yakni Ukbah dan kawan-kawannya—maka kamu melayaninya. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), sedang ia takut (kepada Allah) maka kamu mengabaikannya—yakni Ibnu Ummi Maktum...”

Sewaktu ayat ini turun Rasulullah lantas memanggil Ibnu Ummi Maktum dan memberi dia suatu kehormatan dengan menunjuknya sebagai wakil beliau di Madinah pada saat beliau menghadapi peperangan untuk yang pertama kalinya.

Karena itu pula maka Ibnu Ummi Maktum memiliki kedudukan tinggi di kalangan penduduk Madinah. Apalagi dia seorang sahabat yang paling banyak menghafal ayat al-Qur'an, sebagaimana pula banyak hafal hadist-hadist Rasulullah. Lain dari pada itu Ibnu Ummi Maktum bercita-cita untuk dapat mengikuti jihad di medan peperangan walaupun matanya buta. Dia menyampaikan keinginannya itu kepada sahabat-sahabat Rasulullah. Tentu saja para sahabat mereka merasa amat senang karena keutamaan yang dimiliki Ibnu Ummi Maktum.

Suatu kali Ibnu Ummi Maktum merasa sangat sedih dan pilu hatinya tatkala turun wahyu kepada Rasulullah yang berbunyi, “Tidaklah sama antara orang mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang).”

Ibnu Ummi Maktum berkata, “Ya, Tuhanku! Engkau memberiku ujian begini, bagaimana aku dapat berbuat...??”

Kemudian turunlah ayat—yang berbunyi, “Selain yang mempunyai udzur...”

Penghormatan macam apakah gerangan yang lebih tinggi dari penghormatan serupa ini, dimana wahyu dua kali diturunkan lantaran persoalan Ibnu Ummi Maktum; yang pertama merupakan teguran kepada Nabi saw, dan yang kedua ketentuan berperang bagi orang yang mampu dan yang berhalangan, termasuk diantaranya adalah Ibnu Ummi Maktum.

Namun demikian, Ibnu Ummi Maktum tetap kuat hasratnya untuk dapat berperang bersama barisan kaum mujahidin. Dia telah mengutarakan hasratnya ini hingga berkali-kali. Kata dia kepada sahabat-sahabat Rasulullah, “Serahkanlah panji kepadaku, karena sesungguhnya aku adalah seorang buta sehingga tidak akan dapat melarikan diri! Tempatkanlah aku di antara kedua pasukan!”

Sang sahabat mulia dan agung ini tidak berakhir hayatnya sebelum Allah mengabulkan hasrat hatinya tersebut. Pada saat perang Qadisiyah dia sebagai pembawa panji pasukan berwarna hitam. Dialah seorang buta pertama yang turut berperang dalam sejarah peperangan Islam.

Sejarah tadi tertunduk di hadapan perjalanan hidup laki-laki yang agung ini. Betapa sedikit dan jarang sekali seseorang tercatat demikian kehidupannya oleh sejarah.




Lim Guan Eng Di Siasat

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan dipanggil memberikan keterangan berhubung ucapannya dalam Kovensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu mengenai punca kematian mantan Setiusaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ia dibuat rentetan satu laporan polis yang dibuat sabtu lalu terhadap Guan Eng kerana menyatakan Beng Hock dibunuh.

“Kita sudah menerima laporan polis yang mengatakan Lim Guan Eng ada menyebut pada Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini ada menyebut dalam ucapannya bahawa Teoh Beng Hock dibunuh.

“Kita akan membuka kes di bawah akta hasutan,” katanya.
Khalid berkata, siasatan akan dilakukan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat 5, Plaza Masalam, pada 16 Julai lalu, beberapa jam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Inkues kematiannya yang ditanguhkan buat kali kedua selepas bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang dibuat, ditetapkan pada 7 Januari depan.

Bedah siasat kali kedua ke atas mayatnya dibuat setelah Pakar Patalogi dari Thailand, Dr. Pronthip Rojanasunand yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan 80 peratus kemungkinan mendiang dibunuh.

*** Syabas PDRM! Cepat, betul dan mesra dalam bertindak. Sepantas kilat yang menyambar..tapi..kalau kena kat UBN dan konco2nya..perlahan-lahan mcm kura-kura ataupun cam siput babi... kalau ginilah trend yang diamalkan oleh PDRM..Tunggulah PRU ke-13 nanti...


15 Perkara Penyebab Turun Bala

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda "apabila umatku telah membuat 15 perkara ini maka bala akan turun kepada mereka ,iaitu


1. Apabila harta negara hanya diedar pada orang tertentu saja..(Projek diberi hanya kpd kroni sahaja)

2. Apabila amanah itu dijadikan satu sumber keuntungan....(Berebut nak jadi Ketua/dalam parti atau kerajaan)

3 Zakat dijadikan hutang..(suka melengah-lengahkan bayar zakat)

4 Suami menurut kehendak isteri..(Lebihkan Isteri dari ibu sendiri)


5. Anak derhaka terhadap ibunya..


6. Sedangkan mesra dengan kawan-kawannya..


7. Suka menjauhkan diri dari ayahnya..


8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid..(Banyak berbual kosong dlm masjid)

9. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang paling hina diantara mereka..(Org fasik di lantik menjadi ketua sedangkan org yang amanah di pinggirkan )


10. Minum arak sudah jadi budaya biasa..

11. Seseorang yang dimuliakan kerana takutkan kejahatannya..


12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki..


13. Para artis disanjung-sanjung..(Lebih ramai artis yg diberi pangkat Dato' di banding dgn Ulama')


14. Muzik menjadi kegilaan..


15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (para sahabat)(Ada golongan yang menuduh Ibni Tamiyah sesat)


Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah(Angin ahmar) atau gempa bumi atau mereka akan diroboh jadi makhluk lain.
Sekarang banyak terjadi serangan sakit jantung(Angin Ahmar) yg mengakibatkan mati mengejut.

-ijoks2009-



8 kes kehilangan misteri melibatkan Najib

Oleh: hermansamsudeen

"


Banyak kes kehilangan dilaporkan berkaitan dengan Najib dan ini amat merunsingkan rakyat.



  1. Altantuya yang dikaitkan dengan isu Kapal Selam dan Najib dilaporkan hilang, kemudian ditemui mati setelah dibunuh kejam.
  2. Bala yang ada kaitan dengan kes Altantuya-Najib, dilaporkan hilang dan baru ditemui semula baru-baru ini.
  3. Raja Petra juga hilang dan ada kaitan dengan kes Altantuya - Najib.
  4. Saiful Bukhari dilaporkan hilang kemudian muncul di pejabat Najib dan membuat dakwaan beliau diliwat Anwar
  5. Nasaruddin, Adun umno Perak yang menyertai PKR kurang dari seminggu dilaporkan hilang kemudian ditemui dipejabat Najib yang kemudiannya istihar masuk Umno balik
  6. 3 Adun Perak dilaporkan hilang, kemudiannya muncul tiba2 dipejabat Najib dan umumkan keluar parti dan menyokong BN hingga menyebabkan Kerajaan rakyat dirampas.
  7. Helmi yang dikatakan ada kaitan dengan kes Video Elizabeth Wong dilaporkan hilang dan tak jumpa sampai hari ini.
  8. Enjin Pesawat hilang

Lepas ini apa pula yang hilang...kalau nak cerita pasal kanak-kanak hilang dah banyak disiarkan oleh media...

Tapi yang berkaitan dengan Najib ini ada keistimewaannya dan perlu kita fikirkan sebab kehilangan mereka begitu misteri. Sama ada mereka terpaksa hilang atau memang sengaja dihilangkan, pasti ada sesuatu yang Najib tahu jawapannya...soalnya kenapa?

Rabu, 23 Disember 2009

Kelam Kabut Parlimen 14 Disember 2009 - Dato Sri Nizar

Menantu Luar Biasa

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.


Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

Bang Bung Beng




Pelakon Zizie Ezette akan menamatkan zaman bujangnya. Jejaka pilihannya ialah seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah.


Datuk Bung Mokhtar Radin mengakui beliau tidak cukup "kacak" untuk berkahwin dengan aktres Zizie Ezette. Wow.. rempah ratus negeri dibawah bayu.

Ibu Zizie, Khaty Fauziah juga memberitahu kedua-dua mereka belum bernikah dan tidak ada sebarang majlis resepsi dalam waktu terdekat ini.

Beberapa Ahli Parlimen BN mengesahkan mendapat jemputan menghadiri majlis sambutan meraikan pengantin tetapi enggan menyatakan tempat berlangsungnya majlis sambutan berkenaan.


Kuliah Hijrah Oleh Ustaz Ahmad Awang

Ustaz Ahmad Awang_Hijrah 171209.wav



Berapakah Jumlah Sebenar Planet Dalam Sistem Suria? 10? 11? atau 12??

(Dan ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya, “Wahai ayahku, sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.” [Surah Yusuf : ayat 4]




Al-Quran di dalam surah dua belas (Surah Yusuf) telah menceritakan perihal Nabi Allah Yusuf a.s yang bermimpi melihat 11 bintang, Matahari dan Bulan Tunduk kepada beliau. Peristiwa ini yang berlaku ribuan tahun lampau telah lama mempengaruhi kajian astronomi mengenai bilangan sebenar planet di dalam Sistem Suria. 11 bintang seperti yang dilihat Nabi Allah Yusuf a.s di dalam mimpinya itu, ditafsirkan oleh pengkaji astronomi moden sebagai mewakili 11 buah planet (tidak termasuk Bumi).

Jadi, apakah benar bahawa terdapat 12 buah planet di dalam Sistem Suria (11+1) dan Bumi merupakan pusatnya?

Terdapat segelintir saintis astronomi muslim yang menyatakan pendapat bahawa kesemua objek di angkasa, termasuklah Matahari sebenarnya bergerak mengelilingi bumi melalui orbit masing-masing. Namun pendapat ini kurang popular kerana khalayak umum lebih menerima pendapat bahawa Matahari merupakan pusat Sistem Suria, dan kesemua planet bergerak mengelilinginya.

Para saintis bertungkus lumus cuba untuk mencari planet-planet di angkasa raya. Benarkah terdapat 12 planet seperti diberitakan di dalam Al-Quran? Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto merupakan 9 planet yang telah lama diketahui umum. kesembilan planet-planet ini telah lama dijumpai. Kemudian, 2 lagi planet dijumpai iaitu planet X yang akhirnya dinamakan sebagai Nibiru pada tahun 1995 dan planet 90377 yang kemudian diberi nama Sedna pada 14 November 2003. Kedua-dua planet Nibiru dan Sedna mempunyai orbit yang pelik berbanding 9 planet lain. Nibiru dan Sedna dikatakan bergerak sangat jauh merentasi Bima Sakti dan mengambil masa sehingga ribuan tahun untuk membuat satu pusingan orbit yang lengkap.

Jadi, sekarang terdapat 11 planet yang diketahui iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune, Pluto, Nibiru dan Sedna. Dimanakah planet yang kedua belas?? Para astronomers masih lagi mencarinya. Ada mengatakan Ceres merupakan planet yang kedua belas itu. Tapi pendapat itu menjadi tidak bernilai apabila Ceres akhirnya dapat dibuktikan hanyalah seketul batu angkasa sahaja. Ada lagi pendapat lain yang lebih menarik....

Para astronomers juga pada tahun 2004 di sebuah persidangan antarabangsa sepakat mengeluarkan Pluto daripada senarai planet. Pluto dikatakan hanyalah sebagai "dwarft object" kerana ciri-cirinya yang serupa dengan Ceres, dan Eris yang dijumpai kemudian yang jauh lebih besar daripada saiz Pluto. Jadi, persoalan kembali berbangkit....sekiranya Pluto bukanlah planet, bilangan planet yang disahkan di dalam Sistem Suria hanyalah 10 sahaja. Dimanakah lokasi 2 lagi planet yang lain??? [klik di sini]



Nuffnang Ads



Di dalam buku astronomi lama dari zaman Babylon dan Assyria Enuma Elish yang ditulis pada abad ke 7 ada dinyatakan bahawa alam semesta ini mengandungi 12 buah planet termasuklah Nibiru yang kontroversi itu. 2 planet lain yang dinamakan di dalam buku astronomi kuno itu ialah Apsu (disebut juga Abzu) dan Tiamat. Saintis masih cuba membuktikan perkara ini, dan pencarian kedua-dua planet ini masih giat dilakukan.

Ada juga saintis yang berteori bahawa planet yang bernama Tiamat itu telah pun lama musnah. Tiamat dikatakan terletak di antara planet Marikh dan Jupiter. Orbitnya dikatakan terganggu oleh lintasan sebuah objek lain yang besar dan mempunyai kekuatan medan magnet yang tinggi di dalam Sistem Suria kira-kira 65 juta tahun - 4 billion tahun yang lampau. Gangguan pada orbitnya telah menyebabkan Tiamat bertembung dengan salah satu daripada bulan planet terbabit lalu musnah. Sisa-sisa daripada Tiamat lalu membentuk asteroid belt dan Bulan Bumi. Objek yang telah menyebabkan kemusnahan Tiamat dikatakan adalah Nibiru, yang kini sedang menghampiri Sistem Solar untuk melengkapkan pusinganya yang mengambil masa selama 3600 tahun [atau ada juga yang mengatakan 3750 tahun]



Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Kelantan Letak Jawatan


KOTA BHARU, 22 Dis: Demi menjaga maruah serta nama baik parti, Dr Rosli Allani Abdul Kader hari ini melepaskan kesemua jawatannya dalam parti sama ada diperingkat negeri dan kawasan Kota Bharu berkuat kuasa serta merta.


Bekas Pegawai Khas kepada salah seorang anggota exco Kelantan itu telah melepaskan dua jawatan yang disandangnya, iaitu sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.

Dr Rosli dalam sidang medianya memberitahu, walaupun beliau yakin berada dipihak yang benar, namun demi menjaga nama baik parti dan persepsi masyarakat ke atas PAS, beliau bersedia melepaskan jawatan berkenaan serta merta.

Pengumuman perletakan jawatannya itu dibuat memandangkan beliau tidak mahu parti Islam yang didokonginya itu dikaitkan dengan masaalah peribadi yang dihadapinya kini.

Sebagai penjelasan, Dr Rosli mengakui perkahwinannya tidak direstui bapa mentua isteri keduanya walaupun telah berulangkali menyatakan hasrat untuk memperisterikan IIyani Mohd Nor apabila terbit rasa kasih antara keduanya.

“Pada masa yang sama juga isteri pertama saya sendiri telah memberi persetujuan untuk saya berpoligami dan hasrat suci saya itu disuarakan melalui naluri jiwa yang tulus dan suci kepada keluarga isteri kedua saya.

“Namun biarpun demikian bapa mentua saya itu, Ghazali @Mohd Nor Che Man, masih tidak merestui perhubungan kami biarpun berulangkali dinyatakan hasrat tersebut,”ujarnya.

Untuk meneruskan hasrat tersebut biarpun mendapat halangan, sambungnya beliau meneruskan juga perkahwinan itu melalui wali hakim.

Menurutnya, pernikahan cara tersebut dilakukan setelah beliau diberi jaminan oleh seorang rakan yang pernah memegang jawatan sebagai seorang imam muda di sebuah masjid negeri bahawa perkahwinan yang diuruskan olehnya itu tidak bersalahan dengan undang-undang syarak.

“Tanpa diduga sewaktu mencari penyelesaian, saya telah menjadi mangsa sindiket perkahwinan yang diuruskan oleh bekas imam berkenaan dengan memberi sijil dan kad perkahwinan yang tidak didaftarkan walaupun beliau menjanjikan sebaliknya,”ujarnya lagi.

Tambah Rosli lagi, setelah menyedari apa yang berlaku, beliau meminta maaf serta memberi penjelasan kepada bapa mentuanya, namun malangnya ‘dia’ tidak melayannya.

“Setelah perkara ini terbongkar, isteri saya telah diperintahkan oleh bapanya supaya tidak keluar dari rumah selama sebulan, tetapi pada 2 Disember lalu, isteri saya itu telah merayu lagi pada bapanya untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik, malangnya bapa mentua saya itu menolak hasrat berkenaan,”ujarnya.

Pada masa yang sama, Rosli memandang serius terhadap beberapa buah kenyataan yang telah disiarkan oleh beberapa akhbar harian hari ini yang telah mencemarkan imej, maruah dirinya apa lagi mendakwa isterinya berada dalam keadaan tidak sedar sewaktu berkahwin dengannya.

Menurutnya, kenyataan sedemikian seolah-olah menggambarkan dirinya seorang lelaki atau suami yang tidak baik apa lagi mendakwa dirinya telah melakukan tipu daya untuk berkahwin.

“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan segala kenyataan tersebut, adalah mustahil sekali untuk isteri saya pergi ke tempat perkahwinan di Subang dalam keadaan tidak sedar kerana saya dari Perak, manakala beliau datang dari Kelantan,”ujarnya.

Memandangkan berita yang disiarkan dalam beberapa buah akhbar hari ini yang jelas mencemarkan imejnya, beliau telah berbincang dengan peguam agar mereka yang terbabit memohon maaf secara bertulis dan disiarkan dalam akhbar yang sama.

Kesemua pihak terbabit termasuk bapa mentuanya disamping peguam bapa mentuanya Mohd Zaki Zainal Abidin diminta berbuat demikian dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.

“Jika gagal berbuat demikian, saya akan memulakan tindakan undang-undang ke atas mereka dengan segera kerana telah memfitnah saya,”ujarnya.

Tambah Rosli lagi, biarpun beliau melepaskan kesemua jawatannya, beliau masih kekal sebagai ahli parti PAS.

Bagaimanapun berhubung masa depan nya dalam bidang politik, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan dan ahli parti untuk menentukannya kelak.

Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan semua ahli parti jika masaalah peribadinya telah sedikit mencalarkan imej atau mendatangkan masaalah kepada PAS.


Dr. Yusuf Al-Qaradawi minta bersama Anwar





Selasa, 22 Disember 2009

Solat Tahajjud (pengenalan)


Solat 5 waktu adalah solat bagi orang-orang mukmin dan solat Tahajud pula adalah solat untuk orang-orang soleh. menurut satu hadith;

Rasulullah SAW bersabda;

“Jika tidak kerana memberatkan umatKu, nescaya aku wajibkan Tahajud ke atas mereka”"

Kelebihan Tahajud;


Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamaha maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;

1. 1. Dapat lidah yang hikmah
2. 2. Diangkat kedarjat wali
3. 3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut

Selain itu juga;

1. * Doa-doa akan diperkenankan
2. * 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
3. * Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
4. * Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
5. * Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
6. * Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa

Solat Tahajud (Sejarah)

Dari segi sejarahnya, sembahyang tahajud mula disyariatkan tidak lama selepas Nabi s.a.w mendapat wahyu pertama di gua Hira’. Ia dinyatakan Allah dalam surah ai-Muzammil (yang berselimut), yang diturunkan ketika Nabi s.a.w menggeletar di dalam selimut selepas baginda s.a.w mendapat wahyu pertama itu.

Menurut Penolong Pengarah Kajian Fatwa Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Abdul Aziz Che Kob, “Pada awalnya, sembahyang sunat tahajud hukumnya fardhu kepada Nabi. Bagaimanapun, apabila turun ayat ke-20 surah yang sama (kira-kira setahun selepas turunnya ayat pertama) Allah menjelaskan bahawa sembahyang Tahajud adalah sunat dan afdalnya ditunaikan pada sepertiga malam”. Walaupun hukumnya adalah sunat , namun bagi Nabi, bersembahyang tahajud tetap dianggap sebagai suatu kewajipan. “Ia menjadi rutin kepada hidup Nabi”, ujar beliau.

Mengenai rakaat, Abdul Aziz memberitahu, Nabi akan bersembahyang malam, termasuk tahajud, sekurang-kurangnya sebelas rakaat. Namun demikian tidak ada surah-surah tertentu yang ditetapkan supaya dibaca selepas al-Fatihah. “Selain membaca surah-surah panjang dalam al-Quran, hingga dihabiskan satu juzuk dalam satu rakaat, Nabi juga membaca surah lazim yang pendek.. Jadi para ulama sependapat lagi bahawa bagi memudahkan masyarakat menunaikan tahajud, kita boleh membaca surah-surah lazim”.

Dari segi sejarah juga diceritakan bahawa Nabi kerap bersembahyang malam hingga kakinya menggigil dan bengkak akibat terlalu lama berdiri. Bagi menjelaskan lagi keberkesanan sembahyang tahajud, Abdul Aziz membawa dua kejadian sebagai iktibar. Ia dengan jelas menunjukkan betapa pentingnya sembahyang tahajud dalam mendekatkan diri dengan Allah, membina kekuatan rohani dan keyakinan diri umat islam.

“Dalam satu peperangan, Kahalifah Umar r.a diselubungi tanda tanya kerana selepas seminggu bertempur dengan kaum musyrikin, tentera islm masih belum mendapat kemenangan. Perkara itu membinggungkannya kerana pada kebiasaannya tentera islam tidak perlu menunggu masa sebegitu lama untuk mengalahkan musuh. Malam itu, Kahalifah Umar melawat ke khemah-khemah tenteranya sedang kyusuk sembahyang tahajud, kecuali sebuah yang mana penghuninya sedang nyenyak tidur. pada keesokkan harinya kahlifah membuat keputusan yang amat mengejutkan. Beliau menyingkir semua penghuni khemah terbabit (yang tidak bersembahyang tahajud) daripada menyertai perang kerana katanya “mereka tidk mempuyai rohani yang kuat”. Akhirnya walaupun jumlah semakin berkurangan, tentera islam telah berjaya menumpaskan musuh”, kata Abdul Aziz.

Beliau juga memberitahu, salah satu faktor panglima islam terkenal, Sallehuddin al-ayubi berjaya menawan kembali Istanbul adalah kerana cuma mengambil panglima-panglima yang bersembahyang tahajud sahaja untuk mengemudi perang.”

Sembahyang Tahajud Membawa Kepada Limpahan Rezeki

Sembahyang tahajud iaitu sembahyang sunat dua rakaat, merupakan di antara pelbagai shalat sunat yang disyariatkan oleh Allah. Ia ditunaikan apabila seseorang itu terjaga daripada tidur sementara waktu yang paling sesuai melakukannya adalah di antara sepertiga malam iaitu kira-kira dari pukul 2:30 pagi hingga menjelang subuh. “Kalau nak sembahyang sebelum tidur, iaitu selepas sembahyang isyak pun boleh, tapi lebih eloklah pada sepertiga malam kerana waktu itulah yang paling sesuai untuk seseorang itu membersihkan jiwa serta mendekatkan diri dengan Allah” kata Ustaz Muhd Shafie, setiausaha penasihat syariah sebuah syarikat makanan antarabangsa.

Sebagai seorang yang banyak membuat kajian berhubung shalat tahajud, Mohamad memberi penjelasan lanjut mengenai sembahyang itu ringkas tetapi padat. Beliau memberitahu, walaupun sembahyang tahajud dua rakaat sahaja, ia boleh ditunaikan lebih daripada itu mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun sebelum sembahyang tahajud, adalah lebih elok jika ia didahului dengan sembahyang sunat mutlak dua rakaat dan di akhiri dengan sembahyang sunat witir (jika tidak sempat menunaikannya sebelum tidur). Mengenai surah yang sepatutnya dibaca selepas al-fatihah, Mohamad memberitahu, tidak ada surah tertentu yang ditetapkan. “tapi biasannya kita baca surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-ikhlas pada rakaat kedua. Surah al-Kafirun itu menurut Nabi fadilatnya mewakili 2/3 daripada al-Quran. Surah al-Ikhlas pula mewakili 1/2 al-Quran”.

Selain untuk meningkatkan keimanan, shalat tahajud disyariatkan Allah kerana ia mempuyai banyak hikmah dan keberkatannya. Allah menetapkan waktunya pada sepertiga malam kerana suasana ketika itu amat hening, paling sesuai untuk beribadah, bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Perkaa itu kata Mohamad, ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud; Sebenarnya sembahyang dan ibadah malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

“Selepas shalat tahajud, mohonlah ampun kepada Allah”. kata Ustaz Mohamad sambil merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “Allah turun (kuasa/perintah) pada tiap-tiap malam langit dunia. wahai malaikat, kamu periksa semua makhluk-makhluk di muka bumi. Sesiapa yang bermohon kepadaKu (di sepertiga malam), maka makbulkan doanya. Sesiapa yang meminta kepada Aku, beri. Sesiapa yang meminta ampun kepada Aku, maka ampunkanlah ia”.

Kesempatan itulah ujarnya, yang perlu di raih oleh setiap muslim. “Jadi gunakan waktu itu untuk bertaubat, hampirkan diri dengan Allah supaya menjadi orang beriman. Orang yang selalu sembahyang malam, hatinya bersih, suci, hubungan dengan Allah cukup kuat, patuh perintah Allah dan dikasihi Allah.

Shalat tahajud mempunyai pelbagai hikmah dan fadilatnya. Fadilat itu, ujar Mohamad, antara lain djelaskan Allah dalam surah al-Israa’ ayat 79 bahawa orang yang bersembahyang tahajud akan dibangkitkanNya (di akhirat) di tempat yang terpuji. Ini dijelaskan lagi dalam hadis Rasullulah s.a.w yang bermaksud;

“Wahai manusia, bayakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga. ”
Janji Allah itu cukup jelas kerana orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga”, tegasnya.

Dengan tingkat keimanan yang tinggi, tambah Mohamad, orang-orang yang gemar bershalat tahajud akan mendapat satu lagi keistimewaan yang diingini oleh semua muslim iaitu diambil nyawanya dalam husnul khotimah (mati beriman). Kerana mereka orang-orang yang mulia, malaikat akan mengambil nyawa mereka dengan memberi salam dahulu. Kemudian barulah di ambil nyawanya di dalam keadaan dia tidak berasa sakit”, ujarnya. Demikian untungnya mereka yang gemar bersembahyang tahajud.

Selain dijanjikan syurga, kata Mohamad, orang yang gemar bersembahyang tahajud juga akan dianugerahi Allah dengan pelbagai rezeki seperti hati yang tenang, ilmu yang banyak, murah rezeki, harta terpelihara, kesihatan yang baik, anak-anak berjaya dalam kerjaya dan dihormati masyarakat. Tegas beliau, kerana besarnya fadilat sembahyang tahajud itulah Nabi s.a.w mengajak umatnya menunaikan ibadah tersebut pada setiap malam, tetapi jika tidak mampu, sekali seminggu, sekali sebulan, sekali setahun atau sekali seumur hidup.

Memandangkan besarnya fadilat sembahyang tahajud, tetapi sukarnya untuk menunaikan sembahyang tersebut, Mohamad memberikan ‘petua’ bagi membolehkan kita melakukannya iaitu;
* Tingkatkan keimanan. Ingatlah, sembahyang ini menjadi sesuatu yang berat melainkan bagi hati yang kyusuk. Untuk dapatkan hati yang kyusuk, perlulah dibina dahulu iman di dalam jiwa. Dan seperti satu rantai, orang yang beriman akan bertambah kuat iman serta keyakinan diri mereka apabila kerap bersembahyang tahajud
* Sebelum tidur, sematkan ke dalam fikiran kita untuk bangun pada sepertiga malam, pukul tiga pagi misalnya untuk sembahyang tahajud. Insyallah pada waktu yang dikehendaki itu kita akan terjaga
* Jadikannya ia suatu kebiasaan. Walau kita tidur lewat macam mana pun, buatlah amalan bangun pada waktu yang dikehendaki untuk sembahyang tahajud.

Bidalan Melayu Lama

Dipetik Dari: Bjue.blogspot

1. Mendaki bukit sungai abu
Tiba di atas terlelap pula
Bagaimana hati tak terharu
Nampak janda dah elok pula

Seseorang yang telah menceraikan isterinya, apabila melihat keelokan jandanya ingin merujuk kembali


2. Berserah berkerlipan
Beruja berpegang ekor
Berpesan berturut
Bertaroh berpemalami

Orang yang tidak percaya akan seseorang yang disuruh buat kerja diikuti kerjanya


3. Disuruh pergi
Dipanggil datang
Berkerja kerana perintah
Berhenti kerana tegah

Orang yang patuh taat menurut perintah


4. Mengaji daripada alif
Membilang daripada esa
Sakit bermula, mati bersebab
Hujah berpokok, kata berpangkal

Seseorang yang buat kerja ikut peraturan


5. Berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah
Bersukat sama paras
Bertimbang sama berat

Dua orang yang sama taraf, elok budi perkerti, berilmu


6. Jika sengaja bercekak pinggang
Tinggallah rebana, beralih ke gelanggang
Tak tahu pipit tak tahu enggang
Yang rapat kelak menjadi renggang

Seseorang yang sengaja mencari perbalahan, pergaduhan di antara rakan taulan dan akhirnya mendapat kesan buruk


7. Ke gunung emas pasir baiduri
Ke padang zamrud habis diedari
Terbang bangau sepanjang hari
Ke tasek juga akhirnya dicari

Walau pun berdagang jauh mencari ilmu, kekayaan, pengalaman sampai masanya balik juga ke negeri asalnya, kekampong halamannya


8. Menunduk kepala menghadap raja
Bertentang muka menghadap kawan
Bercekak pinggang menghadap lawan

Seseorang yang tahu tertib, peraturan, keperluan majlis memasuki majlis dengan penoh tertib


9. Merajok kepada yang kasih
Manja kepada yang sayang
Meminta kepada yang ada
Berkaul kepada yang keramat

Perbuatan yang menjadi kepada yang sesuai tempatnya atau orangnya


10. Mestika embun tinggi harganya
Dikulum anak raja naga
Tak termasok pada sangka
Mata tidor bantal berjaga

Seseorang perempuan berketurunan mulia berkahwin dengan keturunan yang sama tetapi membuat kejahatan apabila suami tiada

11. Minum serasa duri
Makan serasa lilin
Tidor tak lena
Mandi tak basah

Kemusykilan yang terbuku dalam hati tiada penyelesaian. Sesuatu yang sukar untuk diambil keputusan atau diselesaikan


12. Peria,
Jika ditanam di atas batas sakar
dibaja dengan madu
disiram dengan manisan
diletakkan di atas tebu sekalipun
apabila masak buahnya pahit juga

Orang berketurunan jahat diberi pangkat, kemuliaan jahat juga budinya


13. Pesan dituruti
Pataroh dimalami
Berserah berkehendak hati

Seseorang memeberi kepercayaan kepada orang lain tetapi tidak sepenuhnya, masih diraguinya


14. Pipit tuli makan berhujan
Tak ditahan padi habis
Hendak dihalau kain basah

Menyerah sesuatu kerja kepada yang degil, jika dibiarkan rosak kalau ditegor tak diikuti


15. Sayang emak sayang sahaja
Sayang bapa menambah harta
Sayang saudara sama ada

Tahap kasih sayang antara emak, bapa dan saudara mara. Kasih sayang emak sama sahaja di antara anak-anaknya, kasih sayang bapa mencari harta untuk anak-anaknya dan sementara anak-anak tidak menghabiskan hartanya sementara saudara mara pula bila sama-sama berharta barulah kasih sayang wujud


16. Sehari kahwin sehari tua
Sehari beranak sehari gila

Ragam manusia, apabila berkahwin tidak lagi digelar anak muda. Apabila mendapat anak kelakuannya bermain dengan anaknya seolah-olah seperti orang gila


17. Sayangkan kain buangkan baju
kerana baju panjang lima
Sayangkan lain buangkan aku
kerana aku orang dah lama

Kiasan isteri apabila suami ingin kahwin lain dan tidak mahu dimadukan.


18. Semberip pahar hidangan ratu
Isinya sudah disisa hantu
Tidak disangka sampai begitu
Manikam boleh kehilangan mutu

Isteri orang besar menduakan suaminya


19. Sudu-sudu di tepi jalan
Dipanjat kena durinya
Disinggong kena rebasnya
Ditakek kena getahnya

Orang yang cerdik, mahir tahu sahaja membuat kerja


20. Bersunting Bunga kedudok
Berdiri tak sama tinggi
Duduk tak sama rendah

Orang mulia beristeri hina, masok majlis orang berbangsa jadi rendah tarafnya, masok majlis orang kebanyakan menjadi hina pula

Ahli parlimen BN lebih pentingkan projek

KOTA BHARU, 21 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan anggota-anggota parlimen Barisan Nasional (BN) lebih mementingkan projek sehingga ramai tidak hadir pada persidangan parlimen.


Mursyidul Am PAS itu berkata, mereka bukan menjalankan tanggungjawab untuk memperjuangkan isu rakyat, sebaliknya menjaga poket sendiri.



“Kerana itu wakil rakyat mereka tidak pedulikan nasib rakyat, sebaliknya lebih pentingkan makan angin, berniaga dan banyak urusan luar dan bukannya menjaga kebajikan rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Baru-baru ini seramai 70 anggota parlimen BN tidak hadir ketika undi belah bagi meluluskan Bajet 2010 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak.

Bacaan kali ketiga Bajet 2010 diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini dengan hanya kelebihan tiga undi, di mana 63 anggota parlimen menolak manakala 66 lagi anggota parlimen menyokong.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, wakil rakyat Umno sebagai wakil rakyat korporat kerana mereka tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab.

Katanya, wakil rakyat BN bukan menjaga kepentingan rakyat, sebaliknya lebih bersifat korporat menyebabkan mereka mengambil mudah tanggungjawab untuk membawa masalah rakyat ke Parlimen.

“Bila kepentingan diri lebih besar berbanding hak rakyat ditambah pula mereka bertanding untuk mencari kesenangan, maka tidak perlunya hadir di persidangan Parlimen,” ujarnya.

Beliau juga hairan mengapa begitu ramai anggota parlimen BN tidak hadir sedangkan tugas mereka menghadiri persidangan parlimen bagi membahas isu bagi kepentingan rakyat.

“Ini membuktikan Umno telah jauh menyimpang dari perjuangan politik. Rakyat yang memilih mereka hanya sia-sia sahaja kerana tidak menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana sebahagian besar wakil rakyat Pakatan Rakyat khususnya PAS sentiasa istiqamah hadir pada persidangan parlimen.

Hanya lima yang tidak hadir di kalangan wakil rakyat PAS kerana mempunyai urusan lain ketika itu.