KUALA LUMPUR  -- Tayangan filem, drama dan cerita yang berelemenkan hantu puaka dan jembalang pelesit harus dihentikan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan meracuni pemikiran anak-anak bangsa.

Sasterawan Negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya Kemala, berkata tindakan itu perlu kerana tayangan cerita sebegini hanya akan terus melemahkan akal budi bangsa, jati diri, ketahanan sahsiah serta ketahanan mental seseorang khususnya generasi muda.