Selasa, 6 Mac 2012

Majoriti rakyat mahu lihat Najib-Anwar berdebat













Kebanyakan pengundi ingin melihat perdebatan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi kenyataan.

Menurut tinjauan Merdeka Centre yang dibuat dari 10 hingga 23 Februari lalu, sebanyak 54 peratus responden menyokong agar kedua-dua pemimpin itu berdebat.

Sokongan tertinggi datang daripada pengundi muda apabila kira-kira dua pertiga daripada mereka bersetuju agar Najib dan Anwar berdebat bagi mempamerkan idea dan dasar yang akan diperkenalkan kepada negara.

Sebanyak 76 peratus pengundi muda Melayu berumur 21 hingga 30 tahun menyokong debat itu. Bagi pengundi berumur 31 hingga 40 tahun pula, 56 peratus menyokongnya.

Sokongan terendah datang daripada responden berusia 60 tahun ke atas, iaitu sebanyak 39 peratus.

Pecahan mengikut kaum pula mendapati satu pertiga daripada pengundi Cina menyokong idea itu (66 peratus) berbanding pengundi Melayu (54 peratus) dan India 34 peratus. -M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan