Rabu, 7 Mac 2012

Kaji selidik bukti rakyat mahu lihat Najib dan Anwar berdebat



March 05, 2012
KUALA LUMPUR, 5 Mac — Majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia mahu melihat debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang dibuktikan melalui sebuah kaji selidik baru-baru ini.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre menunjukkan 54 peratus pengundi mahukan kedua-dua pemimpin berkenaan bertemu, dengan lebih separuh daripada generasi muda menyokong debat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sementara itu, hanya 39 peratus masyarakat Melayu - yang merupakan kumpulan majoriti pengundi  - berusia 60 tahun ke atas mahukan Najib menewaskan Anwar.

"Terdapat juga pihak yang mempertikaikan tindakan debat itu bukan 'satu keperluan' dan bukan 'sebahagian daripada budaya kita', hasil kaji selidik berkenaan menyatakan debat itu akan menyaksikan 62 peratus pengundi akan mengubah fikiran bagi mereka yang belum membuat keputusan parti mana yang harus dipilih, menyokong debat berkenaan," kata kenyataan yang dikeluarkan Merdeka Centre hari ini.

Daripada 1.022 pengundi berdaftar bagi kaji selidik nerkenaan yang dibuat antara 10 dan 23 Febuari, 59 peratus merupakan bangsa Melayu, 32 peratus Cina, dan sembilan peratus berbangsa India.

Bekas timbalan perdana menteri itu telah berulang kali mempelawa perdana menteri untuk berdebat secara terbuka bagi membincangkan polisi kerajaan dan arah tuju negara.

Presiden Umno, Najib setakat ini enggan menerima cabaran Ketua Umum PKR itu.

Namun demikian, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyatakan mereka "membuka pintu" untuk menganjurkan debat berkenaan, dan menjelaskan kesediaan parti untuk tujuan itu.

Rakan sejawatanya, Datuk Saifuddin Nasution daripada PKR berkata, pihaknya sedia berbincang dengan Ahli Parlimen Putrajaya itu agi membincangkan debat untuk ketua mereka.

Tengku Adnan bagaimanapun menyatakan Anwar seharusnya berdebat dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Anwar yang menuduh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu meliwatnya.

Bulan lalu, telah diadakan debat antara Presiden MCA  Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan menyaksikan sejumlah 800 penonton telah ditayangkan di Astro Mandarin.

Kemudiannya diikuti dengan debat antara Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di London.

Cabaran debat Anwar hanya disambut sekali, iaitu pada Julai 2008 dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang ketika itu merupakan Menteri Penerangan dan disiarkan secara langsung.

Berdasarkan kaji selidik berkenaan, antara bidang yang seharusnya disentuh dalam debat itu termasuklah ekonomi (17 peratus), isu nasional (sembila peratus), pembangunan dan kebajikan rakyat (masing-masing tujuh peratus), dan pembanterasan rasuah (lima peratus).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan