Jumaat, 4 Disember 2009

Kata ZulKifli Nordin: Jangan zalimi golongan khunsa'!

Oleh: dewa

"Artikel kali ini akan menyentuh mengenai isu Zul Kifli Nordin. Baru-baru ini, seorang insan bernama Fatine menjadi isu kontroversi kononnya beliau seorang lelaki yang membuat pembedahan tukar jantina.

Zulkifili Nordin, MP PKR menggesa agar kita jangan cepat melatah dan memastikan dulu statusnya. Apa pun, artikel ini mengkaji sikap Zul Kifli Nordin secara neutral, tetapi kritikal..


Penulis sendiri kerapkali menghadiri ceramah Zul Kifli Nordin sewaktu di Malaysia dan merupakan salah seorang rakan facebook beliau. Pada masa yang sama, penulis mempunyai ramai rakan dalam PAS seperti TZR yang cukup anti dengan Zul Kifli Nordin.

Antara alasan mudah mereka yang anti ZulKifli Nordin ialah kenyataannya yang kontroversi. Contohnya, dulu dalam isu ADUN lompat, wujud kenyataan bahawa perbuatan ini tidak salah jika untuk Islam. Kemudian wujud isu kenyataan kontroversi yang kerapkali dilihat agak pro-UMNO. Selain itu, kenyataan berhubung isu baiah oleh PAS yang dibuat olehnya dilihat cukup tidak relevan kerana beliau bukannya MP PAS pun.

Pendek kata, banyaklah alasan-alasan yang dibuat oleh mereka yang anti beliau.

Eloklah jika Zul Kifli Nordin berfikir panjang sebelum apa-apa kenyataan. Islam agama yang mengajak permuafakatan dan kebaikan. Fikir-fikirkan kesan kenyataan kepada Pakatan Rakyat. Bak kata Muawiyah, 'aku tidak gunakan pedang apabila lisan sudah mencukupi'.

Berhubung isu kutuk-mengutuk, eloklah kita muhasabah diri dan elakkan dari guna media untuk tikam-menikam sesama kita. Media pro-UMNO memanglah akan melagakan kita maka mengapa mesti beri modal kepada mereka?

Berhubung isu Fatine, isu ini memang panas. Islam melarang malah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Tetapi, pada masa yang sama, Islam mengakui kewujudan kaum khunsa. Justeru, eloklah belajar fikah dan syariah dulu sebelum cepat melatah.

Berhubung Zul Kifli Nordin, sedar sedarlah bahawa tindakan kita akan membawa kesan kepada jemaah. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Saidina Ali pernah ditanya punca kekalahan beliau kepada Muawiyah. Jawabnya' kebatilan yang terancang boleh menyalahkan kebenaran yang tidak terancang'.

PRU pun dah hampir benar, eloklah perkukuhkan jemaah. Wassalam

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan