Rabu, 23 Disember 2009

Berapakah Jumlah Sebenar Planet Dalam Sistem Suria? 10? 11? atau 12??

(Dan ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya, “Wahai ayahku, sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.” [Surah Yusuf : ayat 4]




Al-Quran di dalam surah dua belas (Surah Yusuf) telah menceritakan perihal Nabi Allah Yusuf a.s yang bermimpi melihat 11 bintang, Matahari dan Bulan Tunduk kepada beliau. Peristiwa ini yang berlaku ribuan tahun lampau telah lama mempengaruhi kajian astronomi mengenai bilangan sebenar planet di dalam Sistem Suria. 11 bintang seperti yang dilihat Nabi Allah Yusuf a.s di dalam mimpinya itu, ditafsirkan oleh pengkaji astronomi moden sebagai mewakili 11 buah planet (tidak termasuk Bumi).

Jadi, apakah benar bahawa terdapat 12 buah planet di dalam Sistem Suria (11+1) dan Bumi merupakan pusatnya?

Terdapat segelintir saintis astronomi muslim yang menyatakan pendapat bahawa kesemua objek di angkasa, termasuklah Matahari sebenarnya bergerak mengelilingi bumi melalui orbit masing-masing. Namun pendapat ini kurang popular kerana khalayak umum lebih menerima pendapat bahawa Matahari merupakan pusat Sistem Suria, dan kesemua planet bergerak mengelilinginya.

Para saintis bertungkus lumus cuba untuk mencari planet-planet di angkasa raya. Benarkah terdapat 12 planet seperti diberitakan di dalam Al-Quran? Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto merupakan 9 planet yang telah lama diketahui umum. kesembilan planet-planet ini telah lama dijumpai. Kemudian, 2 lagi planet dijumpai iaitu planet X yang akhirnya dinamakan sebagai Nibiru pada tahun 1995 dan planet 90377 yang kemudian diberi nama Sedna pada 14 November 2003. Kedua-dua planet Nibiru dan Sedna mempunyai orbit yang pelik berbanding 9 planet lain. Nibiru dan Sedna dikatakan bergerak sangat jauh merentasi Bima Sakti dan mengambil masa sehingga ribuan tahun untuk membuat satu pusingan orbit yang lengkap.

Jadi, sekarang terdapat 11 planet yang diketahui iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune, Pluto, Nibiru dan Sedna. Dimanakah planet yang kedua belas?? Para astronomers masih lagi mencarinya. Ada mengatakan Ceres merupakan planet yang kedua belas itu. Tapi pendapat itu menjadi tidak bernilai apabila Ceres akhirnya dapat dibuktikan hanyalah seketul batu angkasa sahaja. Ada lagi pendapat lain yang lebih menarik....

Para astronomers juga pada tahun 2004 di sebuah persidangan antarabangsa sepakat mengeluarkan Pluto daripada senarai planet. Pluto dikatakan hanyalah sebagai "dwarft object" kerana ciri-cirinya yang serupa dengan Ceres, dan Eris yang dijumpai kemudian yang jauh lebih besar daripada saiz Pluto. Jadi, persoalan kembali berbangkit....sekiranya Pluto bukanlah planet, bilangan planet yang disahkan di dalam Sistem Suria hanyalah 10 sahaja. Dimanakah lokasi 2 lagi planet yang lain??? [klik di sini]



Nuffnang Ads



Di dalam buku astronomi lama dari zaman Babylon dan Assyria Enuma Elish yang ditulis pada abad ke 7 ada dinyatakan bahawa alam semesta ini mengandungi 12 buah planet termasuklah Nibiru yang kontroversi itu. 2 planet lain yang dinamakan di dalam buku astronomi kuno itu ialah Apsu (disebut juga Abzu) dan Tiamat. Saintis masih cuba membuktikan perkara ini, dan pencarian kedua-dua planet ini masih giat dilakukan.

Ada juga saintis yang berteori bahawa planet yang bernama Tiamat itu telah pun lama musnah. Tiamat dikatakan terletak di antara planet Marikh dan Jupiter. Orbitnya dikatakan terganggu oleh lintasan sebuah objek lain yang besar dan mempunyai kekuatan medan magnet yang tinggi di dalam Sistem Suria kira-kira 65 juta tahun - 4 billion tahun yang lampau. Gangguan pada orbitnya telah menyebabkan Tiamat bertembung dengan salah satu daripada bulan planet terbabit lalu musnah. Sisa-sisa daripada Tiamat lalu membentuk asteroid belt dan Bulan Bumi. Objek yang telah menyebabkan kemusnahan Tiamat dikatakan adalah Nibiru, yang kini sedang menghampiri Sistem Solar untuk melengkapkan pusinganya yang mengambil masa selama 3600 tahun [atau ada juga yang mengatakan 3750 tahun]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan