Selasa, 22 Disember 2009

Mengapa Ibrahim Ali Benci Sangat Pada Pakatan Rakyat?

Oleh: Tok Janggut

Sebaik sahaja di pecat dari jawatan dalam UMNO dulu, tiba-tiba saja Ibrahim Ali muncul di Munich menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang dirawat di salah sebuah hospital di sana. Sedangkan sebelum itu, Ibrahim Ali adalah antara orang yang kuat menyokong Mahathir dalam tuduhan liwat DSAI.


Tujuanya adalah satu, dia akan pergi kemana sahaja yang dia rasakan boleh menumpang hidup, walaupun dia sedar yang beliau tidak diperlukan dalam barisan pembangkang kerana beliau adalah seorang manusia yang tidak boleh dipecayai selama-lamanya.

Namun begitu, di dalam Parti Keadilan Rakyat, beliau secara terang tidak diperlukan dan tidak disenangi oleh pemimpim-pemimpin PKR kerana dasar sifat talam dua muka beliau itu. Oleh kerana terasa yang beliau di ketepikan dan tidak diperlukan, si Ibrahim mula berlakun dan berjinak dengan PAS pula. Beliau menebalkan muka berjumpa dan berbaik-baik dengan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan semata-mata untuk mendapat tempat dalam politik PAS. Belaau mula berada di pentas-pentas PAS berceramah bersama pemimpin-pemimpin PAS dan mula mengutuk UMNO dengan lantang. Namun begitu mana-mana ceramah anjuran PAS di "pulau" oleh pemimpin PKR sekiranya Ibrahim ada bersama.

Denagn sifat talam dua muka nya, beliau berjaya mempengaruhi Tok Guru untuk dicalunkan di Parlimen Pasir Mas menggunakan lambang PAS kerana beliau sedar selain lambang PAS, beliau tidak mungkin akan menang.

Setelah menang, beliau cuba menonjolkan diri dalam barisan pembangkang tetapi tidak dilayan oleh PKR dan DAP malahan dalam PAS sendiri ada kalangan pemimpin dan ahli PAS yang tidak menyenangi beliau. Akhirnya bila sedar yang beliau tidak dilayan dan dalam barisan pembangkang, beliau mula cuba untuk lepas geram dan balas dendam dengan mula menghentam pembangkang terutamanya parti PAS yang telah memberi peluang untuk beliau menang di kawasan Parlimen Pasir Mas. Inilah dia wajah dan perangai Ibrahim Ali. Kini beliau mula untuk memancing UMNO semula dengan cara memburuk-burukan parti pembangkang dengan harapan agar UMNO akan terpesona dan akan menerima beliau kembali. Beliau tidak mengistiharkan terus untuk masuk UMNO tetapi menunggu pelawaan dari UMNO kerana dengan cara itu baru nampak bahawa beliau seolah-olah sangat diperlukan oleh UMNO dan berharga serta boleh di anggap kononya sebagai hero Melayu.

Walaupun begitu, pembangkang tidak menghiraukan ke mana beliau hendak pergi, kerana sebenarnya dari segi moral, prinsip dan akhlak, beliau sebenarnya sudah hilang semua itu. Kalau beliau menyokong Yahudi sekalipun tidak akan siapa yang pelik dan hairan kerana manusia seperti ini boleh pergi kemana saja asalkan matlamatnya tercapai. Dan sikap beliau ini hanya UMNO saja yang sesuai untuknya. Tapi biarlah dia kerana penggal ini adalah penggal terakhir beliau menjadi YB, kerana dalam pilihanraya umum akan datang tidak ada siapa yang akan mencalunkan beliau lagi. Semua parti sudah serik dan faham dengan segala tipudaya manusia yang bernama Ibrahim ini, Cuma kalau beliau mati agaknya siapa yang akan menguruskan jenazahnya nanti


Tiada ulasan:

Catat Ulasan