Sabtu, 5 Disember 2009

MB doa ikut tertib: Husam


KOTA BHARU- Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menegaskan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa mengikut tertib.

Beliau berkata, Nik Aziz mengadakan doa dengan meminta Perdana Menteri terbuka hati dengan cara yang elok.

“Mana ada dalam kitab doa boleh tarik-tarik. Tok Guru berdoa molek, ikut tertib dah doa suruh buka pintu hati, molek (elok) dah. Minta doa buka pintu hati pun marah.


“Ada banyak doa Tuhan tunjuk, doa ayah kepada anak, doa anak kepada ayah. Dalam al-Quran ada doa orang Islam yang ajar kita apabila kita berhadapan dengan masalah. Doa untuk orang khianati orang yang dizalimi.

“Tuhan perintah berdoa, minta dengan doa, tidak payah hantar faks, SMS, duduk atas tikar sembahyang boleh, berdiri boleh, pitih (duit) pun tak dapat, doa pun tidak boleh, biarlah kita berdoa, lama-lama dapatlah,” katanya semasa berucap pada perhimpunan penyokong Pas menyokong kepimpinan Tok Guru di Jalan Datuk Pati, di sini, pagi semalam.

Katanya, beliau tetap mempertahankan tuntutan royalti minyak di Kelantan kerana ia adalah hak negeri ini.

“Masalahnya sekarang ini duit itu tidak mahu diberikan, sedangkan tuntutan duit ini ada dalam undang-undang, ada dalam akta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi menyokong padu dan mempertahankan kepimpinan Tok Guru sehingga ke akhir hayat.

“Kita minta Tok Guru sihat dan terus memimpin kita,’ katanya yang turut berucap kepada 3,000 penyokong dalam demonstrasi berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan