Rabu, 16 Disember 2009

Indian Settlement : Pemuda PAS Wilayah mahu Saravanan Letak jawatan!


"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan meletakan jawatan segera berikutan tindakannya mengugut penduduk di Kg. Indian Settlement, Pandan di Titiwangsa kerana mengambil tindakan mahkamah terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


DPPWP mengutuk tindakan samseng beliau yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin bertaraf menteri. Malah tindakan beliau yang biadap itu mengecewakan penduduk Kampung berkenaan yang majoritinya sebangsa dengan beliau. Sewajarnya beliau membela nasib Kaum India dan lain-laian bangsa yang menghuni Kampung itu sejak sekian lama.

PAS tidak sesekali menafikan hak kaum India dan lain-lain kaum untuk mendapatkan pembelaan. PAS akan bekerjasama dengan penduduk melalui wakil rakyat PAS di Titiwangsa YB Dr. Lo'Lo yang tidak pernah mengenal erti jemu bagi memperjuangkan hak penduduk Kampung.

Saravanan perlulah bersikap adil dan memberikan rumah serta gantirugi yang berpatutannya kepada semua penduduk yang terpaksa meninggalkan tanah tempat lahir mereka itu demi memberikan laluan kepada Projek DBKL. Beliau sepatutnya bersikap profesional dalam melayani tuntutan mahkamah yang dibuat oleh penduduk. Biar mahkamah tentukan, bukannya mengugut seolah-olah beliau lebih besar dari Mahkamah dan undang-undang negara ini.

DPPWP sekali lagi mendesak Saravanan letak jawatan kerana lagak samsengnya yang dilihat amat angkuh kepada rakyat. DPPWP menyarankan beliau berhenti menjadi menteri dan segera memohon kerja dengan mana-mana Ah Long kalau mahu meneruskan sikap buruk itu.

Inilah bukti pejuang perkauman dalam Umno yang menindas bangsa mereka sendiri. Jika Umno mengadai tanah umat Islam di Sri Hartamas, MIC pula menindas kaum India di Indian Settlement.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan