"KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi, menulis dalam laman sosial Twitter dan Facebook yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) seperti yang dilaporkan di sini.
"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta tudung mereka terbatal secara rasminya.
"Saya terima dengan hati terbuka dan saya minta maaf kerana terlibat dengan Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi semalam.