Ahad, 11 September 2011

PEREMPUAN SIMPANAN Ugut BUNUH DIRI




Seorang wanita cantik warganegara China yang berambut perang, 20 tahun telah mengugut untuk melompat dari tingkat 14 di bangunan Bukit Batok Enterprise Centre pada kira-kira jam 9:25 malam tadi.

Sekumpulan orang ramai berkumpul untuk menyaksikan kejadian tersebut ketika polis, perunding dan kakitangan Pertahanan Awam berada di situ.

Pertahanan Awam datang bersama kenderaan kebakaran, dan tiga kenderaan sokongan bersama ambulans, dan sebaik saja tiba mereka terus menyediakan tilam udara di bawahnya tempat wanita itu berdiri.

Oleh kerana bangunan itu berhadapan dengan asrama pekerja asing, lebih daripada 500 pekerja asing berkumpul di sepanjang koridor asrama untuk menyaksikan drama tersebut.

Menurut sumber, wanita tersebut bekerja sebagai penyelia kilang makanan di Singapura selama kira-kira setahun.

Dia telah berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin di kilang dan menjadi perempuan simpanannya. Perhubungan mereka telah diketahui oleh isteri lelaki itu dan membawa kepada peristiwa percubaan membunuh diri ini. Wanita itu dikatakan telah cuba membunuh diri beberapa hari yang lalu dengan meminum 'thinner'.

Lelaki yang telah berkahwin itu turut hadir di tempat kejadian bersama-sama dengan kakak beliau.

Perunding telah dihantar untuk mengawal emosi wanita tersebut. Ketika kedua-duanya sedang bercakap, kedengaran kadang-kala wanita itu menjerit dan kadang-kadang bertenang. Ada masanya dia akan berjalan-jalan di atas tebing bangunan dengan berbahaya.

Antara perkataan yang ia jeritan ialah, "Enyahlah! Beritahu isterinya untuk datang dan berlutut dihadapan saya! Jangan tawar-menawar dengan saya!"

Adakalanya juga, dia melemparkan kata-kata lucah, kesat dan menyuruh orang lain untuk berlutut kepadanya.sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan