Khamis, 15 September 2011

Fakta menarik tentang KUCING


kongsikan 20 fakta menarik tentang kucing pula. Kucing in termasuk la segala kaum kerabat kucing seperti puma, harimau dan lain-lain lagi 


Ini adalah kucing 
  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
  5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
  10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
  13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
  14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut 
  19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  20. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari 
Trivia atau fakta ni tak semestinya betul ye.. Kalau salah tolong la betulkan  Ok soalan cepumas: Siapa boleh terangkan perbezaan antara Cheetah, Cougar, Leopard, Panthers dan Puma hehehe




sumber: funshun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan