Isnin, 19 September 2011

Anwar Ibrahim sengaja rakam adengan seksnya?

Sumber MiloSuam

RAMAI yang menghantar pesanan melalui email dan facebook, meminta ReJaM© buat ulasan tentang CCTV terbaru yang disiarkan oleh Papa Gomo.

ReJaM© lihat ramai sahabat blogger dah buat ulasan masing-masing, tentang video CCTV yang didakwa dirakam di sebuah apartment di Ampang.

Muak dah sebenarnya nak ulas cerita lucah ni, balik-balik cerita lucah, yang rugi rakyat, sebab bila meletop cerita lucah, cerita komunis dan macam-macam cerita bodoh United Malays No Otak, itu tandanya barang nak naik harga.


Akibatnya, rakyat terpekik terlolong fokus pada isu-isu bodoh, sampai tak sedar poket rabak kena rompak oleh pemerintah. Mark my words! Lepas keluar cerita lucah ni, kita lihat barang apa pulak yang akan naik harga?

ReJaM© tak nak ulas panjang-panjang. Di bawah ini screenshot dari video CCTV yang dikeluarkan oleh Papa Gomo, kononnya scene ini dirakam ketika Anwar dan Eskay menaikki lift apartment sebelum kejadian seks berlaku.





Jelas sekali di dalam rakaman ini menunjukkan Eskay membawa handycam (perakam video). Kehadiran perakam ini turutdisedari oleh lelaki mirip Anwar Ibrahim.

Apa kejadah nak main pelacur bawak perakam video? Dari sini menunjukkan bahawa kedua-dua individu di dalam video ini sudah merancang dari awal untuk merakamkan adengan seks.


ReJaM© "Warm up dulu sebelum pendedahan besar dibuat..."
Sumber MiloSuam

UTUSAN Malaysia ada menyiarkan kenyataan Eskay, bahawa beliau telah memberitahu polis lokasi hotel tempat lelaki yang didakwanya adalah Anwar Ibrahim berzina dengan pelacur cina[Utusan].

Tujuan Eskay mendedahkan lokasi hotel tersebut kononnya untuk mempercepatkan siasatan pihak Polis.



Semalam Papa Gomo mengeluarkan sebuah video CCTV bertajuk "Bapak Anwar di Ampang Apartment" yang didakwa menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Eskay memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China. [Utusan]

Di akhir babak tersebut, kelihatan lelaki yang didakwa Anwar keluar dari lif dipercayai selepas selesai melakukan hubungan seks.


Lihat dua perbezaan kenyataan ini, Eskay kata Anwar lakukan hubungan seks di hotel, tapi Papa Gomo dedahkan pula rakaman video CCTV di Apartment Ampang dan mendakwa Anwar lakukan hubungan seks di pangsapuri. Sekejap hotel sekejap apartment, mana satu yang betul?

Adakah dengan menaikki lift Apartment Ampang ini akan membawa Eskay ke sebuah hotel di Kuala Lumpur? Barangkali selepas ini blogger United Malays No Otak yang lain akan kataAnwar lakukan seks di stadium pula.

Sehari selepas video seks ini tersebar, Anwar telah membuat laporan Polis untuk menafikan dirinya di dalam video seks itu. Jika Pihak Polis ada bukti bahawa Anwar di dalam video itu, kenapa Polis tak tangkap Anwar kerana membuat laporan palsu?

ReJaM© "Kita nantikan apa penipuan seterusnya..."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan