Assalamualaikum w.b.
Ana ada sedikit kemusykilan…
Hukuman hudud ni…kalau dah dilaksanakan…maka adakah dosa si pesalah tu dah dikira diampunkan?
Wallahua’lam

Kesalahan-kesalahan yang dianggap termasuk di dalam jenayah-jenayah yang wajib dihukum dengan hukuman Hudud ialah :
{ 1 } ~ as-SIRQAH : Kesalahan Mencuri .
{ 2 } ~ al-HIRABAH : Kesalahan Merampas Harta Secara Bersenjata ( Merompak ) Ataupun Kesalahan Mengugut Dengan Menggunakan Senjata .
## dipetik dari laman
https://sites.google.com/site/hukumjenayah/terhapuskah-dosa-dengan-hukuman-hudud
{ 3 } ~ az-ZINA : Kesalahan Kerana Melakukan Persetubuhan Haram .
{ 4 } ~ al-QAZAF : Kesalahan Menuduh Orang Lain Melakukan Perzinaan Tanpa Bukti Yang Kukuh .
{ 5 } ~ asy-SYURB : Kesalahan Kerana Meminum Minuman Yang Memabukkan .
{ 6 } ~ ar-RIDDAH : Kesalahan Kerana Melakukan Kesalahan – Kesalahan Murtad .
Itulah keenam-enam jenayah yang wajib dijatuhkan kepada para pelakunya dengan hukuman hudud menurut kata-sepakat di kalangan semua cendekiawan Islam yang muktabar .
Kembali semua kita kepada soalan yang diajukan oleh saudara sebentar tadi . Di antara hikmah ( kelebihan ) di sebalik perlaksanaan undang-undang Islam ialah sebagai “ KAFFARAH “ kepada pelakunya . “ Kaffarah “ ini ertinya “ Penghapus / Pensuci / Pembersih “ . ( Biasanya orang-orang kita menyebut sebagai kifarah , dan sebutan ini tidak tepat , seperti : Tasbih Kifarah , sepatutnya disebut : Tasbih Kaffarah ) .
Mengapakah undang-undang Allah Ta’ala ( kesemuanya dan bukan sahaja bagi hudud semata-mata ) dinamakan sebagai “ KAFFARAH “ ? . Kerana ia bukan sahaja sekadar hukuman penyiksaan , tetapi ia juga adalah penghapus dosa yang dilakukan oleh si pelakunya dan sekaligus bertindak menyelamatkannya daripada di azab oleh Allah Ta’ala kelak di dalam neraka kerana dosanya itu . Kecualilah disebabkan oleh kesalahan murtad , kerana jika orang yang murtad itu mahu kembali kepada Islam , maka tidaklah perlu dijatuhkan hukuman murtad ke atasnya . Dan kalau dia tidak mahu , maka bermakna dia mahu terus menjadi murtad . Dan orang yang murtad , statusnya sama dengan orang-orang yang kafir . Kerana itulah si murtad itu tetap akan dihukum di akhirat kelak kerana telah “ mencabut “ daripada jiwa-raganya sedangkan Islam itu adalah anugerah terbesar daripada Allah Ta’ala kepadanya .
Dalil yang menunjukkan bahawa hudud dan kesemua hukuman daripada Allah Ta’ala itu bertindak sebagai KAFFARAH ialah sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang tersebut di dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Saidina ‘Ubadah Bin as-Somit r.a berkenaan dengan isi-isi Bai’ah ( perjanjian ) al-‘Aqabah di antara Baginda s.a.w dengan Para Nuqaba’ ( Pimpinan Dakwah / Usrah ) daripada kalangan para sahabat r.a
Ertinya : Daripada Saidina ‘Ubadah Bin as-Somit r.a , dia pernah berkata : “ Aku pernah berjanji-setia dengan Baginda Rasulullah s.a.w di dalam satu kumpulan kecil , lalu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : Aku memohon janji-setia kamu agar kamu semua tidak menyekutui Allah dengan apa sekalipun , janganlah juga kamu mencuri , jangalah juga kamu membunuh anak-anak kamu , jangan membawa sebarang berita palsu ( fitnah ) daripada hadapan tangan-tangan dan kaki-kaki kamu , janganlah juga kamu semua menentang aku di dalam urusan yang baik , dan sesiapa sahaja yang memenuhi janji-setia ini , maka ganjarannya adalah di sisi Allah , dan sesiapa pula yang melakukan dosa-dosa itu , lalu dia dihukum di dunia ini , maka hukuman itu adalah kaffarah ( penghapus ) baginya dan juga pembersih . Dan sesiapa pula yang dilindungi rahsianya oleh Allah ( tidak dihukum kerana melakukan kesalahan-kesalahan itu ) , maka hukumannya itu nanti diserahkan kepada Allah kelak ( di hari akhirat ) , kalau Allah mengkehendaki , Allah boleh sahaja mengazab pesalah itu ataupun mengampunkannya “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh , al-Imam Muslim rh , al-Imam at-Tirmidzie rh , al-Imam Ahmad rh dan al-Imam ad-Darimi rh .
Itulah kelebihan undang-undang Islam yang datangnya daripada Allah Ta’ala .
Adakah undang-undang ciptaan manusia ini boleh menyelamatkan seseorang penjenayah itu daripada tidak lagi diazab oleh Allah Ta’ala di hari akhirat kelak ???? .
Tepuk dada , tanyalah iman kita : “ Apakah ada satu undang-undang yang lebih baik daripada undang-undang yang diturunkan oleh Allah Ta’ala selaku Tuhan Yang Maha Bijaksana Dan Yang Mencipta alam ini ??? “ .
Silalah lanjutkan permasalahan ini dengan membaca juga jawapan kami mengenai :
SJ - 2181 : AKIBAT MENOLAK HUKUM-HAKAM ALLAH TA’ALA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=13368
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 ~ al-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily ha
( Ketua Jabatan Fiqh & Perbandingan Mazhab , Universiti Damsyiq , Syiria )
Jilid ke-7 , Halaman : 5297 – selepasnya .
Terbitan : Darul Fikr , Beirut ( 1997 )
2 – ISU HUDUD : ABDUL HADI JAWAB MAHATHIR
Oleh : Al-Fadhil Tuan Guru Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang
Terbitan : Jabatan Penerangan PAS Pusat ( 1994 )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan