Rabu, 28 September 2011

Rakyat bukan mahu PM naik bas atau basikal



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Rakyat sudah bosan dengan retorik lakonan bohong, rakyat bukan mahu Perdana Menteri naik bas atau basikal.

“Selaku Perdana Menteri, rakyat tidak kisah jika kamu gunakan peruntukan yang dibenarkan berpada-pada tetapi yang penting kami mahu kamu menguruskan ekonomi dan negara dengan adil dan saksama,” kata Pengarah Sekreteriat Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zulkifli Ibrahim.

Melayu, Arak & UMNO

Gambar ini dijumpai di Library Ohio University. Pada muka surat 2 buku program KGMMB’s (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968. Sebelah pada iklan ini kenyataan daripada Tun Abdul Razak Hussein, Pendana Menteri ketika itu.

Selasa, 27 September 2011

Kitab Lisanul Arab PDF

Peguam Negara Yang Makin Teruk...

Ghani Petail - Peguam Negara
Monday, September 26, 2011 - Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan rasuah dan penyelewengan perundangan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. 

Mahfuz berkata dakwaan itu dibangkitkan banyak pihak, termasuk oleh penulis Raja Petra Kamaruddin, bekas panel pencegahan rasuah Tan Sri Robert Phang, serta didedahkan dalam surat terbuka bekas ketua siasatan Jenayah (CID) Datuk Mat Zin Ibrahim.

"Ia (dilihat) satu pencemaran terhadap institusi peguam negara yang diwujudkan dalam (kerangka) perlembagaan persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Mahfuz berkata, suruhajaya itu perlu ditubuhkan kerana institusi peguam negara mempunyai hubungan langsung dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sabtu, 24 September 2011

Pelajar hilang sejak 13 Sept lalu gagal dikesan

KUALA LUMPUR, Seorang pelajar, Muhamad Akram Sujut, 16, hilang dan tidak d
apat dikesan sejak 13 September lalu apabila beliau didapati masih belum pulang ke asrama sekolahnya di Pondok Beta Hilir di Kota Bharu, Kelantan hingga hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai diminta berkerjasama mengesaninya serta melaporkan kepada keluarganya dengan segera jika menemuinya di sebarang tempat bagi menyelamatkan beliau dari segala kejadian tidak diingini.



Ayahnya, Sujut Esmon, 45, yang tinggal di B8-10-8, Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani anaknya bagi menyelamatkan Muhamad Akram dan membolehkan beliau menjalani kehidupan seperti biasa.

Khamis, 22 September 2011

Mahathir Semakin Tua Semakin Angkuh Dengan Islam

Oleh WFAUZDIN NS

MESKIPUN sudah berusia, "Rumah kata pergi, Kubur kata mari", namun sedikit pun tidak menakutkan mantan PM untuk `mencabar' hukum hudud. Sewaktu beliau berkuasa sebagai PM, beliaulah orang pertama yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menentang perlaksanaan hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan di bawah PAS.


Kini, Mahathir tidak lagi berkuasa tetapi beliau masih mempunyai mulut dan suara yang dianugerahkan Allah untuk berkata-kata sebelum beliau mengadap yang Maha Esa. Meskipun sudah bersara setelah beliau berjaya memporak-porandakan negara ini dengan perpecahan umat Islam terutamanya di kalangan kaum Melayu, Mahathir tidak serik untuk terus di maki hamun oleh masyarakat terutamanya apabila beliau bercakap soal Islam.

Di Tanjung Malim, sewaktu beliau menyampaikan Syarahan Perdana Zaaba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ketika ditemubual wartawan selepas itu Mahathir mengulas tentang cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum Islam. Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya (Malaysian Insider)

Bukan Salah Kelantan Belum Laksana HUDUD

NONE
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya.

Katanya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat.

"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. 

"Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan.

DPPNK Cadang Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Berdiskusi Secara Ilmiah

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian, Selasa 20 September 2011 di halaman K4. Beliau di dalam kenyatan tersebut meminta pemimpin PAS memperjelas kenyataan untuk melaksanakan hudud di negeri ini.
  2. Di dalam kenyataan itu juga beliau mempertikaikan seolah-olah PAS sekarang sudah tidak memperjuangkan hudud tetapi lebih kepada negera berkebajikan. Antara lain, kenyataan beliau berbunyi, “PAS kena tanya di mana hudud sekarang, dulu ada Hari Hudud sekarang ada kebajikan, tidak disebut lagi pasal hudud…”
  3. Kenyataan Mustapha selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan itu seolah-olah menunjukkan beliau sangat tidak peka dengan perkembangan semasa yang sedang berlaku di negeri Kelantan. Sedarkah beliau pada hari yang sama kenyataan beliau tersiar di dalam akhbar, Kelantan mengadakan sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Lundang? Sedarkah beliau bahawa sambutan Hari Hududullah (yang dahulunya dikenali sebagai Hari Hudud) diadakan setiap tahun selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri?
  4. DPPNK ingin menjelaskan bahawa matlamat untuk melaksanakan undang-undang syariah secara sepenuhnya tidak pernah hilang dari perjuangan PAS. Jika Mustapha sendiri menyatakan bahawa hukum hudud itu hukum Islam, maka soalnya apakah yang UMNO lakukan untuk melaksanakan undang-undang ini dalam masyarakat?
  5. Jika UMNO Kelantan seringkali mengulangi bahawa DAP menolak hudud, maka sedarkah UMNO Kelantan bahawa MCA telah memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan dalam isu larangan terhadap premis judi yang sampai ke hari ini UMNO Kelantan masih membisu seribu bahasa?
  6. DPPNK nasihatkan kepada Datuk Seri Mutapha agar peka dengan perkembangan semasa dan jangan mengeluarkan kenyataan yang menampakkan kejahilan beliau. DPPNK sedia maklum bahawa beliau selaku Menteri banyak berada di Kuala Lumpur, namun semua perkembangan pada hari ini boleh diketahui hanya di hujung jari di era tekologi maklumat. Janganlah insiden bertakbir hari raya pada 3 Syawwal lepas yang berlaku di salah sebuah rumah pemimpin UMNO diulangi yang menampakkan pemimpin UMNO Kelantan sering ketinggalan zaman.
  7. DPPNK juga mencadangkan satu diskusi ilmiah di bawah tema Hudud Dalam Konteks Negara Berkebajikan diadakan jika benar pemimpin UMNO Kelantan mahukan maklumat yang tepat tentang hudud dan negara berkebajikan. Diskusi ini boleh diadakan dengan mempertemukan pemimpin PAS dan UMNO di peringkat yang bersesuaian dan terbuka kepada semua lapisan rakyat untuk menyaksikannya.
  8. DPPNK sifatkan kesediaan pemimpin UMNO untuk menyambut cadangan ini sebagai satu lambang keterbukaan sikap dan kematangan berpolitik ke arah mencari penyelesaian terhadap polemik dan bukannya hanya menghebohkannya di dada-dada akhbar semata-mata. Untuk tujuan tersebut, DPPNK bersedia untuk menawarkan diri sebagai penganjur dan tuan rumah.
Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,

Mohd Nuri Mat Yaakub,
Setiausaha,
Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK)
Bertarikh : 21 September 2011

60 % Remaja Perempuan Malaysia Hilang DARA Menjelang Umur 18 Tahun


Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia dari 15 hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2010 dengan portal YouthSays.com menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun. 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 peratus daripada mereka mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan lima kekasih. 

Malaysia Boleh : Ada Kondom Dalam Beg Sekolah Anak Gadisnya


Hulu Selangor: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.

Rabu, 21 September 2011

"Miss Bikini Malaysia": MB, Mufti Perak digesa perjelas

Harakahdaily
  
IPOH, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak menuntut penjelasan Menteri Besar Perak, dan Mufti  berhubung penganjuran Pertandingan Full Moon Beach Party (FMBP) yang bakal diadakan di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti.

Program itu juga difahamkan turut akan mempertandingkan Miss Bikini Malaysia.

Setiausahanya, Salman Saleh berkata pihaknya terkejut apabila penganjuran itu turut diiklankan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan juga dipromosikan melalui laman sosial Facebook.

"Jesteru itu, kami menuntut penjelasan berikutan sudah tersebarnya hebahan pertandingan tersebut yang jelas amat memalukan.

"Kami juga amat kecewa kerana ianya diadakan di kawasan (Menteri Besar) Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang kini sebagai orang nombor satu negeri Perak dan memegang portfolio agama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya lagi, program pelancongan ini yang di bawah kendalian Datuk Hamidah Osman perlu peka dan sensitif terhadap perkara ini. 

"Kami juga memohon Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri (Dr) Haji Harussani Zakaria agar memberikan nasihat kepada Kerajaan Negeri Perak di dalam isu ini," desaknya.

Beliau juga mahu program tidak bermoral tersebut dibatalkan dengan kadar segera.

Terhapuskah Dosa Dengan Hukuman Hudud

Assalamualaikum w.b.

Ana ada sedikit kemusykilan…

Hukuman hudud ni…kalau dah dilaksanakan…maka adakah dosa si pesalah tu dah dikira diampunkan?

Wallahua’lam
 
JAWAPAN:

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Kesalahan-kesalahan yang dianggap termasuk di dalam jenayah-jenayah yang wajib dihukum dengan hukuman Hudud ialah : 

{ 1 } ~ as-SIRQAH : Kesalahan Mencuri .

{ 2 } ~ al-HIRABAH : Kesalahan Merampas Harta Secara Bersenjata ( Merompak ) Ataupun Kesalahan Mengugut Dengan Menggunakan Senjata . 

## dipetik dari laman

HINA RASULULLAH: Zizan Mohon Maaf, Ahmad Idham Melenting


Zizan Mohon Maaf, Ahmad Idzham Melenting


KUALA LUMPUR – Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya.
Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.
Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu.

ISU PANAS : Mat Sabu Mengaku Tak Bersalah

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Ketika diminta mengulas, Mat Sabu berkata beliau telah menjangkakan tindakan mahkamah itu.
“Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah.

“Bagaimanapun, oleh kerana ia adalah kes mahkamah, kita akan berdepan dengannya,” katanya.
Menurut Mat Sabu, kerajaan mula kehilangan sokongan rakyat, khususnya golongan muda dan terpaksa menggunakan kekerasan dan undang-undang bagi mengurangkan pengaruhnya.

Sementara itu, ratusan penyokong pemimpin PAS berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.
Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya “polis British”.

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah. – malaysiakini

Isnin, 19 September 2011

Najib enggan akui kesilapan - Pak Samad

KUALA LUMPUR, : Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mempersenda pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan sebagai "tidak mengakui kesilapan kerajaannya".
A. Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkata, amat malang apabila BN khususnya Najib masih enggan mengakui bahawa pengumuman pemansuhan itu hasil desakan rakyat khususnya anak muda yang mahukan perubahan demokrasi.


Selama 54 tahun mereka tak terfikirkan pun ISA itu harus dikikis. Tiba-tiba sahaja mendapat ilham, dan tidak mengakui bahawa ini adalah desakan daripada kelompok antaranya anak muda bahawa kita sudah tidak tertahan lagi.

"Perdana Menteri pun dua tiga hari ini mengumumkan...oh, kami...kami sahaja yang meluruhkan ISA tapi tidak diceritakan kerana desakan-desakan itulah yang mendorongnya untuk merubah. Kalau tidak ada desakan-desakan itu, saya tidak fikir (ISA dimansuhkan) kerana itu adalah alat yang sangat bermanfaat untuk menekan (rakyat)," katanya.

Otak Mat Sabu diletak di atas kepala lutut





Inilah Professor kangkung yang berhujah secara emosi dan dikelirukan oleh akhbar pencacai Umno.

Mohamad Sabu tidak pernah menyatakan sokongan kepada komunis, tidak pernah menyanjung komunis tetapi menentang ideologi komunis tetapi akibat fitnah akhbar pencacai Umno Professor pun kena tipu.

Ikuti ucapan Professor Kamaruddin Kachar dan nilaikan sendiri.

Dulu kerajaan sekat perempuan kahwin lagi,kini…..?

Oleh: Abdullah Ngah
Dahulu memang kerajaan telah sekat perempuan yang dapat pencen suami berkahwin lagi. Ini dianggap sebagai zalim, kerana sekat perempuan untuk berkahwin semula.

Mengapa tidak? Seorang perempuan yang dapat pencen suami apabila berkahwin semula akan di mansuhkan pencen itu.

Atas sebab itu mereka yang terbabit miskipun masih muda tak berani nak kahwin lagi, kerana sudah hilang pencen.

Oleh kerana sayang akan pencen itu mereka mahu tak mahu akan membatal dan tolak akan lamaran sesiapa saja lelaki yang ada minat nak menjadikan mereka isteri.

Kini seseorang perempuan yang berkahwin selepas berpencen dengan lelaki yang ada pencen juga tak dapat pencen.

Ini juga dianggap sebagai zalim terhadap perempuan yang mengakhwini lelaki yang sudah berpencen.

Mengapa tidak? Kerana mereka yang berkahwin isterinya tak bekerja dan mendapat anak yang ramai apabila tak dapat pencen sudah membebankan.

Lebih lebih lagi anak mereka dalam masih tanggungan iaitu sebelum usia 18 tahun. Yang paling menyayat hati bagi mereka yang memiliki anak cacat yang memerlukan belanja yang tinggi.

Dari mana mereka hendak datangkan wang untuk menampungkan kos itu, sedangkan beberapa orang adik beradiknya masih dibangku sekolah.
Kerajaan harus buat kajian semula system perjanjian pencen bekas penjawat awam supaya boleh meringan beban bekas bekas isteri yang dikahwinkan selepas pencen.

Bayangkan seorang isteri yang sudah berkahwin selama dua puluh tahun dan mendapat anak enam orang yang sara hidupnya masih dibawah tanggungjawab ayah ketiadaan hasil untuk menyara anak anak.

Sangat menyayat hati dan menyedihkan apabila ayah sudah meninggal dunia.

PRU Ke 13 : Bila manis gula-gula sudah sampai kelidah rakyat

Oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Saya melihat Najib telah melakukan satu kejutan demi untuk mengekang gelombang kebangkitan rakyat yang menolak BN sejak gelombang tsunami politik 2008. Kerana itu pengumumannya memansuhkan ISA dan beberapa akta lain yang berkaitan tidak lebih dari usaha mengambil hati rakyat sebelum PRU ke 13 menjelang.


Beliau membuktikan tawaran 100 hari dalam Buku Jingga adalah sesuatu yang menjadi realiti kepada hasrat rakyat Malaysia, dan ianya bukanya sesuatu pembohongan dan penipuan sebagai mana yang dijaja oleh pecacai UMNO dan BN selama ini.

Satu demi satu yang ada dalam Buku Jingga diceduk oleh Najib.

Najib mengumumkan sesuatu yang disifatnya sebagai inisiatif tranformasi politik ke arah menjadi negara moden, progresif bila ISA dimansuhkan .

Tetapi serentak dengan itu juga beliau umumkan dua undang-undang baru akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta jenayah bagi pelihara keamanan, kesejahteraan, serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Anwar Ibrahim sengaja rakam adengan seksnya?

Sumber MiloSuam

RAMAI yang menghantar pesanan melalui email dan facebook, meminta ReJaM© buat ulasan tentang CCTV terbaru yang disiarkan oleh Papa Gomo.

ReJaM© lihat ramai sahabat blogger dah buat ulasan masing-masing, tentang video CCTV yang didakwa dirakam di sebuah apartment di Ampang.

Muak dah sebenarnya nak ulas cerita lucah ni, balik-balik cerita lucah, yang rugi rakyat, sebab bila meletop cerita lucah, cerita komunis dan macam-macam cerita bodoh United Malays No Otak, itu tandanya barang nak naik harga.


Akibatnya, rakyat terpekik terlolong fokus pada isu-isu bodoh, sampai tak sedar poket rabak kena rompak oleh pemerintah. Mark my words! Lepas keluar cerita lucah ni, kita lihat barang apa pulak yang akan naik harga?

ReJaM© tak nak ulas panjang-panjang. Di bawah ini screenshot dari video CCTV yang dikeluarkan oleh Papa Gomo, kononnya scene ini dirakam ketika Anwar dan Eskay menaikki lift apartment sebelum kejadian seks berlaku.


Ketakutan di Putrajaya, lakonan Najib dan Hishammuddin

"Oleh : Ismail Dahlan 

Leher Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan tegang, dan dia betul-betul kelihatan gementar dan tidak selesa sebelum beliau memulakan ucapannya.Semestinya dia telah dinasihatkan oleh orang-orangnya untuk melihat penonton tepat pada mata, namun dia rupanya seperti berhati-hati melakukannya. Bahasa tubuhnya telah menceritakan apa yang sebenarnya dia rasakan dan bukanbibit-bibit perkataan yang keluar dari mulutnya. Nampaknya, Encik Najib adalah seorang lelaki yang sedang bimbang dan takut akan masa depannya.
Dia tidak dapat meningkatkan prestasi BN tahun 2008, ini yang pasti, dan pada hakikatnya BN akan bertambah tenat. Maksudnya di sini, Encik Najib akan dipecat selepas pilihan raya oleh partinya sendiri. Kerjaya yang pendek dan tidak menyerlahnya akan berakhir. Jadi dia telah membuat keputusan untuk menjalankan strategi baru yang radikal, untuk menjadi reformis sepantas kilat!
Beliau memulakan ucapannya dengan pelajaran sejarah yang membosankan, memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rakyat Malaysia (Tanah Melayu) telah dapat mengundi dalam pilihan raya buat kali pertama pada tahun 1952, dan sebagai sebuah negara yang bebas pada tahun 1959. Ini menjadikan Malaysia sama dengan setiap negara lain yang pernah bebas daripada kuasa penjajah (termasuk AS), harapan ramai agar dia berhenti di situ kerana pada hakikatnya Najib sudah tidak mampu melakukan satu lagi ucapan yang sia-sia.

Sabtu, 17 September 2011

Kerana Cinta...Hilang DARA..


"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..


Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.


Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.


Jumaat, 16 September 2011

Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya - Pak Majid

Sumber PAS Perak

IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". "Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya". Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.

Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi Pimpinan Badan Perhubungan PAS Perak bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya baru-baru ini, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.


Mahram & Bukan Mahram

Kelebihan Budu



SEBUT saja budu, pasti terbayang makanan tradisional masyarakat Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Budu kini bukan saja terkenal di negara ini malah sudah sampai ke luar negara.

Makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur mendapat perhatian dan dijadikan kajian ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan saintis berkenaan mendapati budu mengandungi gluthaione (bahan antioksidan), mengeluarkan sisa toksik dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh (imun) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya serta menghalang kanser.

Kini terbukti makanan tradisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli.


# KELEBIHAN BUDU

Khamis, 15 September 2011

Keputusan e-Rayuan ke IPTA dikeluar hari ini


KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan rayuan 30,414 pelajar bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata keputusan e-Rayuan itu boleh diakses pelajar berkenaan melalui laman web Unit Pusat Universiti (UPU).
“Dasar pemilihan dalam proses e-Rayuan dikemukakan adalah kekal, berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90 peratus markah akademik dan 10 peratus lagi markah kokurikulum.
“Perlu dijelaskan di sini persaingan dalam kalangan calon yang mengemukakan rayuan adalah sengit kerana terdapat ramai calon cemerlang, sedangkan bilangan tempat disediakan adalah terhad,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini semalam.

Rujhan berkata, pertimbangan sewajarnya sudah dibuat sebelum keputusan ini diambil dan hanya diberikan kepada pelajar yang membuat e-Rayuan berdasarkan bilangan kekosongan yang masih ada selepas proses pendaftaran semua pelajar baru selesai.

Pelajar yang ingin menyemak status rayuan mereka boleh menghubungi talian 03-88706755, 03-88706766, atau melayari laman web http://upu.mohe.gov.my.


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/ar...ariini/Article 

Fakta menarik tentang KUCING


kongsikan 20 fakta menarik tentang kucing pula. Kucing in termasuk la segala kaum kerabat kucing seperti puma, harimau dan lain-lain lagi 


Ini adalah kucing 
  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari

Jururawat Kaki Kelentong


NORIDA menunjukkan laporan polis yang dibuat keatas Premila yang didakwa menipunya hingga kerugian RM11,000 di Sungai Puyu, Butterworth semalam.


BUTTERWORTH - Macam-macam cara orang menipu. Dalam kejadian di Sungai Puyu dekat sini, seorang wanita kerugian RM11,000 apabila mendakwa diperdaya jururawat peribadi arwah ibunya yang menghidap kencing manis.

Tidak dijajah: Bila Najib mahu buat pendirian

KUALA LUMPUR, 14 Sept: “Bila lagi Datuk Seri Najib mahu membuat pendirian rasmi bahawa negara kita tidak pernah dijajah sebagaimana kenyataan Prof Dr Zainal Kling, kemudian disokong pula oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, selaku Perdana Menteri, beliau mesti menyatakan pendirian rasmi kerajaan dan pendirian Umno di dalam hal itu.
Beliau menambah, satu jawapan yang segera perlu dibuat untuk meredakan keresahan rakyat di negara ini.
Katanya, tidak boleh mendiamkan diri dengan tidak membuat apa-apa pendirian, kerana ia sudah menjadi polemik di dalam masyarakat sejak kenyataan ini dikeluarkan, lebih-lebih lagi guru sejarah yang sedang mengajar anak murid mereka yang sedang menghadapi peperiksaan UPSR.
“Datuk Seri Najib mesti ada keberanian untuk menyatakan pendirian rasmi, jika beliau bersetuju dengan Profesor Umno ini maka kena batal sambutan kemerdekaan negara kali ke 54 jika tidak akan diketawakan oleh orang,” ujarnya.
Tambahnya, semua soalan Sejarah mengenai kemerdekaan yang sudah dibuat perlu dibatalkan.
Katanya lagi, semua tesis yang ditulis oleh sarjana yang berkaitan dengan kemerdekaan hendaklah dikeluarkan daripada semua perpustakaan yang disimpan di universiti negara ini.
“Anugerah bapa kemerdekaan kepada al-Marhum Tunku Abdul Rahman hendaklah ditarik balik.
“Nama Dataran Merdeka hendaklah ditukar segera. Segala ucapan Tun Dr Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri hendaklah dibakar kerana ia hanya pendustaan semata-semata selama 22 tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Selain itu, katanya semua silibus Sejarah daripada sekolah rendah sehingga 
ke universiti hendaklah dirombak.

Menurutnya, jika Najib tidak bersetuju, maka beliau mesti menarik balik anugerah Profesor Negara, kerana kenyataan yang tidak ada nilai akademik dan memalukan dunia akademik.

ustaz azhar idrus - (soalan) masalah janggut

Rabu, 14 September 2011

Ustaz Azhar Idrus



Tukul Keramat & Wajib Ngaji (2 kuliah) .zip
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/1866214011

001. Tukul Keramat
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/1866203254
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?nvuf963fuhhuekk
Credit to: alang6912 amin

002. Wajib Ngaji
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/1866210794
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?inidccj2go912x7
Credit to: alang6912 amin

Selasa, 13 September 2011

Tip Jahit Tudung... Jahit Tindih Atas Sengkuap

Oleh Ziara


Mulakan jahitan dari cantuman dagu, lipat sikit ya.



Teruskan jahitan hingga sampai di sambungan sengkuap dan badan tudung.
Jangan tarik kain ketika menjahit.


Tegangkan kain dengan menarik kain ke kanan dan ke kiri sambil menjahit.
Tujuannya supaya hasil jahitan jadi kemas.

Selamat mencuba :)

Sumber klik

Anakku Lelaki Lembut Di Mana Silapnya

Anak lelaki lembut dan berperwatakan seperti wanita. Walhal ketika dilahirkan dahulu sah-sah dia benar-benar lelaki tulen dengan organ jantina lelaki. Tak tahulah di mana silapnya tiba-tiba sahaja apabila meniti remaja kelakuannya tidak lasak seperti anak lelaki lain malah lebih gemar melakukan aktiviti dan permainan yang disukai anak-anak perempuan. Ya, anda mungkin perasan anak itu lebih suka bermain pondok-pondok dengan rakanrakan perempuan daripada pergi bermain bola sepak dengan kawan-kawan lelakinya.Tapi ketika itu anda mungkin merasakan “Ahh, kecil lagi.. sementara aja tu.” Tetapi semakin remaja makin bertambahlentuk pula tingkahlakunya hingga membimbangkan ibu bapa pula.




Menurut Ustaz Nor Amin, guru pengajian Islam MARA yang juga penceramah bebas dan penulis buku, ibu bapa yang mempunyai anak lelaki lembut seperti ini janganlah menganggap mereka ini sebagai satu bebanan besar ibarat malapetaka malang yang menimpa keluarga anda. “Kasihanilah anak lelaki lembut anda , mereka juga insansempurna seperti orang lain. Cuba anda fikirkan, kalau anda gagal mendidik atau teruskan usaha membimbing mereka dengan sempurna maka jadilah mereka lelaki yang bertopeng wanita seperti memperagakan pakaian wanita, bersolek, menukar nama ke nama wanita, hinggakan akhirnya nafsu juga turut terdorong kepada lelaki.,” terang beliau mengenai fenomen lelaki yang makin hilang nilai kelakiannya.

Isnin, 12 September 2011

Profesor menjadi bodoh kerana politik

Oleh: albangi

"Sekurang-kurangnya dua orang profesor terkenal dalam negara kita telah menjadi "BODOH" kerana mahu jaga hati pemimpin UMNO dan menjaga periuk nasi menjadi profesor kontrak setelah pencen.

Pertama Profesor Khoo Kay Kim dari Unversiti Malaya. Beliau menyatakan Malaysia tidak pernah dijajah oleh British!

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8642&mode=thread&order=0&thold=0




Kedua, Jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling, dari Universiti Malaya,  menyatakan bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Inilah dua wajah profesor yang "murtad akademik" dan tidak jujur dalam ilmu mereka semata-mata bagi mengambil hati pemimpin UMNO dan menjaga perut dengan menggadaikan kebenaran ilmu.
Kita menunggu kalau-kalau Profesor Datuk Ramlah Adam juga akan bersama profesor luncai untuk terjun dengan labu-labunya.

Mengapa baru hari ini dua profesor ini mahu bercakap Malaysia tidak pernah dijajah? Mengapa tidak 30 tahun yang lalu?

Malaysia TIDAK PERNAH DIJAJAH..!!!

Oleh: tokpepijat

Kita ingat hanya Thailand sahaja di Asia Tenggara tidak dijajah. Rupa-rupanya satu penemuan fakta sejarah baharu ditemui iaitu Malaysia juga TIDAK PERNAH DIJAJAH !

Berdasarkan 2 kenyataan oleh ahli sejarah bertaraf Professor iaitu Khoo Kay Kim dan Zainal Kling, nampaknya tidak perlu kita rayakan Hari Kemerdekaan kita. Sebabnya kita tidak pernah dijajah. Kita sekadar "dinaungi" atau "dilindungi

Jimatlah duit Kementerian Sang Pembakar Jambatan(Rais Yatim). Jimat bujet.

Maknanya selama 53 tahun, kita kerugian yang amat besar. Barangkali bilion ringgit kerana belanja untuk perayaan Hari Kemerdekaan.

Lebih malang lagi, selama ini (53 tahun) kita ditipu. Mati hidup kita sebagai rakyat Malaysia menyangka kita pernah dijajah British. Rupa-rupanya kita dinaungi sahaja. Alaa... macam PMNajib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Kasihan anak-anak Malaysia yang membaca buku Sejarah Negara. Semua fakta tentang penjajahan adalah dusta semata-semata. Kita cuma dinaungi. Alaa... macam PMNajib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Lepas ini, seeloknya Khoo Kay kim, Zainal Kling, Ramlah Adam duduk semeja untuk gubal semula buku teks Sejarah. Kerja pertamanya ialah buang perkataan " penjajah British ". Kerana kita tidak pernah dijajah. Cuma dinaungi sahaja! Alaa... macam PMNajib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Siapa yang untung sekarang ? Tentunya penerbit buku teks. Dapat tender buat buku Sejarah edisi baharu !

Kepada guru Sejarah, bersedialah anda untuk menjawab soalan-soalan panas dari anak murid Generasi Y.

Kepada Utusan, kamu tersilap jolok sarang tebuan. Jika mahu serang Mat Sabu bukannya memakan masa sampai lebih 10 malam. Utusan serang Mat Sabu pakai pistol air ! Seronoklah Mat Sabu main air !

Akibatnya Sejarah Malaysia perlu dinilai kembali kerana kita tidak pernah dijajah!"
 

Cinta Kerana Allah


Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT.

Keutamaan Cinta Kepada Orang Beriman

Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya.  Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
 «إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟»

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لاَ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَ لاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ، أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ»

Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana  jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Tidak dijajah: PAS cabar Umno nyata pendirian

Nazri Abdullah   


GOMBAK, 12 Sept: PAS membidas sikap membisu pemimpin Umno BN berhubung kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.



Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, pemimpin Umno perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan itu kerana Zainal adalah ahli Umno.

"Pemimpin Umno kena bertanggungjawab sebab Zainal Kling mewakili Umno. Kita nak tahu pendirian pemimpin Umno.

"Apa pendirian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Kalau tak pernah dijajah semua buku teks kita perlu diubah semula," katanya kepada Harakahdaily.