Isnin, 13 Februari 2012

Panas: 'Ceramah Perkasa', Ibrahim Ali Dakwa PAS Bodoh, Kata Nik Aziz Dan Anwar Umpama Beruk !!


KUANTAN, 13 Feb - Orang ramai yang hadir ke program ceramah umum Pertubuhan Pribumi Perkasa(Perkasa) di Komplek Dagangan Indera Mahkotadekat sini malam tadi, kecewa dengan beberapa kenyataan panas Datuk Paduka Ibrahim Ali (foto) terhadap pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz NikMat. 
Masing-masing terkejut dengan tuduhan tidak berasas Ibrahim Ali yang mengeluarkan berbagaiperkataan kotor dan lucah terhadap dua pemimpin terbabit.Malah, sebahagian besar dari kalangan mereka keluar dewan dan meninggalkan majlis ketika pemimpin itu belum menghabiskan ucapannya yang berapi-api itu. Ceramah anjuran Perkasa Negeri Pahang itu dihadiri oleh lebih 500 orang tetamu yang majoritinya adalah ahli UMNO dan Perkasa sendiri. Terdapat juga beberapa orang penyokong pembangkang dan pelajar IPT yang dilihat hadir. 
Ceramah bermula jam 8.30 itu menampilkan cucu kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, iaitu Zahid Mat Arip sebagai penceramah utama. Beliau banyak menceritakan pengalamannya berkerja dengan Anwar sehinggalah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang dipimpin oplehmantan Timbalan Perdana Menteri itu. Zahid mengejutkan orang ramai dengan "jerit pekik"nya ketika berceramah dan tidak sesuai untuk majlis yang diadakan secara tertutup di dalam dewan seperti itu. 
Ceramah kedua disampaikan oleh Prof Madya Ashraf Wajdi Dasuki. Beliau lebih banyak mengimbau sejarah perjuangan orang Melayu dari zaman sebelum kemerdekaan sehinggalah sekarang. Beliau turut menyentuh isu-isu semasa, termasuk betapa pentingnya kuasa Melayu dikekalkan jika tidak mahu bangsa terjajah semula. 
Menyentuh soal tindakan pembangkang mempertikaikan kehadiran PM ke sambutan perayaan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Beliau berkata, tiada apa yang perlu dipersoalkan kerana Tok Guru Nik Aziz pun selalu hadir ke majlis di tokong-tokong Budhha di Kelantan. "Kenapa bila Nik Aziz hadir ke majlis itu boleh, tapi bila PM hadir tak boleh. Inilah budaya PAS yang hanya mencari kesalahan orang lain jer. Saya ada keluarkan gambar Nik Aziz dan Datuk Najib di Facebook sebagai bukti semua ini", kata beliau.

Ibrahim Ali Mendakwa Orang PAS Memang Bodoh

Tiba giliran Ibrahim Ali, hadirin didapati tidak senang duduk mendengar ucapan beliau. Beliau banyak mengeluarkan hujjah tanpa fakta dan sekadar menggunakan akal fikirannya semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai. Antara kenyataan celupar yang dikeluarkan olehnya ialah menuduh orang-orang PAS "Bodoh". 
Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempersoalkan ketokohanTok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat"Orang PAS tuduh saya tak kenang budi kerana bertanding atas tiket parti itu pada PRU-12 . Sapa yang tak kenang budi!. PAS sepatut berterima kasih kepada saya bukan saya jer yang patut berterima kasih pada PAS. Saya bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas sebab mereka yang tawarkan saya dan ajak berunding untuk bagi laluan kepada saya. Dah UMNO tak terima saya, saya terimalah tawaran PAS. Tapi itu tak bermakna saya sokong PAS. Ada banyak benda yang saya tak sertuju dengan PAS", kata Ibrahim Ali. 
Beliau turut menegaskan kalau dia sekarang menyokong PAS dan tunduk dengan apa saja yang dilakukan oleh parti itu maka mungkin dia akan kekal sebagai calon Parlimen Pasir Mas sampai bila-bila. "Kalu saya selalu solat subuh belakang Nik Aziz kat Pulau Melaka, dah tentu PAS akan sanjung saya dan kekalkan saya sebagai calon", katanya. "Perkasa tidak berpihak kepada mana-mana parti. Kami menjunjung amanat mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Baik UMNO atau parti pembangkang yang buat silap kami akan tentang habis-habisan", kata beliau lagi. 
Dalam pada itu beliau turut menyelar kempimpinan PAS yang sanggup tunduk kepada DAP dek kerana kuasa. "PAS ni hanya bertanding di 66 kawasan parlimen jer. Kalau menang semua pun belum tentu boleh tubuh kerajaan. Tapi pelik, orang PAS boleh kerjasama dengan DAP, bila UMNO ajak bersama puak-puak ni tak nak. Cuba tengok di Perak, PAS menang 6 kerusi jer. UMNO ajak bergabung dia tak nak tapi lebih rela gabung dengan DAP dan PKR untuk tubuh kerajaan. PAS rela jadi alat kepada bukan Melayu demi kuasa. Begitu juga di Selangor, kita ajak tubuh kerajaan perpaduan dia tak nak. Sanggup bergabung dengan DAP dan PKR. Inikah namanya nak bela Melayu dan Islam?. Puak ni lebih rela dipergunakan oleh DAP untuk kuasa. Inilah yang perlu ditentang oleh orang Melayu", katanya sambil dapat sorakan hadirin.

Sanggup Tuduh Nik Aziz Dan Anwar Macam Beruk

Ibrahim Ali juga mendakwa, orang Melayu tidak layak menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan untuk membela Islam, Melayu dan Raja-Raja. Ini kerana PAS bukanlah"leader" kepada parti pembangkang sebaliknya Anwar Ibrahim (PKR) yang mengetuainya. Berbeza dengan UMNO, walau pun dikutuk oleh pembangkang tetapi UMNO yang mengetuai parti-parti lain dalam Barisan Nasional. 
"Orang Melayu perlu menyokong UMNO jika tidak mahu kehilangan kuasa. PAS tidak layak sebab mereka takut kepada Anwar Ibrahim. PAS sanggup bela "kaki liwat" sedangkan mereka tahu siapa Anwar", kata Ibrahim Ali. Nik Aziz katanya hanyalah pak turut"Bayangkan dalam isu Elizabeth Wong. Bila mengulas hal gambar bogel ADUN terbabit. Nik Aziz hanya menjawab kenapa pegi tengok!. Apakah ini melambangkan pemimpin Islam", tegas Ibrahim Ali. 
Menyentuh soal pakatan pembangkang pula, Ibrahim Ali menjelaskan PAS terutamanya Nik Aziz sudah hilang akal kerana sanggup bersekongkol dengan DAP yang menolak Islam dan Anwar Ibrahim kaki liwat. Ibrahim Ali juga menyamakan Anwar dan Nik Aziz sebagai beruk."Beruk paling mahal harganya RM100,000 (Anwar Ibrahim), sebab beruk ni pandai liwat dan boleh masuk mahkamah. Tapi beruk yang dua ekor (Nik Aziz dan Lim Kit Siang) bodoh sebab hormat kepada beruk (Anwar)", kata Ibrahim Ali sambil disambut dengan gelak ketawa hadirin. "Perkasa akan pastikan parti yang tidak pertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu kecundang pada Pilihanraya Umum kali ini. Kepada siapa lagi kita nak berharap untuk membela. Isu kepala babi diletakkan di masjid dan surau yang berlaku sekarang ini. Semua tu kerana ada pemimpin yang hina Islam dan Melayu sendiri. Mana pemimpin Islam yang kononnya bela Islam dalam isu ni. Semua takut untuk buat laporan polis. Mujurlah budak-budak Perkasa bangkit mempertahankan isu ini. Nak harap pemimpin Islam memang teruklah", katanya.


Inilah dia poster program ceramah umum Perkasa malam tadi

[Apa yang pasti daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali ini, nampak benar Perkasa sebenarnya bukanlah "neutral" perjuangkan Islam, Melayu dan Raja-Raja seperti yang didakwa beliau. Jelas dapat dilihat Perkasa lebih cenderung menyokong UMNO walau pun beliau mengatakan UMNO pun akan ditegur jika tidak betul. 
Tambahan pula, Ibrahim hanya mengutuk Pak Lah tetapi tidak berani menegur PM Najib Razak. Beliau salahkan Pak Lah kerana pecat dia dari UMNO. Secara amnya, ceramah yang disampaikan oleh Ibrahim Ali itu langsung tidak punyai nilai-nilai Melayu dan Islam yang diperkatakan. Penuh dengan kata nista, caci mencaci dan bercakap dengan lagak sombong dan bongkak. 
Ramai yang keluar dewan kecewa mendengar kenyataan Ibrahim Ali itu. Malah, termasuk juga dikalangan ahli dan penyokong UMNO yang turut hadir ke program itu. Jika inilah keadaannya, maka sia-sialah Ibrahim Ali mahu perjuangkan kebenaran yang dituntutnya itu].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan