Jumaat, 17 Februari 2012

Iktiraf ‘Imelda Rosmah’, Universiti Curtin dikritik

KUALA LUMPUR 16 Feb: Laman Facebook Universiti Curtin dihujani pelbagai komen tidak puas hati dari sebilangan rakyat Malaysia, ekoran tindakan universiti itu menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Setakat berita ini ditulis, terdapat hampir 28,000 pengguna Facebook menyukai laman berkenaan dan mereka meneruskan kritikan bertalu-talu terhadap Rosmah dan Universiti Curtin.
Universiti di Australia yang turut mempunyai cawangan di Sarawak dan Singapura itu sebelum ini menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan  kepada Rosmah, kononnya sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.
Program Permata Negara yang baru memasuki usia tiga tahun telah membelanjakan kira-kira RM211 juta wang rakyat.


Rosmah, baru-baru ini sekali lagi menimbulkan kemarahan rakyat apabila membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Carl Kapp semasa percutiannya ke Sydney, Disember tahun lalu.
Pendedahan itu dibuat menerusi kolum yang ditulis oleh Andrew Hornery mengenai Rosmah yang disiarkan akhbar Sydney Morning Herald.
Selain itu, beliau sebelum ini turut didakwa membeli cincin berlian berharga RM24 juta, dan beg jenama mewah Birkin yang mencecah ratusan ribu ringgit.
Sikapnya yang gemar berbelanja boros itu dikaitkan dengan Imelda Marcos, isteri kepada bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26750

Tiada ulasan:

Catat Ulasan