Jumaat, 17 Februari 2012

Analisis penuh kekayaan rosmah X (Sumpahan Beri Anugerah Pada Rosmah)


Semua gara-gara beri anugerah pada FLOS ( first lady of shooping), laman facebook Universiti Curtin tiba-tiba dihujani pelbagai komen tidak puas hati dari sebilangan rakyat Malaysia.
Baru -baru ini Universiti di Australia yang turut mempunyai cawangan di Sarawak dan Singapura itu  menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan  kepada Rosmah, kononnya sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Kah..kah..kah, pembangunan jenis macam mana yang FLOS tu lakukan, nak tahu juga tu, yang "tukanglawan" tahu.
Khabarnya wang peruntukan Program Permata Negara yang baru memasuki usia tiga tahun telah membelanjakan kira-kira RM211 juta wang rakyat, dan kemudiannya minta di tambah lagi, masalahnya laporan kewangan terdahulu tak diberikan untuk di Audit, bagaimana boleh mintak tambahan dana?, pelik benar.


Kah..kah..kah.. berbalik pada cerita asal kita, perihal komen-komen tak puas hati yang dipost di laman facebook Universiti tu, bayangkan lah sampai ada yang geram dan letak gambar cincin rosmah di laman facebook tu, sampai tahap itu geramnya orang.

Kalau "tukanglawan" nak cerita satu-satu entah bila habisnya sebab memang ramai sangat marah dengan tindakan beri PHD pada rosmah, sehingga ada yang tanya berapa perlu dia bayar untuk dapat juga PHD dari universiti tersebut. kah..kah..kah.

Dibawah nei, tukanglawan nak sharekan sedikit komen-komen best yang diberi pengunjung terhadap Universiti ini kerana "mengurniakan " rosmah anugerah tersebut, benarlah agaknya kata rosmah, dia diserang kerana orang dengki dan cemburu padanya. kah..kah..kah


Jika anda ada keingginan mahu dapatkan PHD secara mudah, mungkin komen dibawah ini adalah panduan untuk anda yang berminat dan sanggup melakukannya. kah..kah..kah  




Bagaimana pula dengan pendedahan rosmah membuang keluarga sendiri?, apakah dia layak untuk mendapat anugerah hasil dari pembangunan program permata yang dicanangkan?, 

Benarkah rosmah membuang keluarga sendiri?, untuk tahu benarkah tuduhan tersebut, anda boleh menonton video yang boleh di ekses dari laman youtube seperti link dibawah


Pemberian anugerah ini memang mengejutkan ramai pihak, ramai yang mengkritik pemberian yang disifatkan pelik ini, rosmah ketika diminta mengulas kritikan ramai berkata"mereka itu semua dengki dan cemburu terhadap kejayaan saya".. kah..kah..kah, ada ke yang dengki?

Apakah dengan pemberian ijazah Doktor Kehormat Persuratan kepada rosmah, universiti ini akan masih dipandang hebat oleh orang ramai, atau apakah nilai sijil dari universiti ini akan merudum jatuh nilainya?, dan apakah dengan segala kritikan ini rosmah masih mampu bangga dengan anugerah yang diberikan,

Inilah bahana yang terpaksa diterima, kerana rosmah laman facebook jadi mangsa.

Untuk terus membaca komen-komen pengunjung dilaman facebook milik universiti berkenaan, sila klik disini  dan anda juga dijemput membaca artikel berkaitan analisis kekayaan rosmah mansor dibawah ini

Bahagian 1 - Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
Bahagian 2 - Analisis penuh kekayaan rosmah II (Rosmah nak saman?)
Bahagian 3 - Analisis penuh kekayaan rosmah III (Beg tangan palsu)
Bahagian 4 - Analisis penuh kekayaan rosmah IV (FLOS terkedu lagi)
Bahagian 5 -Analisis penuh kekayaan rosmah V (Mahu jadi ahli sukan)
Bahagian 6 -Analisis penuh kekayaan rosmah VI (Sayang permata)
Bahagian 7 -Analisis penuh kekayaan rosmah VII (Skandal pereka fesyen)
Bahagian 8 -Analisis penuh kekayaan rosmah VIII (Suami yang menyayangi)
Bahagian 9 -Analisis penuh kekayaan rosmah VIIII (Rosmah bergelar Doktor)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan