Sabtu, 4 Februari 2012

Apakah motif utama UMNO mendalangi ‘kepala babi ini ?

Oleh: ulitmayang

"Adakah ia berkait rapat dengan kononnya ketidakupayaan Menteri Besar Selangor YB Tan Sri Khalid Ibrahim , menerajui Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam , maka menatijahkan ‘kepala bagi’ diletakkan di pintu masjid , adalah manifestasi salah nya tindakan MB melantik dirinya sendiri sebagai EXCO agama , dan bukan nya disandang oleh parti PAS  ,atau puan berpunca dari ‘kesilapan’ PAS memecat Hassan Ali sebagai ahli PAS ?



Politik Malaysia ranking nya terus jatuh menjunam. Bukan kelas dunia membangun , tapi mungkin dunia keempat , sekiranya ada.
Sama lah juga dengan taraf ranking university – university di Malaysia tidak naik – naik , malah merudum dari tahun ke tahun , sehingga memaksa Kementerian Pengajian Tinggi memberikan kuasa otonomi kepada lima [ 5 ] buah lagi university tempatan.
Politik Malaysia makin mundur ke belakang , wal hal dalam pada masa yang sama tahap kematangan pemikiran rakyat semakin bertambah.
Apa hal nya dengan ahli – ahli politik arus perdana ni ?. Apakah motif sebenar mereka ini ? .
Adakah dengan terus memperbodoh-bodohkan rakyat , maka jangkahayat survival politik mereka akan lebih panjang untuk sekurang-kurangnya lebih dari 50 tahun lagi.

Berbalik kepada kepala babi yang diletakkan di dua buah masjid di Selangor minggu lepas , apakah UMNO fikir rakyat akan percaya ia bukan nya ber’dalang’kan mereka ?.

Apakah motif utama UMNO mendalangi ‘kepala babi ini ?
Adakah ia berkait rapat dengan kononnya ketidakupayaan Menteri Besar Selangor YB Tan Sri Khalid Ibrahim , menerajui Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam , maka menatijahkan ‘kepala bagi’ diletakkan di pintu masjid , adalah manifestasi salah nya tindakan MB melantik dirinya sendiri sebagai EXCO agama , dan bukan nya disandang oleh parti PAS  ,atau puan berpunca dari ‘kesilapan’ PAS memecat Hassan Ali sebagai ahli PAS ?

Begitu lah gambaran yang cuba diterapkan oleh UMNO ke dalam setiap otak rakyat Selangor khususnya ,dan rakyat Malaysia amnya !!! Adakah betul begitu ?


Nota
Nasib baik MB cepat membuat tindakan pantas dengan menawarkan imbuhan sebanyak RM10,000.00 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam insiden terbabit.
Tindakan ini memaksa [ mana UMNO prihatin dengan ‘terpaksa’ mengeluarkan bajet sebesar ini ] UMNO mengeluarkan satu angka yang jauh lebih besar iaitu RM 18,000.00 , jauh mengatasi angka  yang disumbangkan oleh kerajaan Selangor.Dasar munafik
BN tawar RM18,000 buru dalang isu kepala babi RISWANDI RAZAK
 
3 Februari 2012 SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor menawarkan wang tunai RM18,000 bagi mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab meletakkan kepada babi di hadapan dua masjid di Rawang dan Sentul.
Kelmarin, Kerajaan Selangor juga menawarkan hadiah wang tunaiRM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam insiden terbabit.
Pengerusi BN Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata, ganjaran tersebut adalah hasil sumbangan beliau bersama Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim.
Menurutnya, Donald menawar RM10,000 kepada pemberi maklumat berhubung insiden terbabit dan RM5,000 kepada pengurusan masjid manakala beliau sendiri menawar RM3,000 untuk tujuan sama.
“Saya harian mengapa isu perkauman yang amat sensitif ini boleh dibuat sebagai satu permainan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan secara terperinci dan menahan pihak yang terlibat meletakkan kepala babi di kedua-dua masjid ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden meletakkan kepala babi yang berlaku dalam tempoh 48 jam di kawasan beliau.
Sebelum ini, beliau bersama Donald telah mengadakan lawatan Masjid Nurul Iman, Batu 18 Rawang bagi melihat sendiri insiden kepala babi yang diletakkan di pintu hadapan masjid berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu berkata, BN Selangor berharap orang ramai bertenang dan cuba menjaga sensitiviti agama dan
kaum di negara ini.
“Kita tidak boleh tuduh sesiapa tanpa sebarang bukti kukuh, walaupun wujud pelbagai persoalan berhubung insiden ini,” katanya.
Ketika ditanya sama ada insiden di kedua-dua masjid ini mempunyai kaitan dengan perselisihan di antara masyarakat setempat, Shukur berkata, semua pihak perlu mengelak dari mengeluarkan tuduhan liar sebegini.
Semalam, kepala babi ditemui di luar sebuah masjid di Sentul.Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.
Polis kini sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan. KLIK 
"
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan