Selasa, 28 Februari 2012

Lelaki terpendek Di Dunia

KATHMANDU (Nepal): Pegawai Rekod Dunia Guinness akan tiba di ibu kota Nepal, Kathmandu, Ahad ini bagi mengukur seorang lelaki 72 tahun yang mungkin lelaki terpendek di dunia.

Hanya 56 Sentimeter

Encik Chandra Bahadur Dangi dikatakan setinggi hanya 56 sentimeter, dan beliau berharap diisytihar sebagai lelaki terpendek di dunia, gelaran yang kini disandang Encik Junrey Balawing dari Filipina, yang setinggi 60 sentimeter.

Encik Dangi, yang setinggi seorang kanak-kanak baru belajar bertatih, tiba di Kathmandu dengan menaiki pesawat semalam. Menurut Encik Dangi, ini kali pertama beliau mengembara keluar dari kampungnya di Rhimkholi, kira-kira 400 kilometer ke barat Kathmandu, dan menaiki pesawat.

Beliau tidak pernah berumah tangga dan kerana kependekannya, tidak pernah keluar bekerja. Encik Dangi mempunyai lima adik-beradik lelaki yang semuanya normal. Mereka tidak pasti bila Encik Dangi, yang tidak pernah menjalani pemeriksaan doktor, berhenti membesar.

Keunikan Encik Dangi hanya mendapat perhatian baru-baru ini setelah seorang kontraktor memotong kayu balak tiba di kampung Encik Dangi dan ternampak beliau dan kemudian memberitahu media tentangnya.Sebelum Encik Balawing, lelaki paling pendek di dunia ialah Encik Khagendra Thapa Magar, juga dari Nepal, yang setinggi 67 sentimeter. -- AP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan