Khamis, 4 Ogos 2011

Resepi Buah Rotan


Bahan-bahan ( banyak hasilnya. )

  • 3 biji telur grade B
  • 4 sudu makan gula halus(gula pasir yg dikisar)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur sireh
  • +- 200g tepung pulut
  • bijan secukukupnya utk salut
  • minyak utk menggoreng terendam.

Cara-cara

  1. kacau telur & gula dgn hand whisk hingga berbuih & gula larut. masukkan garam & air kapur, kacau rata.
  2. campurkan tepung pulut sedikit demi sedikit sambil diuli hingga mnjadi doh yg boleh di gentel bulat.
  3. taburkan bijan dalam dulang. ambl secubit doh(secubit jer tau..) , bulat2 kan kecik2. sebesar telur cicak saja yer. jgn lebih besar dri itu.sbb akk dh try, gentel sebesar biji buah mata kucing, kejadiannya bila dah msk sebesar buah mata kucing yg blom dikupas kupas kulitnya.
  4. lpastu golek2kan biji2 buah rotan dengan bijan2. bila dh habis semua digentel, bleh la digoreng dgn api psederhana/perlahan saja supaya msk hingga kedlm nya yer.. P/s;ni perbandingn antara buah rotan yg dah msk ngn buah mata kucing. jenuh lah nk menunggu msk nyer.. sbb kalau guna api kuat dlmnya still lembut. sbb tu kne gentel cenonet2..hehe..
  5. senang kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan