Isnin, 8 Ogos 2011

CHOCOLATE OATS CRIPS


salam... selamat meneruskan ibadat puasa ramadhan untuk hari yang ke 8 hari ni... semoga kita semua mendapat ganjaran pahala dari pada Allah SWT di atas segala ibadat/amalan yang kita lakukan.

Chocolate Oats Crips

Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nips(saya tambah sendiri)

Cara
1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
6 Potong atau terap dan letak atas dulang.
7 Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan